Thursday, May 5, 2011

akur


“Dengan cinta.. Kenal pencipta.. Dengan cinta..”

Siti… Suara tu aurat Siti.. Tapi… Kat dlm bilik je.. Slow pulak tu aku nyanyi.. Tapi kalau ade orang dengar jugak kat luar tu macam mana? Kau tu tinggal apartment je la makcik.. Tak mustahil je kalau ade orang dengar kat luar tu. Lagi satu suara menerjah.. huh Siti.. Astaghfirullah..

Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dicapai. Sambung baca balik la…

………………………………………………………..

Solat Asar dah… Baca al-Mathurat pun sudah… Nak buat apa lagi ni. hmmmm Haila Siti.. Kemas bilik la.. Bersepah mengalahkan tempat kucing beranak.

Mp3 di atas meja belajar dicapai.. Let’s get to work Siti!

“Asma Amanina.. Allah adalah tujuan kami… Rasulullah teladan kami..” kepala diangguk-angguk mengikut rentak lagu.. Tangan masih lagi mengemas buku-buku di dalam rak..

Siti.. Satu suara dalam kepala seakan-akan memberi amaran. Slow sikit Siti.. Suara tu aurat.. Da la dalam rumah ni ada lelaki ajnabi.. Along dengan kawan-kawan dia kat luar tu. Astaghfirullah Siti…

“Setiap tetes peluh dan darah… Tak akan sirna di telan masa..”

Siti! Kuatnya.. Senyap je kan senang..

Huh ala perlahan je pun. Rasanya tak ada sesiapa yang dengar.

“Cita-cita kami tertinggi…”

Siti kalah. Kalah dengan hasutan syaitan. Dan kehendak nafsu.

…………………………………………………………….

Hujan masih lagi turun dengan lebat. Mata mengerling jam dia atas meja belajar.

“Hmmmm.. Baru pukul 10.. Sejuknya..” Siti bangkit dan melangkah ke dapur..

“A cup of milk pun best sambil baca buku ni..”

Kaki baru je nak melangkah kembali ke bilik terdengar lagu Ya Rasulullah berlagu dari telefon bimbit di dalam bilik.

“Haila haila.. Sekejap sekejap.” Siti mencepatkan langkah menuju ke bilik.

“Allahuakbar… Tak sempat.. Siapa pulak yang nak call aku malam-malam ni.”

Tak sempat nak tengok call register lagu Ya Rasulullah dah berkumandang lagi. Erk?

“Assalamualaikum Datin.”

“Waalaikumussalam makcik. Kau buat ape tu? Berangan eh?”

Ila.. Ila… Sabar je la aku.

“Banyak la kau punya berangan. Apahal call aku ni? Rajin tiba-tiba kau call aku ni.”

“Heheee kau ni.. Aku call pun salah ke? Tau la aku jarang call kau orang semua..” offhanded Ila menjawab.

“Sedar pun. Hehe Haaa kenapa ni?”

“Budak-budak semua dah balik. Kau pun tak lama lagi cuti kan?”

Hmmmm dah balik dah pun dia orang. Bukan senang nak cuti serentak ni. Ni je la masanya nak jumpa. Tapi…

“Hmmmm..”

“Ye aku tau.. Tau kau bukan jenis lepak-lepak buang masa.. Tapi aku bagi tau jugak la, mana tau kau nak join. Esok kitaorang plan nak breakfast sama-sama. Dalam pukul 8.30. Kat tempat biasa. Datang la sekejap, habis makan blah la.”

“InsyaAllah.”

“Oke. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Cawan di tangan di bawa ke bibir. Basmallah dibacakan. Subhanallah.. Nikmatnya Ya Allah..

Cawan di letak di atas meja belajar sambil sebelah lagi tangan mencapai buku dan Mp3..

“Allahi Allah Kiya Karo..”

Siti.. Kuatnya suara.. Allah… Lupa2… Senyap je la… Sabar Siti. Nak dapat redha Allah kan.. Berkorban sikit Siti..

……………………………………………………………………………………….

“Siti!!!!” Mak Jah melaung dari dapur.

Allah.. Tengah topik sedap ni.. Namun buku ditangan diletakkan di atas meja belajar.

“Siti!!!!!!”

Huh? “Ye Mak!!!!!!!!!!!” Tapi sautannya tak sampai ke anak tekak pun. Dalam hati je.

Bersederhanalah kamu dalam bersuara.. Heee Sabar Siti..

“Wah…. Mak nak buat kuih apa ni?” Siti duduk di sebelah Mak Jah.

“Orang nak habis adun da. Tu la! Duduk je dalam bilik tu buat apa?”

Heee mak aku ni pun.. Sempat membebel lagi..

“Mak nak buat kuih yang mak baru mintak resepi dari Mak Ngah hari tu. Mak adun je ni. Jap lagi Mak nak pergi kelas, macam biasa la. Nanti tolong kukuskan kuih ni.”

Memang tak dapat la jumpa diaorang ni.

“Beres.. Heheee “ Siti.. Bukan selalu kau buat kan. Lagi pun, nak dapat redha Allah, kena la buat apa yang mak suruh Siti..

…………………………………………………………………….

“Allahumma Solliala Muhammad..”

Siti.. Agak-agak la nak memekak kat dapur.. La.. Depan makanan ni kan elok.. Selawat syifa’ pulak tu. Tapi.. Suara perempuan, bila dilunakkan dan dilenggok-lenggokkan still aurat la Siti..

“Subhanallah..Walhamdulillah…” huh Siti.. Tak reti bahasa betul la aku ni. Kalau ade orang lalu kat luar dapur ni and terdengar suara kau macam mana?

Erk… Slow-slow tak pe kan?

“Walaailahaillah wallahuakbar” bibirnya masih melagukan tasbih sambil tangannya mencapai kain. Penutup periuk diangkat.

“Allahuakbar! Ya Allah!” tangan masih tak melepaskan penutup periuk. Jarinya yang terkena pada periuk masih lagi tak dapat diangkat.

“Astaghfirullahalazim..Ya Allah panasnya..”

Penutup periuk dah diletakkan di atas singki. Tangan masih ligat mengangkat kuih.

Astaghfirullah.. Panasnya…

Tiba-tiba sesuatu menjelma dalam fikiran.

Dalam neraka.. Besi-besi panas… Astaghfirullah.. Ya Allah…

Tangan masih lagi bergerak mengangkat kuih-kuih yang dah siap dikukus.

Air mata menitis.

Siti.. Tu teguran dari Allah Siti..

Ampunkan aku Ya Allah.. Aku leka.. Aku leka.. Astaghfirullah… Astaghfirullah..

Tangan sedikit menggigil. Hati dah rasa tak keruan. Air mata tetap turun dari bibir mata.

Dan sejak dari itu… Siti berjanji tak akan menyanyi atau melagukan tasbih. Di mana-mana sahaja. Kecuali di asrama. Sebab kat situ je tempat yang dia pasti tak ada lelaki.


........................................

Ingat ye kawan-kawan. yang haram tetap haram..

Suara perempuan itu haram. bila dilunakkan atau dilenggokkan di depan lelaki yang bukan muhrim.

tak kisah la bercakap ke, menyanyi ke, bertasbih ke, membaca al-Quran ke.. suara itu masih aurat jika dilunakkan.

hukum Allah. tak perlu nak di persoalkan. akur je.

nak redha Allah. akur je. korbankan nikmat dunia


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran 3: Ayat ke 135)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...