Monday, October 28, 2013

pesta benak

assalamualaikum sahabat2..

apa khabar? sehat ? hati sehat dok? study camne? okay?

bace tak tittle tu baca tak?

pesta benak tu apa?

benak = ombak

ni nak cerita ni.

19 oct hari tu, ciby ngan housemate ciby semua pergi Sri Aman. kat Sarawak la kan. ambil 4 jam jugak la nak smpai sana, dari Samarahan ni.

pesta benak ni, sebenarnya fenomena ombak di sungai. haa awesome kan? kan? yela mana ada sungai yang ada ombak kan? kan? tapi tu la, dengan kuasa Allah, anything can happen. fenomena ni ada masa2 dia je nak jadi. masa ciby pergi tu, sampai tu sebelum zohor la jugak.. jalan2, sebab ada banyak sangat gerai jual macam2. time kitorang pergi tu, fenomena tu dijangka jadi pukul 5.30 petang macam tu la. so Kitorang pun tunggu la.. berjanggut. hee tapi memang sangar ramai orang okay. haa bawah ni video ciby rakam fenomena tu. enjoy!



haa awesome tak awesome tak?

ni masa tengah tunggu ombak tu datang



ni ciby ngn housemate ciby jalan2 . sunglasses thanks to my another housemate belanja lep u!



yang ni pulak lepas solat, tengah tunggu nak p tengok ombak tu la




tadaaa haha tetiba je kan. haa ni nak promote ni. ciby jual benda ni. RM 35 je. tp tak termasuk postage la kan. insyaAllah, elok sangat. ramai jugak yg tahu ciby jual benda ni pastu dorang kata " eh kawan saya kata produk ni elok saya nak beli la" . haa macam tu. hehe n ciby pun pakai jugak, alhamdulillah, lepas seminggu pakai, nampak kesannya. ciby tak perasan pun, tapi housemate ciby la yang perasan. . kalau berminat email ciby kat ciby_lol@yahoo.com okay?


alright sampai situ je. thanks a lot sebab sudi baca :)

Sunday, October 13, 2013

gembira di dalam bulatan

assalamualaikum kawan2...

apa khabar? harap sehat selalu ye (ayat sama je tiap kali post kan)

and as u know.. sihat bukan sahaja ada pada jasmani, tapi juga pada rohani.

and mcm mana sebenarnya nak sihat rohani tu ye?

and... here goes my story ;)

fyi, semester lepas ciby jarang sangat pergi usrah. bukan setakat usrah, majlis ilmu, pergi surau pun jarang. teruk tak teruk tak?

yes, it is.


masa tu ciby terlalu fokus kat study, sibuk nak naikkan pointer, sampai terabai tanggungjawab untuk memberi makanan pada rohani..


to be honest memang rasa kosong sangat sem lepas. ciby just buat benda2 basic je, solat, Quran. tu je. mmg kosong gila. lari dari usrah, sampai sahabat2 pun risau ciby menghilang.


bila dah terbiasa macam tu, sebenarnya masuk sem ni pun ciby tak rasa macam nak pergi usrah, tapi ciby paksa diri ciby, sebab ciby sedar jauh dalam hati, ciby sangat rindu pada tarbiyah, pada gelak tawa dan teguran sahabat2, pada suasana menuntut ilmu.


and memang semester ni sangat gembira. baru sebulan lebih je kan masuk sem baru? hehe tapi yes, ciby dah kembali join usrah, pergi majlis ilmu.. surau tak pergi sebab kat area rumah sewa ni memang takde. tapi alhamdulillah, housemate semua memang best. tiap2 kali memang confirm solat subuh jemaah, matsurat and lepas tu sedikit pengisian. and bila2 ada orang kat rumah time maghrib pun jemaah, lepas tu akn buat tadarus.


subhanallah memang seronok berbunga sangat hati ni. tak dinafikan, memang masa tu rasa tak terkejar dengan assignment etc. tapi tak dapat nak elak kehendak hati yang sangat merindui ilmu.


sahabat, fitrah hati kita, perlukan makanan rohani. ciby faham mungkin ada antara sahabat yang mungkin tak pernah duduk dalam bulatan gembira. tapi jangan lupa, berada dalam majlis ilmu tu pun mengisi rohani kita. and malaikat payungkan kita lagi tu bila kita duduk dalam majlis ilmu! so boleh la ye lepas ni join majlis tazkirah ke, tilawah ke, persembahan qasidah ke apa2 kan. seronok tuuuuuuuuuuu


so sedaya upaya cuba, kalau payah pun seminggu sekali pergi usrah or apa2 majlis ilmu. pastikan rohani terisi. pastikan ada sedikit ilmu yang kita dapat. sebab kita tak ada apa tanpa ilmu.




Thursday, October 3, 2013

bila kebatilan diagungkan

assalamualaikum :)

sahabat semua sihat? harap sihat belaka ye. lagi2 hati tu. jaga molek deh. jangan biarkan kering tau



ketahuilah sesungguhnya ciby ada banyak sangat benda nak cerita. banyak sangat. why? sbb sejak balik Unimas ni, banyak sangat benda yang jadi. banyak sangat Allah uji.


tak, ciby bukan nak merungut, tapi nak berkongsi. banyak ujian yang Allah bagi, bukan untuk menyusahkan, atau menyesakkan kepala dan dada. tapi Allah uji sebab sayang. Allah jentik sikit, mungkin sebab Allah nak kuatkan kita lagi, nak jadikan kita matang. tapi itu, sesungguhnya amat bergantung kepada diri kita sendiri. on how we react to that problem. kita melenting ke, menangis ke, mengamuk ke. haa, yang menangis tu takpe kot, sebab tu salah satu cara untuk kita tenangkan diri.


tapi, boleh ke menangis selesaikan semuanya? nak menangis sampai bila? menangis la sampai keluar air mata darah sekali pun, kalau menangis je yang kita buat, tanpa ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang datang, ketahuilah bahawasanya masalah tu memang tak akan selesai. tak akan.

kejadian yang baru berlaku kelmarin


ciby dalam kelas dah. tunggu lecturer masuk.

lepas tu?

lepas tu lecturer pun masuk... bila dia dah masuk tu, ciby pun siap2 la kan, keluarkan apa yang patut dari beg. tiba2 dia datang kat ciby, yg tengah duduk kat meja barisan ke 3 ke 4 macam tu la.

ciby pun terkejut la kan kenapa tetiba dia datang kat ciby.

rupa-rupanya dia bagi tau, yang dia nak ciby bukak purdah. yes, bukak purdah


BUKAK PURDAH

sebab peraturan dah diketatkan. y? she told me ada lecturer non-muslim tak suke tengok kitorang, and dia bawak perkara ni dalam pihak atasan.

sedih sebenarnya. yg mengadu non-muslim. mengadu kepada? kepada yang muslim. n yg muslim tunduk pulak kepada yg non-muslim. pelik ni pelik. dalam buku peraturan memang tak ada kata tak boleh pakai purdah. yg ada, katanya pakaian kena bersopan. tapi ada je kan ramai yg pakaiannya tak sopan . yg tshirtnya bila duduk nampak bahagian yang tak sepatutnya. yang baju dan seluarnya ketat sampai yg melihat rasa tak selesa, yang kain seluar tu pun nampak macam nak koyak, yang lemak berlebihan nampak menderita tak bernafas.

yg batil dibiarkan, mata dibutakan, nafsu dirajakan


to be honest, i'm not shocked at all.

not at all.

y? sebab ciby dah prepare dah physically and mentally, before ciby pakai purdah dulu.

before ciby pakai dulu, ciby dah pulun habis2, study pasal purdah. bukan just kenapa kena pakai, adab berpurdah and semua tu. tapi apa pandangan muslim and non-muslim sendiri, towards niqabis. and kat situ ciby tahu, tak semua orang suka and selesa pandang kami yang nampak mata je ni. and ciby memang sedar, tak semua U benarkan student berpurdah.


masa mula2 masuk Unimas dulu, ciby pakai je. sbb ada sorang member ciby ni, kakak dia MPP kat unimas. so ciby pergi jumpa dia tanya macam mana unimas ni, pasal hal purdah ni la. di kata, memang ada sorang dua je niqabis. and lecturer pun okay je masa tu. batch ciby masuk, kira ada 2 orang la niqabis, termasuk ciby. terlalu sikit. so ciby pun fikir "okay, tak ramai. so maybe tak akan ada masalah".. as time goes on, makin ramai dah niqabis kat sini. and ciby pun fikir "makin ramai, so makin terdedah la kewujudan niqabis kat unimas. jadi makin ramai lecturer yang tahu. dan akan ada yang tak senang duduk"

proved

masuk second year, first sem. no more niqab

no, ciby tak salah kan mereka yang baru berniqab. no. alhamdulillah, mereka terpilih. ramai dah yang peduli akan aurat mereka, dan mengejar cinta Ilahi. and mybe disebabkan dia orang benda jadi macam ni... tapi mereka ni jugak yg akn bersuara nanti

insyaAllah, kami akan cuba tuntut hak kami, dengan cara yang lembut. petition mungkin . mungkin jugak akan cuba berbincang dengan pihak atasan. kami mungkin minoriti, tapi akan kami pastikan suara kami di dengar. dan kami tak akan tunduk pada kebatilan.

mohon sahabat2 doakan kami. dan moga sahabat2 tabah menghadapi apa jua dugaan yang korang tengah hadapi. setiap kita ada masalah kan? :)



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...