Thursday, October 3, 2013

bila kebatilan diagungkan

assalamualaikum :)

sahabat semua sihat? harap sihat belaka ye. lagi2 hati tu. jaga molek deh. jangan biarkan kering tau



ketahuilah sesungguhnya ciby ada banyak sangat benda nak cerita. banyak sangat. why? sbb sejak balik Unimas ni, banyak sangat benda yang jadi. banyak sangat Allah uji.


tak, ciby bukan nak merungut, tapi nak berkongsi. banyak ujian yang Allah bagi, bukan untuk menyusahkan, atau menyesakkan kepala dan dada. tapi Allah uji sebab sayang. Allah jentik sikit, mungkin sebab Allah nak kuatkan kita lagi, nak jadikan kita matang. tapi itu, sesungguhnya amat bergantung kepada diri kita sendiri. on how we react to that problem. kita melenting ke, menangis ke, mengamuk ke. haa, yang menangis tu takpe kot, sebab tu salah satu cara untuk kita tenangkan diri.


tapi, boleh ke menangis selesaikan semuanya? nak menangis sampai bila? menangis la sampai keluar air mata darah sekali pun, kalau menangis je yang kita buat, tanpa ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang datang, ketahuilah bahawasanya masalah tu memang tak akan selesai. tak akan.

kejadian yang baru berlaku kelmarin


ciby dalam kelas dah. tunggu lecturer masuk.

lepas tu?

lepas tu lecturer pun masuk... bila dia dah masuk tu, ciby pun siap2 la kan, keluarkan apa yang patut dari beg. tiba2 dia datang kat ciby, yg tengah duduk kat meja barisan ke 3 ke 4 macam tu la.

ciby pun terkejut la kan kenapa tetiba dia datang kat ciby.

rupa-rupanya dia bagi tau, yang dia nak ciby bukak purdah. yes, bukak purdah


BUKAK PURDAH

sebab peraturan dah diketatkan. y? she told me ada lecturer non-muslim tak suke tengok kitorang, and dia bawak perkara ni dalam pihak atasan.

sedih sebenarnya. yg mengadu non-muslim. mengadu kepada? kepada yang muslim. n yg muslim tunduk pulak kepada yg non-muslim. pelik ni pelik. dalam buku peraturan memang tak ada kata tak boleh pakai purdah. yg ada, katanya pakaian kena bersopan. tapi ada je kan ramai yg pakaiannya tak sopan . yg tshirtnya bila duduk nampak bahagian yang tak sepatutnya. yang baju dan seluarnya ketat sampai yg melihat rasa tak selesa, yang kain seluar tu pun nampak macam nak koyak, yang lemak berlebihan nampak menderita tak bernafas.

yg batil dibiarkan, mata dibutakan, nafsu dirajakan


to be honest, i'm not shocked at all.

not at all.

y? sebab ciby dah prepare dah physically and mentally, before ciby pakai purdah dulu.

before ciby pakai dulu, ciby dah pulun habis2, study pasal purdah. bukan just kenapa kena pakai, adab berpurdah and semua tu. tapi apa pandangan muslim and non-muslim sendiri, towards niqabis. and kat situ ciby tahu, tak semua orang suka and selesa pandang kami yang nampak mata je ni. and ciby memang sedar, tak semua U benarkan student berpurdah.


masa mula2 masuk Unimas dulu, ciby pakai je. sbb ada sorang member ciby ni, kakak dia MPP kat unimas. so ciby pergi jumpa dia tanya macam mana unimas ni, pasal hal purdah ni la. di kata, memang ada sorang dua je niqabis. and lecturer pun okay je masa tu. batch ciby masuk, kira ada 2 orang la niqabis, termasuk ciby. terlalu sikit. so ciby pun fikir "okay, tak ramai. so maybe tak akan ada masalah".. as time goes on, makin ramai dah niqabis kat sini. and ciby pun fikir "makin ramai, so makin terdedah la kewujudan niqabis kat unimas. jadi makin ramai lecturer yang tahu. dan akan ada yang tak senang duduk"

proved

masuk second year, first sem. no more niqab

no, ciby tak salah kan mereka yang baru berniqab. no. alhamdulillah, mereka terpilih. ramai dah yang peduli akan aurat mereka, dan mengejar cinta Ilahi. and mybe disebabkan dia orang benda jadi macam ni... tapi mereka ni jugak yg akn bersuara nanti

insyaAllah, kami akan cuba tuntut hak kami, dengan cara yang lembut. petition mungkin . mungkin jugak akan cuba berbincang dengan pihak atasan. kami mungkin minoriti, tapi akan kami pastikan suara kami di dengar. dan kami tak akan tunduk pada kebatilan.

mohon sahabat2 doakan kami. dan moga sahabat2 tabah menghadapi apa jua dugaan yang korang tengah hadapi. setiap kita ada masalah kan? :)



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...