Wednesday, July 3, 2013

kau makan td kan? pergi wudhu!

assalamualaikum sahabat

sebelum kita mulakan, jom selawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w

entri hari ni nak cerita pasal wudhu

wudhu? wudhu? hek eleh wudhu je pn..

betul3. wudhu je pn. tp amat menyedihkan apabila ramai umat Islam sekarang yang fail bab ni -_-

kenapa? kenapa saya cakap macam tu?

well banyak kali dah jadi kat saya . contohnya

"jom la solat"

"kau tak pergi wudhu dulu ke?"

"wudhu tadi ada lagi"

"bukan kau makan ke tadi?"

see???? see??? tu baru satu. banyak lagi kooottt...

haish sedih saya. bukan sbb saya lagi pandai ke apa. tapi benda ni basic kooooottt

benda basic mcm ni pn ramai yg fail lagi.

sapa kata makan batal wudhu? siapa? siapa?

okay jom kita tgk balik perkara2 yang membatalkan wudhu



  • Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
  • Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  • Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
ada tak salah satu nya makan? tak ada kan? kan?

jadi... makan tak batal wudhu okay kawan-kawan..

tapi saya tak nafikan la lg elok kalau nak wudhu balik even wudhu sebelumnya tak batal lagi. yang tu memang lagi afdal. and lagi elok jugak kalau berkumur dulu. sbb takut ada sisa-sisa makanan dalam mulut, yang takut akan mengganggu kekusyukan kita solat

akhir kata dari saya... 

tak kisah la kita ni dah belajar degree 4.0 ke SPM 14 A ke apa...

always topup ilmu okay? :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...