Saturday, September 20, 2014

da ada boyfriend ke?

mentor: saya sangat banggga bla bla bla.. banyak peningkatan result kamu bla bla bla.. saya percaya kau boleh dapat result yang lebih baik sem ni bla bla bla... kamu ada boyfriend ke?

mentee: erk? *sengih macam kerang busuk*

mentor: tak apa ada boyfriend kalau dia boleh tolong kamu. saya masa undergraduat dulu pun ada boyfriend jugak. sejak sem bila? siapa nama dia?

mentee: haa? eh erm erm tak nak lah Dr.

mentor : sama course ka?

mentee: ehhhh Dr. segan la saya tak apa tak apa

mentor: tak apa nabihah saya dulu bila ada boyfriend baru saya dapat focus. saya ada aim. saya mahu belajar betul2 dapat result bagus selepas itu saya boleh kerja dan berkahwin.

mentee: *krik krik krik*

oooo dia sama course ye? saya ada dengar jugak student2 bercerita tapi saya tak tahu mereka cerita tentang siapa. dia yang mana? muka dia macam mana?

mentee: ehhh tak apa la Dr. segan la saya

mentor: bagus dia tolong kamu dalam pelajaran. saya yakin kamu boleh dapat pointer bagus lagi untuk sem ni



fuh... mentor sporting sangat

Wednesday, September 10, 2014

keep calm and study zoology

smlm first class ENvironmental Law

and

walaupun dah third year.

still

u know what my lecturer said?


"Zoology is very important. It may not seem so right now but in next ten years it will be very important.
Today we have fewer number of biologist. Now people are focusing on computer science and engineering.
It's ok. One fine day, they will realise that we people cannot eat computer chips and buildings. We need organic foods"


keep calm and study zoology

Friday, September 5, 2014

cuba lagi

bismillah

hai kawan2

lama tak jenguk blog ni. dah berhabuk sangat

takpe, jenguk sekejap. nak cerita

well, baru2 ni ada sorang sahabat matrik aku whatsapp, tanya kabar la kan. aku pun rindu lahai kat dia. dia pun teman setidur semakan jugak masa matrik dulu

nak dipendekkan cerita, kebiasaan la kami ni bila borak akan tanya pasal study

so

aku pun tak ada apa nak cerita kalau bab study ni. result pun bukannya gempak sangat

tak gempak pun

tak membanggakan pun. jujur. aku jujur bagi tau kauorang yang tengah baca ni. result aku tak la hebat mana. n aku tak bangga pun dengan pencapaian aku. sebab memang tak dapat nak dibanggakan pun

tapi

tapi alhamdulillah. meningkat la sem lepas. dari berapa ke berapa tu aku tak rasa perlu.

kawan aku ni pun terkejut sebenarnya. sebab kalau masa matrik dulu aku okay je. nak kejar degree ni pulak jadi mengah. so dia pun bukak cerita yang ada la lagi sahabat lain yang macam aku. aku pun taktau result dorang macam mana. tapi apa yang dia bg tau, memang ada la paper yang kena repeat

macam aku la. yes, aku memang ada je paper yang kena repeat.

aku mengaku je aku malu. mulanya dulu aku malu gila bila aku ada subject yang fail. pointer pulak memang masuk bawah tanah. banyak kali je aku rasa nak give up. nak quit. tapi aku fikir balik

kalau aku quit, tak ke sayang namanya. and quit belajar tu bukan satu2nya jalan penyelesaian.

mata aku banyak kali dah menangis. stress. study bagai nak gila, tapi result tak jugak bagus.

tapi aku cuba jugak lagi. sebab aku sedar, kalau aku quit, aku tak tahu bila lagi aku akan dapat peluang belajar. kalau aku quit, apa akan jadi dengan aku nanti. kalau aku quit, macam mana dengan masa depan aku. betul, segulung ijazah tak menentukan masa depan. tapi, perlu ingat. segulung ijazah tu, sangatlah penting. orang pandang. n perlu untuk dijajakan untuk menagih simpati mendapat peluang pekerjaan.


isnin ni, insyaAllah bermulalah sekali lagi kehidupan aku as a student. sem yang ke 5.

aku tak tahu, n aku takut bila fikir. sem 5 ni, boleh ke aku dapat result yang lebih bagus dari sem lepas2?

aku tak tahu. tapi aku sedar, yang aku takkan tahu kalau aku tak cuba.





aku percaya, tak rugi kalau aku terus mencuba. sebab aku tau, aku ada Dia. aku ada Dia untuk bantu aku. n aku tau, segala perit yang Dia bagi aku rasa selama ni, sebab Dia sayang aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...