Thursday, April 28, 2011

not great but not bad


26 april 2011
keputusan peperiksaan akhir bg Pelajar Dua Tahun 2010/2011 keluar

alhamdulillah...
ta dpt la 4. it's not great but not bad la my result..

thank you Allah..

i always prayed that i can get 4
but He didn't give me..

i always said to Him "ya Allah, kalau 4 flat tu dpt memberikan kebaikan kpd ku, maka berikanlah.. jika ia tidak baik utk ku, maka jgn lah kau berikannya kpd ku. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui"

and ana ta dpt 4.. and ana yakin ade hikmahnye. let just say... it's only me and Allah yg tau..
or should i say.... Allah knows everything..
He give the best for His true believer..

alhamdulillah.. batch kitorang dpt beat batch pdt 2009/2010..
taun lps yg dpt 4 seramai 40 lbih ta silap..
but batch ana yg dpt 4, 101 org..
alhamdulillah :)

thank you Allah..
for hearing me.. and guiding me..
alhamdulillah..

Saturday, April 23, 2011

jom dgr cerita ;)


assalamualaikum kawan2..

jom dgr cerita ana. dah lama ana tak bercerita kan? kan?
pagi tadi ana ikut rombongan persatuan penduduk kat rumah ni pergi Sungai Lepoh.. kat mana? kat Pangsun.. kat mana? pergi carik sndiri kat google ye? tq. hehe

oke senangnye macam ni. mmg best sangat. Subhanallah.. tergamam dgn keindahan tempat tu. dulu prnh je sampai situ, tapi nmpk tempat tu macam biasa je. tapi bila pergi tadi. lailahaillallah... tersentuh jiwa dan raga. besar sungguh kuasa Allah.. tapi ana ta mandi la.. sebab apa? sebab.. kalau mandi nanti baju lekat2 kat badan. wah seksi.. tidak2... huhuuu hanya menghayati keindahan alam.. dan bertasbih memuji kebesaran Allah..

oke nak pendek kan cerita je sebenarnya, tapi tatau la cane. huhu tahan je la ye baca?

ramai kawan2 mak ana (makcik2 + pemuda pemudi) yg pergi sekali tadi ta kenal ana. tatau la kenapa. agaknya sebab jarang keluar rumah kot. then tak pernah ikut mak keluar kalau dia ada meeting ke marhaban ke ape benda tu kan.. sebab tu kot..

person 1;
"kak Midah.. tu anak kak Midah(my mom) yg mana ye?"

"yang num 2 tu la.. akak kan anak 2 orang je..."

"owh.. anak akk tu sekolah agama ke"

"darjah 1-6 je la pun, sekolah rendah je.."


person 2;

"kau anak sape ye?"

huh? tiba2 je. " anak cik Midah"

and dia pun anguk-anguk kan kepala


person 3;
situasi 1:
that person ; kak Midah! ni anak kak Midah ke?

my mom (cik Midah la. hehe ) ; yela.. anak aku kan ada 2 je..

that person ; yeh? dah besar la. ari tu rasanya kecik je!

another person ; haa nak tau tak kenapa? tudung labuh dia tu yg buat dia nampak besar

situasi2:
"kau skolah mana eh?"

"Permaisuri. dulu la."

"sekarang?"

"Matrik. Matrik Gambang."

"Pahang?"

kepale je mengangguk. haila.. awat la dye tanya macam2 ni.. aku ni macam kena soal siasat je.

"amik course ape?"

aik? ingat aku amik syariah ke? kot ye pn kat matrik ade ke syariah?

"sains"

lps tu ana tros blah. dah ta tahan. dia tu da la lelaki. haila.. mak... mak dok jela ngn adik.. sng mak je yg cakap ngn dowang.. huhuu segan2..

agak-agak kawan2 faham ta ape yg ana cuba nak sampai kan? huhuuu

and solat zohor tadi.. Alhamdulillah, dpt jemaah. Allah tu Maha Mendengar kan. ari tu baru je mengadu kat Allah rindu nak solat jemaah. tapi tana pergi masjid.. yela sebab tak kukuh kan, baik solat kat rumah je.

"cik Midah imamah!"

"eh cik Midah tak pandai la" lepas tu mak ana tarik tangan ana.. "anak mak imamah ye?"

Allahuakbar.. dah lama tak jadi imamah.. last rasanya dalam sebulan yg lepas. lagi pun, rasanya macam tak layak. tapi .. jadi je la... dlm kepala.. relax nabihah.. kena berani.. ni salah satu tarbiyah Allah ni..

alhamdulillah.. hari ni byk sgt tarbiah dr Allah. nak coret kat sini.. tp.. tak tau macam mana nak cerita. asif ye kawan2.. bukan kedekut.. tapi bukan kebiasaan ana nak bercerita. yg kat atas ni pn sikit je dpt kongsi..


last situation

that makcik ;cuti ke?

makcik Midah ; a'ah.. 2 bulan..

that makcik ; ouh.. biha belajar betul2.. nanti jadi uztazah ye!

ana ; insyaAllah..

Allah.. kenapa ustazah? ana pn macam tak berapa nak mengerti. hehe



Rasulullah SAW yang ertinya “Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Thursday, April 21, 2011

sejarah terciptanya rokok


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”.


Astaghfirullah..
fikir-fikirkanlah

Monday, April 18, 2011

cinta kasih Ilahi


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Friday, April 15, 2011

lawak?



Lawak Yang Menginsafkan...
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatuhari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"........

Macam mana??.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 ygbetul-betul beriman... Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua-2 lelaki hanya membawa mesin gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi...

Memang lawak... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat!! setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya!!!!...

Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran...

Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia...

Lawak sungguh!!! kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukupmasa..

Renung-renungkanlah.....

Sunday, April 10, 2011

cara sebaiknya


Salah satu adab bagi wanita ketika keluar dari rumah mereka adalah berjalan secara terpisah dari kaum lelaki. Cara terbaik untuk melakukannya ialah berjalan pada tepian jalan.


Dari Abu Usaid ra. Melaporkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. keluar dari masjid. Di jalan, lelaki dan wanita berjalan dengan sangat berdekatan. Ketika Nabi saw. melihat hal ini, beliau bersabda, “wahai wanita-wanita, mundurlah ke belakang! Kalian dapat berjalan di tepi jalan daripada berjalan di tengah-tengah.(Hr Abu Dawud, Baihaqi)


Perawi meriwayatkan bahwa setelah kejadian itu, para wanita menjadi sangat berhati-hati ketika berjalan pada tepian jalan sehingga pakaian mereka bergesekan dengan tembok di sepanjang jalan.”


Anas bin Malik meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke suatu tempat. Di jalan, ada seorang wanita berjalan di depannya. Nabi saw. meminta wanita itu agar berjalan di bagian tepinya. Wanita itu menjawab, “Tetapi jalannya cukup lebar.” Para Sahabat agak marah mendengar jawaban wanita itu. Rasulullah saw. bersabda kepada mereka, “Tinggalkan ia seorang diri, sesungguhnya ia adalah seorang pembangkang.”(Jami’ul Ushul)


Dalam hadis lain, Abdullah bin Umar ra. Meriwayatkan bahwa Nabi saw. melarang seorang lelaki yang berjalan di antara dua wanita.”(Hr Abu Dawud)

Rujukan : Hijab Wanita Muslimah – Dr. Muhammad Ismail M

Friday, April 8, 2011

nak mintak tlg kat siapa ya?


Ya Allah, macam mana ni. Tak faham la tajuk ni. Buku nota lupa pulak nak bawak. Haila.. Sakit mata la tengok soalan fizik ni. Pening-pening! Jaja melihat sekeliling. Tak ramai yang ada kat surau ni. Study week ni, ramai study kat library je. Sengaja dia pilih untuk study kat surau ni. Bukan ape, senang nak solat. Kalau kat library, kena naik bilik. Lepas tu nanti malas nak turun balik dah. Duduk kat bilik tu belum tentu boleh study. Lagi pun tenang sikit kat sini. Eh? Rasanya kat hujung sana tu rasanya budak kuliah aku tu.

“Assalamualaikum. Nak tumpang tanya boleh? Tau tak macam mana nak buat soalan ni?” Jaja buat muka tak malu. Belasah la Jaja, nak ilmu ni tak boleh malu.

“Alamak. Tajuk ni aku blur sikit la. Tak dapat tolong la. Sorry ye”.

Astaghfirullah.. Takpe Jaja, sabar la sikit. Jaja pun pergi ke sekumpulan pelajar kat hujung belah kanan surau pulak.

Namun, hampa. Dia orang pun tak tau jugak.

Haish, aku ingat aku je yang blur lagi bab ni. Rupanya orang lain pun sama.

Jaja duduk semula di tempatnya. Haila.. sabar la Jaja.

“Soalan apa tu? Ouh fizik ke? Susah sangat ke sampai berkerut-kerut muka tu?”

“Eh kak Sarah.. A’ah la kak. Pening oh. Akak seorang je?”

“Seorang aje. Ni pun nak pergi beli makan jap. Dah makan ke? Jom la pergi beli makan sekali.”

“Takpe la kak. Tengok soalan electrostatic ni pun bole buat Jaja kenyang.”

Belum sempat habis cakap, kak Sarah dah berpatah ke rak. Dia datang balik dengan buku tebal.

Aik?

“Nah. Cuba tengok buku ni. Sorry ye. Akak tak amik fizik. Hehe study elok-elok. Assalamualaikum.” Kak Sarah melangkah meninggalkan Jaja.

“Walaikumussalam.”

Lailahaillallah. Tebalnya. Takpe Jaja, belajar kan. Ilmu ni. Jaja pun belek-belek buku Fizik yang tebal tu.

Macam mana ni? Tak ada pun dalam buku ni. La.. Buku ni untuk Sem 1 aje. Aku ni da sem 2. Memang la takde Jaja… Haila.. Rasa macam nak ketuk je kepala ni dengan buku tebal ni. Mana tau effect nye boleh buat kepala ni bijak Fizik tiba-tiba.

Tiba-tiba, Jaja terpana sebentar. Jaja.. Kau lupa Jaja.. Astaghfirullah..

Jaja duduk menenangkan fikiran.

Ya Allah ya tuhanku. Ampunkan aku Ya Allah.. Aku terleka dari mengingati Kau. Ampuni aku Ya Allah. Tiada siapa yang dapat memberi pertolongan selain Kau ya Allah. Semua terjadi atas kehendak Kau. Ya Allah, bantu aku Ya Allah, aku ingin menuntut ilmu, kerana Mu. Oleh itu bantu aku Ya Allah, aku tak tau macam mana nak buat soalan ni Ya Allah.. Aku dah cuba tapi aku tak dapat Ya Allah.. Bantu aku Ya Allah.. Bantu aku untuk memahami tajuk ni Ya Allah, supaya aku dapat lulus peperiksaan nanti dengan cemerlang. Sesungguhnya hanya Kau yang dapat tolong aku Ya Allah.

Beberapa minit kemudian..

“Jaja!”

Aik? “Fara! Seorang je?”

“A’ah”

“Fara.. Tau tak macam mana nak buat soalan ni? Tak tau la. Pening aku dari tadi tak dapat buat.” Jaja buat muka masam pahit perisa kopi kapal api.

“Ouh soalan ni.. Senang je ni. Meh aku ajar.”

Alhamdulillah.. Thank You Allah. Jaja bertahmid dalam hati.

…………………………………………………………………………..


adaptasi dari kisah benar.

maaf ye, ayat terabur sikit. mungkin sbb da lama tak karang cerpen kot.

jadi kawan2.. pengajarannya di sini..

mohonlah pertolongan dari Allah.. sebab apa-apa pun, hanya terjadi dgn izin Allah.

surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Wednesday, April 6, 2011

tidak berakal kah mereka?


pelik. bagaimana alam semesta ni nak tercipta kalau tak ada tuhan? mustahil. mustahil semuanya kebetulan. tiada apa yg kebetulan di dunia ni. semua nya dah Allah tentukan. lihat saja pergerakan awan di langit? kebetulan? mustahil. semuanya terjadi dgn ketentuan Allah. tiada apa yang kebetulan.

katanya takde bukti bahawa tuhan itu wujud. masyaAllah.

tidak cukup bukti lagi ke? dengan wujudnya alam semesta ni?

semoga Allah memberi mereka hidayah

jom bukak


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." (Ali-Imran:190)

Monday, April 4, 2011

bole ke tgk wayang ni?

salam alaik.
entry kali ni, aku nak cerita sikit pasal hukum menonton wayang.






Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi.. hukumnya harus menonton wayang selagi mana 3 syarat berikut dapat dipatuhi:

1) Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2) Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu.

3) Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat

Oleh itu sesiapa yg nak menonton wayang, penuhilah tuntutan syarat tersebut, maka ia dibolehkan.

kalau ikut point num 1..byk je cerita yg bertentangan dgn akidah islam..

point 2. at least 2 jam kot 1 cerita, depends la kan

point 3. zaman skrg ni, sgt sedikit bilangan orang yg jaga ikhtilat. kebanyakan yg tgk wayang tu pn, pasanagan bercinta kan? memang konfem la ikhtilat tu tak terjaga.


jadi? kalau aku, mmg tak suke pegi tgk wayang. tak suke tak suke. sebab? sebab aku tak suke menonton. tv kat rumah pn seminggu tak sekali tengok. and yeah. aku sgt tak suke tgk orang buat maksiat dpn mata aku ni. panas ouh. lagi2 yg agamanya Islam tu. masyaAllah, geram je. nak tegur, kang macam2 pulak kan. kalau kenal tape la, ini ntah sape2.. rase bersalah kalau tak tegur. sbb memang kewajipan kita nak amalkan nahi mungkar ni.

jadi kawan2..

fikir-fikirkan la ye?



Sunday, April 3, 2011

;D

kejadian yang baru berlaku beberapa minit tadi...

jap lagi nak kuar ngn my parents.

so my dad ask me tgk minyak hitam kete..

so aku pn tgk la kan..lps tgk minyak kete tu, nak tgk sekali air.. cukup ke ta, yela kang panas kereta tu berasap pulak kan.

so bukak la penutupnya..

and bibir aku tersenyum dgn sendirinya, sbb penutup tu terjatuh.

tgk bawah kereta. alamak! tak sampai bawah! usha2 ade tersekat kat bhgn ape ntah bawah tu. tersengeh2 nih. dlm hati mmg da doa habis. harap2 abah tak mengamuk. msuk rumah nak amek ape2 bnde panjang. masuk je umah, mak tanya 'ko kenapa dik? tersengeh-sengeh'. so aku pn dengan tak bersalahnye bg tau ape yg jadi.. so kami berdua pn usaha la sebaik mungkin nak amek penutup tu. and finally

mak aku wat baring atas jalan (macam mekanik buat tu). dia raba punya raba. hah! dapat pun

alhamdulillah!!!

lepas tu kitorang pn seronok je gelak. baik nye mak aku nye aksi! hehe

and luckily, abah tak bising.

alhamdulillah

Friday, April 1, 2011

punuk unta



Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

my muslimah..

baca dgn teliti..

mereka itu tidak akan boleh masuk syurga..

perhatikan diri anda.. adakah anda termasuk dalam golongan itu?

elakkan mempunyai sanggul yg besar dan tinggi..

ye tak dinafikan..

fesyen. cantik. memang cantik bg pandangan manusia..

tapi pandangan siapa yg lebih penting? pandangan manusia atau pandangan Allah?sedarlah wahai muslimah.. dunia ini hanya sementara.

terlalu ramai yang mempunyai punuk unta di atas kepala mereka. dan terlalu ramai penjual yang menjual anak tudung yang mempunyai sanggul yang besar.

jom kita boikot ank tudung yg sebegitu. ingat. pandangan Allah itu lebih penting.

semestinya kita nak jadi tetamu Allah di syurga bukan? jom sama2 kita elakkan perkara yg boleh mencampakkan kita ke neraka.

insyaAllah..

mujahidah itu memang pahit wahai muslimah, kerana syurga itu manis..

wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...