Saturday, May 21, 2011

disayangi

terasa disayangi.
sungguh.
di kala terasa berat menanggung ujian...
Allah selitkan rasa manis. manis sungguh rasa cinta ni.
sungguh rasa disayangi.

makin hebat dugaan..
makin dekat diri ini dengan Allah.

perantaraan nya masih orang yg sama.
hebat sungguh peraturan Allah.
Dia tahu bahawa dgn org ini sahaja aku boleh terasa lemah.
tapi aku juga tahu.. jika aku lepas ujian ni...
maka nikmatnya.. subhanallah...
aku pernah merasai nikmat itu..
dan aku nak rasa lagi. nak! biarlah di caci setiap hari..
oleh orang yg disayangi.
sungguh aku dah biasa.
tabahkan aku ya Allah.
sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Engkau.

Monday, May 16, 2011

dah tiba masa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

dulu aku terbaring. tak berdaya. lemah
alhamdulillah.. kini aku sudah boleh merangkak.

dah tiba masanya.. untuk melangkah lagi.
untuk berhijrah lagi.

kini..
dah tiba masa untuk aku cuba berdiri.
insyaAllah.. akn aku cuba untuk melangkah, berjalan.
dan insyaAllah. aku akn pastikan aku akan mampu berlari.
akn aku pastikan tiada siapa yg mampu menghalang.
kerna aku pasti. Allah sentiasa ada.

kuatkan aku Ya Allah. kuatkan aku

Monday, May 9, 2011

sedih


sedih. kecewa. tapi ta bole buat apa2.

ada. doa. dan dakwah.
dakwah. bukan mudah. tapi tak ape. Allah sentiasa ada. mungkin tak nampak, tapi aku sentiasa menjalankannya

sedih. bila teman2 leka. leka dari suruhan Allah.
kau lihat aku tersenyum. tapi dalam senyuman aku, ada duka.
aku sedih. sedih tengok kau, kau dan kau yg lain.

kau dan aku, kita kawan. tapi bukan tu aje.
kau saudara aku. saudara seislam.

ye, kau Islam. sama je seperti aku.

tapi kenapa kau masih lagi berbeza?
tudungmu singkat. sanggulmu tinggi. bajumu sendat. seluarmu ketat. lengan bajumu singkat. kakimu terdedah. dan wajahmu banyak sungguh terpampang di facebookmu.

teman...
tidakkah kau sedari.. dunia ini hanya sementara.
mungkin esok, mungkin juga lusa, mungkin juga bulan depan. dan tak mustahil. beberapa saat lepas ni malaikat maut akan datang menjemput.

hukum Allah itu wajib dituruti.
dan ada sebab kenapa Allah menetapkan hukumNya begitu.

kewajipanku untuk mengingatkanmu.
sungguh aku sedih. sungguh air mataku menitis. mana perginya janji mu?
mana perginya janji Mu pada Allah?

"aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

kau mengaku. dan itu adalah ikrar mu. dan itu bermaksud setiap apa yang ditetapkan oleh Allah itu harus kamu jalankan.

aku juga tidak baik. tapi tak tape. usaha itu perlu. mari la kawan. sedarlah. agar kita boleh sama-sama melangkah. dalam menjalankan perintah Allah. dalam usaha menggapai tujuan kita hidup di dunia ini. dalam usaha mendapatkan redha Allah.

maaf jika aku terlalu kasar. maaf jika hatimu terguris. tapi aku luahkan ini. kerana Allah. kerana aku sayangkan mu. mungkin kau tak terasa apa bila melakukan apa yg dilarang Allah. tapi sungguh teman, air mata ku menitis.
air mataku menitis.
melihat kegemilangan Islam yang makin pudar.

sedarlah. bangkitlah. agar Islam dalam dirimu terserlah. agar kita boleh sama-sama mendapat redhaNya. insyaAllah



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)

Thursday, May 5, 2011

akur


“Dengan cinta.. Kenal pencipta.. Dengan cinta..”

Siti… Suara tu aurat Siti.. Tapi… Kat dlm bilik je.. Slow pulak tu aku nyanyi.. Tapi kalau ade orang dengar jugak kat luar tu macam mana? Kau tu tinggal apartment je la makcik.. Tak mustahil je kalau ade orang dengar kat luar tu. Lagi satu suara menerjah.. huh Siti.. Astaghfirullah..

Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dicapai. Sambung baca balik la…

………………………………………………………..

Solat Asar dah… Baca al-Mathurat pun sudah… Nak buat apa lagi ni. hmmmm Haila Siti.. Kemas bilik la.. Bersepah mengalahkan tempat kucing beranak.

Mp3 di atas meja belajar dicapai.. Let’s get to work Siti!

“Asma Amanina.. Allah adalah tujuan kami… Rasulullah teladan kami..” kepala diangguk-angguk mengikut rentak lagu.. Tangan masih lagi mengemas buku-buku di dalam rak..

Siti.. Satu suara dalam kepala seakan-akan memberi amaran. Slow sikit Siti.. Suara tu aurat.. Da la dalam rumah ni ada lelaki ajnabi.. Along dengan kawan-kawan dia kat luar tu. Astaghfirullah Siti…

“Setiap tetes peluh dan darah… Tak akan sirna di telan masa..”

Siti! Kuatnya.. Senyap je kan senang..

Huh ala perlahan je pun. Rasanya tak ada sesiapa yang dengar.

“Cita-cita kami tertinggi…”

Siti kalah. Kalah dengan hasutan syaitan. Dan kehendak nafsu.

…………………………………………………………….

Hujan masih lagi turun dengan lebat. Mata mengerling jam dia atas meja belajar.

“Hmmmm.. Baru pukul 10.. Sejuknya..” Siti bangkit dan melangkah ke dapur..

“A cup of milk pun best sambil baca buku ni..”

Kaki baru je nak melangkah kembali ke bilik terdengar lagu Ya Rasulullah berlagu dari telefon bimbit di dalam bilik.

“Haila haila.. Sekejap sekejap.” Siti mencepatkan langkah menuju ke bilik.

“Allahuakbar… Tak sempat.. Siapa pulak yang nak call aku malam-malam ni.”

Tak sempat nak tengok call register lagu Ya Rasulullah dah berkumandang lagi. Erk?

“Assalamualaikum Datin.”

“Waalaikumussalam makcik. Kau buat ape tu? Berangan eh?”

Ila.. Ila… Sabar je la aku.

“Banyak la kau punya berangan. Apahal call aku ni? Rajin tiba-tiba kau call aku ni.”

“Heheee kau ni.. Aku call pun salah ke? Tau la aku jarang call kau orang semua..” offhanded Ila menjawab.

“Sedar pun. Hehe Haaa kenapa ni?”

“Budak-budak semua dah balik. Kau pun tak lama lagi cuti kan?”

Hmmmm dah balik dah pun dia orang. Bukan senang nak cuti serentak ni. Ni je la masanya nak jumpa. Tapi…

“Hmmmm..”

“Ye aku tau.. Tau kau bukan jenis lepak-lepak buang masa.. Tapi aku bagi tau jugak la, mana tau kau nak join. Esok kitaorang plan nak breakfast sama-sama. Dalam pukul 8.30. Kat tempat biasa. Datang la sekejap, habis makan blah la.”

“InsyaAllah.”

“Oke. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Cawan di tangan di bawa ke bibir. Basmallah dibacakan. Subhanallah.. Nikmatnya Ya Allah..

Cawan di letak di atas meja belajar sambil sebelah lagi tangan mencapai buku dan Mp3..

“Allahi Allah Kiya Karo..”

Siti.. Kuatnya suara.. Allah… Lupa2… Senyap je la… Sabar Siti. Nak dapat redha Allah kan.. Berkorban sikit Siti..

……………………………………………………………………………………….

“Siti!!!!” Mak Jah melaung dari dapur.

Allah.. Tengah topik sedap ni.. Namun buku ditangan diletakkan di atas meja belajar.

“Siti!!!!!!”

Huh? “Ye Mak!!!!!!!!!!!” Tapi sautannya tak sampai ke anak tekak pun. Dalam hati je.

Bersederhanalah kamu dalam bersuara.. Heee Sabar Siti..

“Wah…. Mak nak buat kuih apa ni?” Siti duduk di sebelah Mak Jah.

“Orang nak habis adun da. Tu la! Duduk je dalam bilik tu buat apa?”

Heee mak aku ni pun.. Sempat membebel lagi..

“Mak nak buat kuih yang mak baru mintak resepi dari Mak Ngah hari tu. Mak adun je ni. Jap lagi Mak nak pergi kelas, macam biasa la. Nanti tolong kukuskan kuih ni.”

Memang tak dapat la jumpa diaorang ni.

“Beres.. Heheee “ Siti.. Bukan selalu kau buat kan. Lagi pun, nak dapat redha Allah, kena la buat apa yang mak suruh Siti..

…………………………………………………………………….

“Allahumma Solliala Muhammad..”

Siti.. Agak-agak la nak memekak kat dapur.. La.. Depan makanan ni kan elok.. Selawat syifa’ pulak tu. Tapi.. Suara perempuan, bila dilunakkan dan dilenggok-lenggokkan still aurat la Siti..

“Subhanallah..Walhamdulillah…” huh Siti.. Tak reti bahasa betul la aku ni. Kalau ade orang lalu kat luar dapur ni and terdengar suara kau macam mana?

Erk… Slow-slow tak pe kan?

“Walaailahaillah wallahuakbar” bibirnya masih melagukan tasbih sambil tangannya mencapai kain. Penutup periuk diangkat.

“Allahuakbar! Ya Allah!” tangan masih tak melepaskan penutup periuk. Jarinya yang terkena pada periuk masih lagi tak dapat diangkat.

“Astaghfirullahalazim..Ya Allah panasnya..”

Penutup periuk dah diletakkan di atas singki. Tangan masih ligat mengangkat kuih.

Astaghfirullah.. Panasnya…

Tiba-tiba sesuatu menjelma dalam fikiran.

Dalam neraka.. Besi-besi panas… Astaghfirullah.. Ya Allah…

Tangan masih lagi bergerak mengangkat kuih-kuih yang dah siap dikukus.

Air mata menitis.

Siti.. Tu teguran dari Allah Siti..

Ampunkan aku Ya Allah.. Aku leka.. Aku leka.. Astaghfirullah… Astaghfirullah..

Tangan sedikit menggigil. Hati dah rasa tak keruan. Air mata tetap turun dari bibir mata.

Dan sejak dari itu… Siti berjanji tak akan menyanyi atau melagukan tasbih. Di mana-mana sahaja. Kecuali di asrama. Sebab kat situ je tempat yang dia pasti tak ada lelaki.


........................................

Ingat ye kawan-kawan. yang haram tetap haram..

Suara perempuan itu haram. bila dilunakkan atau dilenggokkan di depan lelaki yang bukan muhrim.

tak kisah la bercakap ke, menyanyi ke, bertasbih ke, membaca al-Quran ke.. suara itu masih aurat jika dilunakkan.

hukum Allah. tak perlu nak di persoalkan. akur je.

nak redha Allah. akur je. korbankan nikmat dunia


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran 3: Ayat ke 135)

Wednesday, May 4, 2011

saba je la

assalamualaikum semua..

minggu lepas kot.
dpt call..
mula2 angkat.. lelaki..
lps tu tnye soalan merepek2...
letak terus...
lepas tu call byk kali.. and ana ta angkat..

lagi dorang call. angkat.
mengaku dorang JPJ? huh pelik..
lepas tu dorang call lagi..
angkat
"kereta wira biru awak punya"
huh. kat belakang dgr suara beberapa orang gelak.

lps tu ana pn cakap "Astaghfirullah... kalau tak kacau tak boleh ke? cuba la buat bnda lain yg berfaedah... Astaghfirullah.."

lepas tu teros ta call..

nombor tu mmg tak save. and bateri problem. memang tak akan save la kat dlm call register.

hmmmm
mungkin mereka tatau.
ana memang student sains stream. tapi tak semestinya ana benci numbor.
alhamdulillah, Allah bg nikmat.
sekali dua tengok nombor, insyaAllah ana ingat.
and sampai sekarang. boleh bayang lagi num fon tu dlm kepala.

and baru je tadi, ana dpt tau siapa pemilik nombor tu.

tak perlu lagi ganggu aku.
aku hanya milik Allah...
hak milik Allah.
sesuatu yg kau tak dpt rampas dr sesiapa.


ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارً۬ا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)

Tuesday, May 3, 2011

mutabaah amal

currently reading Contengan Jalanan by Hlovate..

subhanallah..
thumbs up! ni novel baru dye..
best ouh. bole bace. insyaAllah, ta rugi baca..
banyak pengajaran...

and baru tau wujudnya mutabaah amal.
sort of jadual la..
tok kite check amalan kita.
na tau bentuk dia cane?
cer carik kat google.
insyaAllah jumpa..

ana baru lepas carik.
alhamdulillah.. jumpa..
and na print!

"the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

Monday, May 2, 2011

saksi


Munsyid : Rabbani (feat Mawi)

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

nak dengar?
carik kat youtube oke.. time kasih..

hayati, dan renung-renungkan..

maka, kurangkan bercakap.. kalau bercakap itu tidak membawa kebaikan..
pekakkan telinga, kalau apa yg didengar melaghakan.
alihkan pandangan, jika pandangan itu berbau maksiat..
tahan perbuatan, jika ia tidak membawa faedah..
kurangkan derap langkah, jika perjalanan bukan kerana Allah..

benar, tidak mudah..
tapi yakinlah, Allah sentiasa melihat, dan Allah itu Maha Mengetahui
tade ape pn yg terlepas.. apa saja yg kita lakukan, pasti akan dihitung..


ana selalu menahan diri.. mengurung diri di dalam rumah..
bukan kerana takut dipandang pelik, bukan kerana takut akan cacian orang..
tapi sedih dengan kemungkaran yg berleluasa di luar sana..

air mata menitis..
bukan kerana sedih di pandang pelik..
tapi sedih kerana Islam menjadi asing..
benar, ini lah dunia akhir zaman..

benar.. orang-orang yg mengetahui akn perkara ini ta sepatutnya duduk mengurung diri.. mereka sepatutnya keluar, mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran..
ya, itu sedang ana lakukan.. amar makruf nahi mungkar. mungkin tidak pada pandangan mereka, tapi Allah Maha Mengetahui..
pada saat ana menaip ini juga, hati bergetar, risau jika setiap patah ini mengundang kemurkaanNya..

Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Mu..
aku berlindung kpd Mu dr murkaMu Ya Allah..
ampunkan dosa-dosaku.. jadi kan aku tetamu syurgaMu Ya Allah..

amin Ya Rabb

Sunday, May 1, 2011

not denying


i don't know.
really.

Allah je yg tau.
true.
ana nak ia jd kenyataan.

the equation
that you created

you=me

insyaAllah..

like u've said
"Allah will show us the way"

insyaAllah..
lelaki yg baek tok perempuan yg baek.
perempuan yg baek tok laki yg baek..

and i'm trying.
utk jd solehah.
always

smoge kita terhindar dr zina..
terutama zina hati.
insyaAllah

Redha Allah itu penting..
smoge kite same2 istiqamah dlm mencari redhaNya..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...