Monday, October 28, 2013

pesta benak

assalamualaikum sahabat2..

apa khabar? sehat ? hati sehat dok? study camne? okay?

bace tak tittle tu baca tak?

pesta benak tu apa?

benak = ombak

ni nak cerita ni.

19 oct hari tu, ciby ngan housemate ciby semua pergi Sri Aman. kat Sarawak la kan. ambil 4 jam jugak la nak smpai sana, dari Samarahan ni.

pesta benak ni, sebenarnya fenomena ombak di sungai. haa awesome kan? kan? yela mana ada sungai yang ada ombak kan? kan? tapi tu la, dengan kuasa Allah, anything can happen. fenomena ni ada masa2 dia je nak jadi. masa ciby pergi tu, sampai tu sebelum zohor la jugak.. jalan2, sebab ada banyak sangat gerai jual macam2. time kitorang pergi tu, fenomena tu dijangka jadi pukul 5.30 petang macam tu la. so Kitorang pun tunggu la.. berjanggut. hee tapi memang sangar ramai orang okay. haa bawah ni video ciby rakam fenomena tu. enjoy!



haa awesome tak awesome tak?

ni masa tengah tunggu ombak tu datang



ni ciby ngn housemate ciby jalan2 . sunglasses thanks to my another housemate belanja lep u!



yang ni pulak lepas solat, tengah tunggu nak p tengok ombak tu la




tadaaa haha tetiba je kan. haa ni nak promote ni. ciby jual benda ni. RM 35 je. tp tak termasuk postage la kan. insyaAllah, elok sangat. ramai jugak yg tahu ciby jual benda ni pastu dorang kata " eh kawan saya kata produk ni elok saya nak beli la" . haa macam tu. hehe n ciby pun pakai jugak, alhamdulillah, lepas seminggu pakai, nampak kesannya. ciby tak perasan pun, tapi housemate ciby la yang perasan. . kalau berminat email ciby kat ciby_lol@yahoo.com okay?


alright sampai situ je. thanks a lot sebab sudi baca :)

Sunday, October 13, 2013

gembira di dalam bulatan

assalamualaikum kawan2...

apa khabar? harap sehat selalu ye (ayat sama je tiap kali post kan)

and as u know.. sihat bukan sahaja ada pada jasmani, tapi juga pada rohani.

and mcm mana sebenarnya nak sihat rohani tu ye?

and... here goes my story ;)

fyi, semester lepas ciby jarang sangat pergi usrah. bukan setakat usrah, majlis ilmu, pergi surau pun jarang. teruk tak teruk tak?

yes, it is.


masa tu ciby terlalu fokus kat study, sibuk nak naikkan pointer, sampai terabai tanggungjawab untuk memberi makanan pada rohani..


to be honest memang rasa kosong sangat sem lepas. ciby just buat benda2 basic je, solat, Quran. tu je. mmg kosong gila. lari dari usrah, sampai sahabat2 pun risau ciby menghilang.


bila dah terbiasa macam tu, sebenarnya masuk sem ni pun ciby tak rasa macam nak pergi usrah, tapi ciby paksa diri ciby, sebab ciby sedar jauh dalam hati, ciby sangat rindu pada tarbiyah, pada gelak tawa dan teguran sahabat2, pada suasana menuntut ilmu.


and memang semester ni sangat gembira. baru sebulan lebih je kan masuk sem baru? hehe tapi yes, ciby dah kembali join usrah, pergi majlis ilmu.. surau tak pergi sebab kat area rumah sewa ni memang takde. tapi alhamdulillah, housemate semua memang best. tiap2 kali memang confirm solat subuh jemaah, matsurat and lepas tu sedikit pengisian. and bila2 ada orang kat rumah time maghrib pun jemaah, lepas tu akn buat tadarus.


subhanallah memang seronok berbunga sangat hati ni. tak dinafikan, memang masa tu rasa tak terkejar dengan assignment etc. tapi tak dapat nak elak kehendak hati yang sangat merindui ilmu.


sahabat, fitrah hati kita, perlukan makanan rohani. ciby faham mungkin ada antara sahabat yang mungkin tak pernah duduk dalam bulatan gembira. tapi jangan lupa, berada dalam majlis ilmu tu pun mengisi rohani kita. and malaikat payungkan kita lagi tu bila kita duduk dalam majlis ilmu! so boleh la ye lepas ni join majlis tazkirah ke, tilawah ke, persembahan qasidah ke apa2 kan. seronok tuuuuuuuuuuu


so sedaya upaya cuba, kalau payah pun seminggu sekali pergi usrah or apa2 majlis ilmu. pastikan rohani terisi. pastikan ada sedikit ilmu yang kita dapat. sebab kita tak ada apa tanpa ilmu.




Thursday, October 3, 2013

bila kebatilan diagungkan

assalamualaikum :)

sahabat semua sihat? harap sihat belaka ye. lagi2 hati tu. jaga molek deh. jangan biarkan kering tau



ketahuilah sesungguhnya ciby ada banyak sangat benda nak cerita. banyak sangat. why? sbb sejak balik Unimas ni, banyak sangat benda yang jadi. banyak sangat Allah uji.


tak, ciby bukan nak merungut, tapi nak berkongsi. banyak ujian yang Allah bagi, bukan untuk menyusahkan, atau menyesakkan kepala dan dada. tapi Allah uji sebab sayang. Allah jentik sikit, mungkin sebab Allah nak kuatkan kita lagi, nak jadikan kita matang. tapi itu, sesungguhnya amat bergantung kepada diri kita sendiri. on how we react to that problem. kita melenting ke, menangis ke, mengamuk ke. haa, yang menangis tu takpe kot, sebab tu salah satu cara untuk kita tenangkan diri.


tapi, boleh ke menangis selesaikan semuanya? nak menangis sampai bila? menangis la sampai keluar air mata darah sekali pun, kalau menangis je yang kita buat, tanpa ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang datang, ketahuilah bahawasanya masalah tu memang tak akan selesai. tak akan.

kejadian yang baru berlaku kelmarin


ciby dalam kelas dah. tunggu lecturer masuk.

lepas tu?

lepas tu lecturer pun masuk... bila dia dah masuk tu, ciby pun siap2 la kan, keluarkan apa yang patut dari beg. tiba2 dia datang kat ciby, yg tengah duduk kat meja barisan ke 3 ke 4 macam tu la.

ciby pun terkejut la kan kenapa tetiba dia datang kat ciby.

rupa-rupanya dia bagi tau, yang dia nak ciby bukak purdah. yes, bukak purdah


BUKAK PURDAH

sebab peraturan dah diketatkan. y? she told me ada lecturer non-muslim tak suke tengok kitorang, and dia bawak perkara ni dalam pihak atasan.

sedih sebenarnya. yg mengadu non-muslim. mengadu kepada? kepada yang muslim. n yg muslim tunduk pulak kepada yg non-muslim. pelik ni pelik. dalam buku peraturan memang tak ada kata tak boleh pakai purdah. yg ada, katanya pakaian kena bersopan. tapi ada je kan ramai yg pakaiannya tak sopan . yg tshirtnya bila duduk nampak bahagian yang tak sepatutnya. yang baju dan seluarnya ketat sampai yg melihat rasa tak selesa, yang kain seluar tu pun nampak macam nak koyak, yang lemak berlebihan nampak menderita tak bernafas.

yg batil dibiarkan, mata dibutakan, nafsu dirajakan


to be honest, i'm not shocked at all.

not at all.

y? sebab ciby dah prepare dah physically and mentally, before ciby pakai purdah dulu.

before ciby pakai dulu, ciby dah pulun habis2, study pasal purdah. bukan just kenapa kena pakai, adab berpurdah and semua tu. tapi apa pandangan muslim and non-muslim sendiri, towards niqabis. and kat situ ciby tahu, tak semua orang suka and selesa pandang kami yang nampak mata je ni. and ciby memang sedar, tak semua U benarkan student berpurdah.


masa mula2 masuk Unimas dulu, ciby pakai je. sbb ada sorang member ciby ni, kakak dia MPP kat unimas. so ciby pergi jumpa dia tanya macam mana unimas ni, pasal hal purdah ni la. di kata, memang ada sorang dua je niqabis. and lecturer pun okay je masa tu. batch ciby masuk, kira ada 2 orang la niqabis, termasuk ciby. terlalu sikit. so ciby pun fikir "okay, tak ramai. so maybe tak akan ada masalah".. as time goes on, makin ramai dah niqabis kat sini. and ciby pun fikir "makin ramai, so makin terdedah la kewujudan niqabis kat unimas. jadi makin ramai lecturer yang tahu. dan akan ada yang tak senang duduk"

proved

masuk second year, first sem. no more niqab

no, ciby tak salah kan mereka yang baru berniqab. no. alhamdulillah, mereka terpilih. ramai dah yang peduli akan aurat mereka, dan mengejar cinta Ilahi. and mybe disebabkan dia orang benda jadi macam ni... tapi mereka ni jugak yg akn bersuara nanti

insyaAllah, kami akan cuba tuntut hak kami, dengan cara yang lembut. petition mungkin . mungkin jugak akan cuba berbincang dengan pihak atasan. kami mungkin minoriti, tapi akan kami pastikan suara kami di dengar. dan kami tak akan tunduk pada kebatilan.

mohon sahabat2 doakan kami. dan moga sahabat2 tabah menghadapi apa jua dugaan yang korang tengah hadapi. setiap kita ada masalah kan? :)



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]



Sunday, September 15, 2013

kereta hilang

assalamualaikum kawan-kawan!

haaa terkejut tak terkejut tak baca tittle tu?

ciby ni la terkejut tau masa di hari kejadian.

tapi ciby tak ingat la bila. 2 or 3 week ago i guess.

macam ni, ciby keluar jap nak pergi beli memory card. lepas tu, ciby p isi minyak jap. ( abah dah bagi duit suruh isi minyak, peluang yang tak boleh dilepaskan!)


so.. ciby dah park la kan kat pam mintak tu. ciby pun p la ke kaunter nak bayar duit.

masa ciby cakap nombor pam minyak tu, bangla tu muka pelik pandang ciby.

and ciby pun buat muka pelik jugak (eh? haha).

lepas tu ciby dengan steady nya berpusing nak patah balik ke kereta.

wwaaaaiiiiittttttt !!

where is my car???

sbb dari kaunter tu dah boleh dah patutnya nampak kereta ciby di kejauhan tu.

tapi




tak ada?

ciby pun dengan kaget berjalan ke arah kereta dengan hati berkata-kata " kereta aku hilang......" eh?


hilang........ sekejap.

my fault angkat handbreak tak habis. tempat ciby park kereta tu, macam bukit sikit so kereta ciby terundur ke belakang. yes. terundur ke belakang and that is soooo make sense why on earth i didn't saw my car when i was at the counter.

Tuesday, September 3, 2013

a day with bff

assalamualaikum sahabat2!

apa khabar iman? harap2 bertambah baik ye.. insyaAllah ^^

meh nak cerita sikit. cerita semalam :)

kelmarin - kelmarin? tadi kata semalam. ahhaaa jap arrr lek lu - tiba2 ciby rasa bosan sangat. cuti sem ni memang tak banyak keluar. dok terperuk kat rumah je. so tetiba rasa nak hidup udara kota KL yang dah lama sangat tak di hirup. so tangan dengan pantas ambil phone sent sms kt my bff syera " sok jom bowling" . hohoooo mcm tu je . dia pn setuju. bff sorang ni memang kamcing gila ngn ciby. rapat since form 2 lagi. sayang sangat. tu yg nak ajak keluar 3 perkataan pn da cukup tu. hehe

and memang susah sangat nak jumpa since masing2 masuk matrik. cuti tak sama la, itu la ini la. dulu sorang matrik pahang, sorang matrik perlis. sekarang sorang UITM shah alam, sorang Unimas. mana nak jumpanya. huuu

so smlm plan nak layan bowling je. last2 macam2 jadinya. sampai je times square, trus pegy usha cerita apa best kat wayang. honestly dah lebih 2 tahun ciby tak tengok wayang. semalam on pun sbb pergi hari isnin so maybe tak ramai orang. biasanya ciby tak suka tengok wayang sebab ciby rasa bersalah duduk dalam hall yang kemungkinan ada lovey-dovey couple yang orang lain layan movie dorang layan pasangan masing2. opps over pulak! tapi betul. bukan nak sangka buruk, tapi memang ada. Allahu, bukan benci, tapi sedih.

lepas beli tiket, makan, solat pastu movie time! semalam rasanya tak sampai 50 orang pn dalam hall yang besar gedabak tu. hehe kitorang tgk cerita 18 tahun ke atas ouh. eheee ayookk jangan pikir bukan2 ye.. kitorang tgk cerita Elysium. seriously best! tapi sape yang tak boleh tengok cerita horror tak digalakkan tengok okay?

lepas wayang kitorang maen bowling pulak! seriously happy sangat spent time dengan Syera. kitorang mmg kaki bowling masa sekolah dulu!

haa tengok tu Syera - bukan amoi sebelah tu okay - beraksi. believe it or not it was a strike!


kitorang maen satu game je, pastu pegy usha kedai apa ntah nama dia. tapi jual barang2 Korean la. 



seeeeeeeeeeeeeee Syera ni buat surprise belikan ciby benda ni! terkejut sangat. ingat dia nak beli apa la, rupanya nak belikan hadiah untuk ciby. fail and ape ntah nama nya yang letak kat phone tu.

lepas tu, ciby pooooonnnn

taraaaaaa
ciby memang niat nak belikan hadiah untuk syera, sebab birthday syera 10 hari lepas birthday ciby. and ciby memang nak beli bantal minion yang comel ni. so ciby beli 2. satu untuk dia, satu untuk ciby. and nama dorang Mr B and Syera! lol kitorang kalau dah jumpa macam ni la kepala masing2

lepas tu, solat asar and balik

the end







eh.... jap . belum lagi

post kali ni sebenarnya bukan nak cerita pasal apa yang korang baca atas ni - mesti bengang kan baca panjang2- tapi nak cerita pasal....


a friend. sahabat


do you have one? well sure you do. rite?


well.. masa kitorang makan tu... kitorang for sure borak macam2.. lagi2 pasal kitorang - apahal plak? macam bercinta je- yang sekawan ni. eh? ingat couple je ke boleh buat camtu? kawan pun boleh la :p


well i tell her i'm glad having her as a friend. kawan memang ramai. tapi sangat susah nak jumpa kawan yang stick dengan kita tak kira masa. kawan masa sedih, kawan masa gembira, masa duka, masa takda sapa yang ada. thanks Allah, I've found 1. nope, 2. remember post sebelum ni? yg berpurdah? Fadhilah. and her, Syera.. 


like i said, kitorang dah kawan since form 2. imagine what we've gone through together. kitorang siap pernah bergaduh berperang lagi. tungkus lumus study sama2 tiap2 petang. macam2. but what makes i value her, dia betul2 seorang kawan. yang tegur ciby bila ciby salah. yang peduli hidup ciby. even kitorang jauh, dia tetap risau pasal ciby. apa yang ciby buat, ciby kawan dengan orang yang macam mana.. study ciby macam mana, kesihatan ciby... Allah je yang tau macam mana beruntungnya ciby dapat kawan macam dia. mungkin tak ramai sedar or value her for who she is, tapi ciby tak nak hilang dia, sebab ciby tahu, tak mudah nak dapat seorang kawan, yang can't just watching tengok kawan dia berjalan ke pintu neraka





Friday, August 23, 2013

21 y/o me

assalamualaikum kawan2!

apa khabar iman? harap molek2 sentiasa ye :)

well... samaada korang tau ke tak, 21 ogos yg lepas, birthday ciby yg ke 21.

alhamdulillah. syukur ke hadrat Allah, yg membenarkan ciby hidup selama 21 tahun ni.

alhamdulillah, ramai jugak sahabat2 yg wish kat twitter, fb, Google+ and ada jugak yg sent guna mesej je! hehe tapi tak ramai la. kan gune internet lg sng kan? siap ada reminder lg bila birthday friend kita nak dekat. kan? tak kisah lah guna apa pun kan.. terima kasih ye kawan2 :)

ramai sahabat yg mengingatkan - more like mendoakan - agar ciby menjadi anak yg soleh, thabat di jalan Allah, and macam2 lagi. alhamdulillah..

insyaAllah, ciby akan terus cuba berubah untuk jadi hamba Allah yang lebih baik, dari ciby yang sekarang. and ciby sangat memerlukan sahabat2 semua untuk terus berada dgn ciby, memberi teguran dan sokongan.

well... i didn't received much present - i didn't hope for any - on my birthday. tapi wish kawan2 semua dah buat ciby terharu.


haa yg ni, ada sorng my fellow Kiss Me ni buat untuk ciby. Wea Jamaica Villanueva namanya. dia ni dari Philippine. seriously terharu sangat. kitorang tak pernah jumpa. friendship yg terhasil pn sebab sama2 minat group yg sama. tapi mcm apa yg korang boleh baca kat kad tu.. " a strong bond doesn't need daily conversations, it doesn't always need togetterness." seriously she make me cried. can't ignore her sweetness :)


yg ni pn dia wat jugak. sbb dia tau ciby punye bias in UKiss si AJ ni - ciby pn tak fhm sbnrnya mcm mana dia boleh ingat. sbb ciby jarang post kat community Google+ tu, and ciby tak rapat sangat kat dia - so dia pn buat la gambar ni untuk ciby. its not much but i do appreciate it.


and on 22nd ogos pulak, ciby kuar dgn sahabat tersayang. kesian dia. awal seminggu da booked ciby, nak kuar hari khamis tu. yg lawaknya, pagi rabu - birthday ciby - dia call. katanya sebenarnya nak keluar hari birthday ciby. tapi dia tersalah. dia ingat 21 ogos hari khamis. hehe kesian..


kt KLCC okay selekeh. orang yg tolong snap didn't even say "1 2 3 " tetiba dah je -_-


dengan sahabat yg tersayang


ni dia belikan hadiah untuk ciby. and dia belikan untuk dia sekali :) sehati sejiwa la konon ye


yg ni pn dia belikan. tapi bnde yg untuk sanggul tu - ciby tak tau name dia apa - ciby yg beli. comel sangat!


and beli novel baru! hehe 3 of my favorite novelist in JS in one novel. Hlovate, Syud and Noor Suraya


lepas lepak KLCC kitorang pegy jalan2 kat Jalan TAR , lepas tu balik.. sedih je ouh rasa time nak balik tu :(


malam tu pulak p beraya ke rumah si fyza.. dia and family buat open house. 


dengan cik syera and suhana.


and dapat pinjam novel ni dari fyza! si fyza ni minat benor baca novel2 Fixi. ciby tak pernah try. and dengar2 novel Kelabu ni sangat famous. so ciby pinjam la dari dia :) hehe sambil menyelam minum air. p beraya dapat makan free,and dpt pinjam novel pulak tu. heheeee

balik dari rumah fyza tu pulak.. lepak2 catch up dgn si syera pulak.. maklum la lama tak jumpa kan. mula2 nak makan tuti fruity, tapi tutup pulak. so kitorang lepak old town white coffee je.. hmmm dkt 12 tgh malam la jugak baru smpai rumah. hehe


haish melarat dah ciby ni bercerita ye. maaf la kalau panjang sangat post ciby ni. tak sengaja :p

to those yg sentiasa mengikuti perkembangan ciby - if ada. well, kalo follow twitter, friend kt fb and follow blog ciby tu, kemungkinan besar mmg tau la perkembangan ciby kan :p - and sudi wish birthday ciby, thanks a lot. i do appreciate each one of you. doesn't matter berapa jauh korang dari ciby, beza umur, warna kulit, beza kepercayaan and so what ever... i do love u guys. ciby sayang semua, even ada yg ciby tak kenal pn. ciby nak dekat dgn semua, tapi mungkin belum tiba masanya. 

may Allah bless







Monday, August 12, 2013

tahu

assalamualaikum kawan-kawan

how's your raya?

hope raya tahun ni bawak kegembiraan kepada awak semua :)

baru2 ni, cb baru habis baca buku ni
buku karangan Harun Yahya. original version tajuknya Perished Nation. ciby nak carik yg English version tapi tak jumpa. takpela yg Melayu punye pn takpe la kan. hehe

subhanallah seronok sangat baca buku ni. mengisahkan tentang kaum2 terdahulu yang Allah dah 'pupus' kan mereka sebab ke-bongkak-an dan kekufuran mereka.

baca punye baca... ciby reflect balik, dengan umat zaman sekarang ni. well... nothing differs us from them. bila tengok balik... kita sekarang macam lagi teruk dari mereka. lagi parah. yang tahu Islam. sedar, diri sndiri mengaku Allah itu tuhan. but doesn't live like one 

tapi kenapa Allah tak 'pupus' kan kita macam mereka? sebab Rasulullah s.a.w dah mintak kat Allah, supaya lambatkan hukuman umat baginda. baginda mintak Allah bagi kita masa untuk bertaubat. 

Allahu, sayangnya baginda kat kita. tapi kita? kita macam mana? Allah dah lambatkan hukuman kita sehingga ke hari Pengadilan. tapi ada antara kita, yang tak ambil peluang ni. masih leka, dengan dunia. masih buta, dengan mainan syaitan. masih kalah, dengan rayuan nafsu diri sendiri.

sahabat, sebelum terlambat, jom kita sama2 kembali, muhasabah diri. agar kita tak menyesal di akhirat nanti.

ouh ya. hari ini dah 5 syawal. so, ciby ucapkan Selamat hari Raya. maafkan ciby andai ciby ada salah dan silap. and... perginya Ramadhan bukan bermakna kita kena tinggalkan jugak amal2 ibadah kita okay?
raya pertama. candid. selekeh. ehee

selamat hari raya
maaf zahir batin
may Allah bless

Saturday, August 3, 2013

sedih la~~~ :(

assalamualaikum kawan2~

nak cerita ni nak cerita. sedih ni sedih :(

beberapa hari yang lepas, masa cb otw balik dari terawih dgn mak n kawan dia..

kawan mak : si M tu dah berapa hari tak datang terawih, kenapa ya?

mak : dia sibuk, jaga cucu dia. haish kalau aku, tak de la nak jaga cucu sampai tak pergi terawih. bukan apa, Ramadhan ni bukan selalu. nak kena jaga cucu pulak. kita ni mati nanti, anak-anak tu belum tentu lagi ingat kat kita


SENTAP!

Allahu seriously sentap. dalam hati "mak.. adik janji even if mak dah takde nanti, adik akan doakan mak selalu, baca Quran selalu ( sebab mak cb yg ajar cb ngaji, so bila cb ngaji mak cb dapat pahala skali), sedekahkan al-Fatihah untuk mak.."

Allah sedih sangat.. rasa nak nangis tengah2 jalan tu.

insyaAllah cb tekad dalam hati. andai kata mak cb pergi dulu.. cb tak akan lupa tolong dia ( dalam kubur) sampai hujung nafas cb

kawan2... yg mak masih hidup, bantu mana yg boleh, jangan sakitkan hati diorang, sebab tanpa redha diorang, kita tak cium bau syurga.

yang mak ayah yang dah takde, jangan lupa sedekahkan al-Fatihah, dan apa yang patut untuk diorang k?

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan.." [31:14]

Monday, July 29, 2013

ramadhankan hidupmu

assalamualaikum sahabat

apa khabar iman? harapnya sehat ye :)

Allahu.. tinggal lagi 10 hari Ramadhan. rasa sekejap sangat.

sahabat, pinjamkan sedikit masa untuk saya, ada kisah yang nak diceritakan.

begini, beberapa hari yang lepas, saya dan seorang kawan lama berjumpa. bukan apa, rindu katanya. dah lama sangat tak jumpa dengan sahabat sebilik saya masa di matrik tu.

dari jalan TAR, ke Sogo, dan akhirnya bertapak di Suria KLCC.

bukan, bukan nak cerita tentang penatnya kaki melangkah, dan betapa indahnya pemandangan.

tapi nak cerita.. sedang kami enak duduk menghayati pemandangan, datang 2 orang perempuan. manis wajah mereka, sopan pakaian labuh tudung dan baju mereka.

kata mereka, nak interview. kami pun ikutkan aja.

kata mereka, sedang mengikuti program. Mukhoyyam Nasional under Synergi. sedang menjalankan aktiviti explorace.

tema mereka ' hidupkan Ramadhan vs Ramadhankan Hidupmu'

menarikkan?

kami diminta menghuraikan apa yang kami faham

mulanya saya terdiam. tak paham. lepas berfikir... hmmmm

hidupkan Ramadhan

kita disuruh menghidupkan Ramadhan. banyakkan solat malam, tadabbur dan tadarus Quran, bersedekah, solat jemaah, terawih, dan banyak lagi ibadah2 yang kita digalakkan untuk buat pada bulan Ramadhan. kenapa? sebab Allah dah tawarkan pengampunan pada bulan ni, dan syaitan juga diikat agar mudah lagi untuk kita beribadah.

Ramadhankan hidupmu

apa yang ada pada ayat ni? pada bulan Ramadhan, berpusu-pusu orang pergi ke masjid, bersedekah, baca Quran. tp kenapa pada bulan Ramadhan je? kenapa? tidakkah amalan2 ini mendapat pahala pada selain bulan Ramadhan? Allahu.. alangkah baiknya andai amalan2 yang kita amat rajin buat pada bulan Ramadhan ini, kita istiqamah. teruskan hingga bulan Syawal dan pada bulan2 seterusnya. tak rugi. malah.. Allah lebih sayang. lebih mantap jika amalan ini terus diamalkan, lebih menebal iman, lebih payah iblis menggoda, lebih tenang hati, lebih terarah hidup kita, baru hidup macam seorang Muslim.

insyaAllah, moga Allah permudahkan segalanya.

syukran luangkan masa membaca.

may Allah bless :)

p/s : jangan lupa kejar lailatul Qadar ye? and.. for instagrammers.. sy baru je ada insta. jom follow? @cibybie

Wednesday, July 3, 2013

kau makan td kan? pergi wudhu!

assalamualaikum sahabat

sebelum kita mulakan, jom selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w

entri hari ni nak cerita pasal wudhu

wudhu? wudhu? hek eleh wudhu je pn..

betul3. wudhu je pn. tp amat menyedihkan apabila ramai umat Islam sekarang yang fail bab ni -_-

kenapa? kenapa saya cakap macam tu?

well banyak kali dah jadi kat saya . contohnya

"jom la solat"

"kau tak pergi wudhu dulu ke?"

"wudhu tadi ada lagi"

"bukan kau makan ke tadi?"

see???? see??? tu baru satu. banyak lagi kooottt...

haish sedih saya. bukan sbb saya lagi pandai ke apa. tapi benda ni basic kooooottt

benda basic mcm ni pn ramai yg fail lagi.

sapa kata makan batal wudhu? siapa? siapa?

okay jom kita tgk balik perkara2 yang membatalkan wudhu



  • Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
  • Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  • Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
ada tak salah satu nya makan? tak ada kan? kan?

jadi... makan tak batal wudhu okay kawan-kawan..

tapi saya tak nafikan la lg elok kalau nak wudhu balik even wudhu sebelumnya tak batal lagi. yang tu memang lagi afdal. and lagi elok jugak kalau berkumur dulu. sbb takut ada sisa-sisa makanan dalam mulut, yang takut akan mengganggu kekusyukan kita solat

akhir kata dari saya... 

tak kisah la kita ni dah belajar degree 4.0 ke SPM 14 A ke apa...

always topup ilmu okay? :)


Thursday, June 27, 2013

ta ha

"Taa' Haa.. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi." [20 : 1-7]

Umar al-Khattab terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam lepas dengar ayat2 Allah ni.

"Alangkah indah dan mulianya ayat-ayat ini".. dan dia terus decide untuk peluk agama Islam.




kita?
apa yang kita rasa bila baca Quran?

Sunday, June 16, 2013

problems

assalamualaikum :)

first of all, my apology for not being on blog for a long time. erh jap, bukan post sebelum ni baru lagi ke?

yes, it is. lol since masuk second sem ni, focus mmg kat belajar je. jarang singgah ke blog, google+ and even facebook. kalau ada pn, singgah tengok benda2 penting je.

maaf jugak, kalau entry2 saya tidak mendatangkan manfaat. saya cuba untuk kurang mengarut, banyakkan memberi sesuatu yg bermaanfaat. insyaAllah.

entry kali ni? kali ni just nak bercerita. cerita tentang kita. eceeh tipu je.

btw.. let me tell u something that have been disturbing me ( more to my emotion) lately.

begini ceritanya

saya ada seorang kenalan. yang saya lihat solat ntah ke mana, aurat tak terjaga, ikhtilat ke laut, hubungan sesama manusia macam....

astaghfirullah, bukan... bukan saya nak memburukkan dia. cuma saya nak kongsi, apa yang saya rasa.

bukan tak pernah. pernah saya tegur. tp mungkin salah cara, yang saya dapat cuma muka masam dia. n dia tak tegur sy dlm... 24 hours?

stress. sgt2 stress ada kenalan mcm tu. tiap hari dok pikir.. apa yg sy kena buat, apa yg sy perlu buat untuk bantu dia berubah. doa? yes i do du'a for her. but its not enough though. something must be done. but i don't know what that is.

sekarang minggu exam, lagi seminggu nak balik. most of my friend ada mslh duit. nak habis sem ni, pokai sikit. same goes with me, and her.

what confused me is. dia keep mintak kitorang belanja ( support dia in other word) smpai habis sem ni. okey fine, kita mmg kena tlg dia kan? kan? kan ? tapi kitorang mcm mana? kitorg makan pn berkira. ada yg tanya dia kenapa tak mintak ayah dia duit. rm 20 pn dah cukup sampai dia balik rumah. katanya "takkan nak mintak.. taknak susahkan ayah aku".. dah tu.. dia susahkan kitorang ni? tanggungjawab ayah dia untuk tanggug dia. bukan tanggungjawab kitorg.

and untuk pengetahuan korang.. dia sangat berkira orangnya. orang mintak dia maggi, dia mintak seringgit. dia mintak org maggi, air, and mcm2 lagi, orang tak berkira pn dgn dia. and saya as orang yg selalu dgn dia, selalu jadi mangsa. hutang banyak sangat tak bayar. kesian kakak2 yang buat service topup and print kat sini. sebab selalu rugi bila pelanggan dorang adalah dia.

baru2 ni.. sy baru bgn dari tido. and sy bergegas keluar dari bilik, ada something kena buat and suddenly dia jerit "ciby, nak maggi". sy tak tau knp, sy buat tak dengar je. Allahu.. teruk kan sy? biarkan dia kelaparan.

tapi lps dari tu sy rasa bersalah je. "Ya Allah.. teruknya aku. salah ke apa yg aku buat ni? aku jadi mcm ni sbb aku da serik, sakit hati dgn dia. taknak dia pijak kepala aku lagi. tapi aku tak patut biarkan dia mcm tu"

memang gila teruk rasa bersalah time tu

lps tu adik syg sy ckp "biarla org buat tak baik kat kita, kita takyah buat tak baik kat org"

sentap sy. betul jugak. kalau kita buat tak baik kat dia, dah tu apa beza kita dgn dia. kan? Rasulullah kena baling dgn najis pn relaks je.


and kejadian ni betul2 bagi effect kat saya. Allah bagi kita ujian dan masalah untuk upgrade iman kita, and matangkan kita. rite?

Allah sayang saya. alhamdulillah :)

p/s :tinggal lagi satu paper je.. lps tu boleh balik KL. yeaah!

Friday, June 14, 2013

what for?

pelik

pelik tengok ada segelintir kita, yang hidupnya pagi tidur sampai ke tengahari. bangun mandi, lunch. 

lepas tu?

tengok movie, game, facebook, twitter.

makan lagi

tengok movie, game, facebook, twitter.

mandi

tengok movie lagi, game, facebook, twitter.

okey la tambah lgi sikit. youtube, drama, anime.

sampai masa, tido.

esok ulang benda yang sama

pelik

hidup kau untuk apa sebenarnya?


you can only live once
find your purpose
why do you live?
for what purpose?
every seconds are precious
make sure you are doing something you won't regret

Saturday, March 30, 2013

konsert amal dynamite

bismillah

alhamdulillah

had a great night

thanks to bro Mu'adz Dzulkefly and Fitri Haris

hope they can come to UNIMAS again

akhi Mu'adz Dzulkefly

 akhi Mu'adz Dzulkely and Fitri Haris. do you see him? brother Fitri is one at the left side wearing a hat?
bought his latest album. n got his sign too! and... dia sangat nakal okey. kena kacau dgn dia time nak mintak sign tu. sabar je la. kesian saya, menggelabah habis td. maaaluuu kot!!!
and this is one of brother Mu'adz Dzulkefly product

sorry i couldn't upload a photo they performing. couldn't did it bcoz i was mesmerized by their performance :)

May Allah bless

btw.. i was so happy meeting brother Fitri Haris

couldn't imagine how it would feel meeting Rasulullah s.a.w

Saturday, March 23, 2013

earth hour 2013


errhh can you guys use your imagination? just imagine that there are 'hour' at the bottom of this pic. haha

alhamdulillah

not gonna miss this huge event

love the earth

Friday, March 22, 2013

everything is possible

bismillah


nothing impossible

something that are commonly to hear

but today, i finally, totally realize that

EVERYTHING IS POSSIBLE

if and only if

you have a dream

you do believe in yourself,

you act like one

and you put Allah in a deepest place in your heart

insyaAllah

everything is possible

may Allah bless

Saturday, March 2, 2013

why?




it happened someday around October last year

they ; why are you wearing niqab?

me ; because of Allah 

they : eeeyyyssshhh cliche

speachless

Wednesday, February 13, 2013

typical

mak ; kau tak bawak handphone ke keluar tadi? ada mesej

abg ; haah tak bawak,

dia pon pi tgk phone dia

abg ; mana ada mesej

abah ngn abg pandang mak. mak pandang aku

mak ; handphone kau ke dik yg warna pink atas meja tu?

aku ; haah

mak pandang abah, abah pandang mak

mak ; siap syg2 lagi

erk? apakah? okey.. td my bff sent me a message. and her name in my contact is 'syg'

aku ; la.. perempuan la

mak ; kalau perempuan kenapa syg;

aku ; eh? dgn perempuan tak boleh syg?


huh typical malaysian

to my dear readers.. dlm islam adalah amat digalakkan memanggil orang dengan panggilan yg disenangi.

that is so me calling my friend using 'syg', 'dear', 'darl,' etc.

it make us closer. tak percaya? try it

btw, td baca al Islam bulan feb 2013 punye. ada cerita pasal Adam AF. alhamdulillah, dia pn dah berhijrah. no surprise right. Hidayah tu milik Allah. Dia boleh bg kt sesiapa yg Dia nak. yg lain, bila lg? 


p/s ; i miss her (my syg) so much. can't wait to see her tomorrow, insyaAllah

Monday, February 4, 2013

kulat yg menakjubkan

assalamualaikum kawan2..

look at this picture


nak tgk lg besa? tgk je la background page sy ni.. ;)

kalau korg nak tau.. gmbr ni tak di edit okay.. it's real!! what? yeah.. believe it or not. i'm not lying

its Mycena Chlorophos. memang cendawan ni pelik. knp sy kate kulat yg menakjubkan? sebab ni la.. nampak kan? it glow in the dark. subhanallah. hebat kan kuasa Allah

cendawan ni banyak jumpa kat Asia je. first time tgk gambar cendawan ni.. i was like " biar betul? wujud betul ke cendawan ni.." then saya pn tanya la pak cik google. mmg ada ouh cendawan ni. no kidding.

malas nak cerita panjang2 sbb tak ramai yg suka baca fakta ni. haha sy tau. jd sampai sini je la ye. kalau nak tau lg lanjut psl cendawan ni? p je google. nnt keluar la dia.

n knp sy sebut kulat? sbb cendawan mmg dr Kingdom Fungi pn. for a science student, paham la kot. haha pernah time mkn ngn family, mak masak lauk ape ntah.. cendawan la. pastu sy makan la kan.. " wah sdp nya kulat ni" and mak sy tgk sy muka thn marah. haha kelakar

kawan2.. kuasa Allah, nothing impossible. say Subhanallah.


Wednesday, January 23, 2013

move on


[HD] U-Kiss - Someday [english subs+romanization+hangul]


indeed

having such a hard time right now

but i might live for another 50 years

got to move on

better days will come, insyaAllah

may Allah ease everything

Sunday, January 20, 2013

assalamualaikum kawan2!!!

lame tak jenguk blog ni..

nasib tak berhabuk lagi

got nothing to share i guess

but...

ehem

baru lepas beregu dgn abg keluarkan semut dari botol madu. harap2 la abah tak bg tau mak. sabar je la. i've been consumed honey since i came to Unimas.. so balik rumah ni nak ajak family biasakan makan madu jugak. bende jd masalah bila dorg tak reti nak tutup balik penutup botol madu tu. haish sabar je la. rezeki semut la nampaknya. tp semut tu mati jugak lemas dlm madu tu.

ouh ye. i'm back!!!! currently at KL.. home sweet home. good bye Sarawak. ^_^

ouh ye...

lately ni gelombang Kpop makin menjadi-jadi kan?

is it wrong? i wonder.

because there's a time i spoke in Korean with my friend in Fb.. n someone comment.. " demam Kpop"

erh.. sy setuju je Kpop tu tak elok. if n only if org yg minat tu layan Kpop smpai lagha tahap tak ingt.

i have a different opinion

sy minat Kpop jugak. honestly.

tp beragak la. solat jgn lupa, bace buku ilmiah jgn lupe. Quran jgn lupe. tanggungjawab pd agama jgn lupa.

pendapat saya la

sama je mcm org yg minat anime, minat game, minat bersukan etc. setiap org ada minat tersendiri right? cuma jgn melampau je la. sbb setiap apa yg kita buat mesti ada consequence nye kan?

sy pn tgk korea kdg2 je.. bukan korea je. cite jepun pn sy layan. lg apa? anime? sy layan jugak. novel pn layan jugak. komik pn same. erh... semua layn je kot.

pelik tak? byk nye la mase sy sebagai mahasiswa ni kan.. nak study lg. haha

kurang kan tidur. guna masa sebaik mungkin utk tuntut ilmu. bila masa eh sy baca nove layan korea sume tu?

jeng jeng jeng

petang... kalau tak pegy jog, lepak kat tasik... sy main sudoku, tak pn layn movie or drama. or anime.

n biasa stay up mlm2 study tu .. kadang study sejam rehat 15 minit en. 15 mnt tu layn cite jap.

haha kantoi. kesian roommate tersayang. selalu je tidur dlm keadaan terang. bianata cinguya. haha

ehem

maaf. byk sgt merepek kan?

terima kasih kerana sudi membaca bebelan sy

:)

may Allah bless you


p/s: hari ni da bace love letter? ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...