Sunday, October 13, 2013

gembira di dalam bulatan

assalamualaikum kawan2...

apa khabar? harap sehat selalu ye (ayat sama je tiap kali post kan)

and as u know.. sihat bukan sahaja ada pada jasmani, tapi juga pada rohani.

and mcm mana sebenarnya nak sihat rohani tu ye?

and... here goes my story ;)

fyi, semester lepas ciby jarang sangat pergi usrah. bukan setakat usrah, majlis ilmu, pergi surau pun jarang. teruk tak teruk tak?

yes, it is.


masa tu ciby terlalu fokus kat study, sibuk nak naikkan pointer, sampai terabai tanggungjawab untuk memberi makanan pada rohani..


to be honest memang rasa kosong sangat sem lepas. ciby just buat benda2 basic je, solat, Quran. tu je. mmg kosong gila. lari dari usrah, sampai sahabat2 pun risau ciby menghilang.


bila dah terbiasa macam tu, sebenarnya masuk sem ni pun ciby tak rasa macam nak pergi usrah, tapi ciby paksa diri ciby, sebab ciby sedar jauh dalam hati, ciby sangat rindu pada tarbiyah, pada gelak tawa dan teguran sahabat2, pada suasana menuntut ilmu.


and memang semester ni sangat gembira. baru sebulan lebih je kan masuk sem baru? hehe tapi yes, ciby dah kembali join usrah, pergi majlis ilmu.. surau tak pergi sebab kat area rumah sewa ni memang takde. tapi alhamdulillah, housemate semua memang best. tiap2 kali memang confirm solat subuh jemaah, matsurat and lepas tu sedikit pengisian. and bila2 ada orang kat rumah time maghrib pun jemaah, lepas tu akn buat tadarus.


subhanallah memang seronok berbunga sangat hati ni. tak dinafikan, memang masa tu rasa tak terkejar dengan assignment etc. tapi tak dapat nak elak kehendak hati yang sangat merindui ilmu.


sahabat, fitrah hati kita, perlukan makanan rohani. ciby faham mungkin ada antara sahabat yang mungkin tak pernah duduk dalam bulatan gembira. tapi jangan lupa, berada dalam majlis ilmu tu pun mengisi rohani kita. and malaikat payungkan kita lagi tu bila kita duduk dalam majlis ilmu! so boleh la ye lepas ni join majlis tazkirah ke, tilawah ke, persembahan qasidah ke apa2 kan. seronok tuuuuuuuuuuu


so sedaya upaya cuba, kalau payah pun seminggu sekali pergi usrah or apa2 majlis ilmu. pastikan rohani terisi. pastikan ada sedikit ilmu yang kita dapat. sebab kita tak ada apa tanpa ilmu.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...