Monday, November 28, 2011

tiada yg mudah der


currently staying up, study + wat kerja yg s/u yg agak banyak..

sungguh. bukan mudah berjuang di jalan Allah..

setiap dari kita ada tanggunjawab, amanah. setiap dari kita ada kemampuan masing2. setiap dari kita pasti akan merasa berada di bawah. mundur.

tapi jangan lupa. bila kita rasa dugaan kita sangat besar, jangan lupa. ada orang lain yg ujiannya lagi berat dari ujian yg kita dapat.

dan setiap ujian tu, pastinya tarbiyah dari Allah.

takde benda yg mudah der

minta pertolongan Allah. kerana Dia la satu-satunya tempat kita bergantung

"Allah tempat meminta segala sesuatu" [112;2]

sedih sgt rasa.

lihat sahabat2. ada yg futur. ada yg tersungkur.

Allah... bantu mereka. bantu kami

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [9;41]

Thursday, November 24, 2011

fuh

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum sahabat2...

rindu rasanya nak mencoret kat sini..

tapi maafkan ana.

since masuk sem baru ni.. busy sgt..

mcm2 prog yg ana kena involve. currently Festival Nur Islam. under exco kerohania JPP. and as a s/u.. fuh.... mmg mencabar. prog ni insyaAllah akn dijalankan february tahun depan selama seminggu.

mohon doa sahabat2 agar usaha ana dan sahabat di KMPh dalam perjuangan ini dipermudahkan. syukran

remember Allah always :)

Saturday, November 5, 2011

sejauh mana?

dapat mesej dari seorang sahabat tadi..

dalam msj tu, ada soalan

"...sejauh mana anti sanggup berkorban kerana Allah?"


setiap hari... memang akn ana tanya soalan ni kat diri ana...

hmmm ana sndri tak tahu nak jawab macam mana..

tapi ikutkan rasa cinta pada Dia.. ana sanggup korbankan apa sahaja. insyaAllah..

kita tak tahu apa yg akan datang..

tapi setakat ni, alhamdulillah. segala apa yang datang, segala apa yg diperuntukkan untuk dikorbankan untuk agamaNya, telah ana korbankan..

Allah... jadikan kami hambaMu yg mati di jalanMU

Friday, November 4, 2011

cinta

satu-satu nya cinta yg mengasyikkan

satu-satunya rindu yg indah

satu-satunya kasih yg pasti

cinta Allah

Saturday, August 27, 2011

suke!

subhanallah.. suke sgt!

tadi pegi solat terawih kat masjid.. lps solat witir tu... tber2 mak ana kat sblh ckp. "tu kawan kau ke?". ana pn pndang la ke arah yg mak ana tunjuk tu... mata mengecik jap.. neuron amek mase bg reaction.. wah! berlari ana kat dia.

subhanallah seronok sgt rasanya. dpt jumpa sahabat lama. dekat 2 tahun rasanya tak jumpa. dpt jumpa malam ni. sblm ni tak jumpa sbb dia baru balek smlm. tp tak dpt berbual lame tadi... sbb dia nak teruskan solat (ana solat terawih 8 rakaat je ;] ).. harap2 dpt jumpa dia lagi esok..

sahabat.. ana rindu!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 21, 2011

19


alhamdulillah.. 19 tahun dah ana hidup atas bumi Allah ni...

gembira.. tapi.... 19 tahun ni... lebih ibadat ke.. lagha???

it's time to change... again...
harap2 penambahan angka dlm umur ana ni... akn bertambahnye amal ibadat ana.. insyaAllah..

Allah... dekat kan aku dgn Mu...

Saturday, August 20, 2011

:)

alhamdulillah...
smlm sampai kl.
rindu yg teramat sgt kat mak,abah, abg, burok, perang, ucang,... erk? tak lupe jugak kat bandar KL ni. rindu..


tapi sedih... Ramadhan dah nak sampai penghujungnya... tapi takpe. insyaAllah, harap2 dapat jumpa Ramadhan yang akn datang. and.. jgn lupe ye kwn2. 10 mlm terakhir. byk kan ibadat :)

P/S; to KMPh students. wait and see. there will be more change in our college. insyaAllah. and i'm as one of the PPM(ape tu? you'll know).. akn jalankan amanah sepenuhnya. to all couple's in KMPh.. beware!

Monday, August 15, 2011

kau rasa

kau fikir kau dah cukup diuji?

kau fikir jalan dakwah kau dah penuh berduri?

kau fikir tanggungjawab kau dah cukup berat?

kau rasa tarbiah kau dah cukup hebat?

kau ingat strategi kau dah cukup hebat?

kau pernah rasa kau dah tak terlarat menanggung semua?

kau dah rasa keluarga kau sendiri menentang perjalanan dakwah kau?

kau dah rasa makan, mandi, tidur kau diselubungi dengan fikiran yang sentiasa menerawang memikirkan plan kau untuk hari2 seterusnya kerana tanggungjawab yang diamanahkan?

kau pernah rasa seperti kau seorang manusia yang takde sape perasan kehadiran kau?

kau pernah perah otak sampai badan kau tak dapat haknya sampai demam kau seminggu?

pernah kau rasa hampir tersungkur?

kalau belom. jelas dan nyata kau belum usaha sepenuhnya

' ... "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." ' [9 ; 129]

Thursday, August 11, 2011

sabarlah hati...

biarlah rasa tu 'rasa'..

simpanlah. biarlah perit

sampai masa, akn bertemu jua. insyaAllah.

kini...
dakwah itu lebih utama.

Friday, August 5, 2011

the day i will never forget

2 ogos 2011

thanks Allah for choosing me.

i promise i'll do the best.

i'll give my everything.

help me, and help us, Allah

Engkau lah kekuatan ku.

aku tahu.. setiap nafasku atas jalan jihad ini diiringi tarbiah dari Mu

until my last breath.. sehingga titisan darah terakhir. akan kuabadikan diri ku hanya untuk menjulang tinggi nama-Mu

Allah.. thank you

Monday, July 25, 2011

sibuk.


sibuk. memang sibuk.

bz kuasa infiniti.

petang td dpt msj dr seorang shbt/JPP.

ana terpilih jadi ajk under exco kerohanian JPP..

and petang tadi ade meeting.

guess what. ana dengan paksa rela memegang jawatan s/u 1. kerja s/u 1 ni ape? paper work.

PAPER WORK. tak pernah seumur hidup ana jadi s/u. dah jadi.. kerja buat paper work.

boleh ke ni? insyaAllah.. Allah kan ade bersame :)

bertambah tanggungjawab... bertambah bz la..

bz study... surau.. dakwah lagi... and ngn JPP..

tapi takpe.. nak dpt redha Allah kan... kena la susah sikit :)

Saturday, July 16, 2011

ayuh!

jam menunjukkan jam 1;38 pagi

currently.. studying chemistry..
alone.. semua dah tidow...

tapi gembira sbnrnye..
sebab smlm called senior...
and dihamburkan dgn kata2 semangat!

maka.. alhamdulillah... bersemangat kembali... skrg dlm proses pembaikan pengurusan diri... tak boleh lemah! tak boleh tak boleh! masa untuk study memang kurang.. byk masa diluangkan untuk Islam. jadi kena celah2 masa2 yg laen untuk study. tu yg mengadap kimia malam2 ni..

mata mengantuk. tapi takpe. tahan la nabihah.. demi Islam tercinta... korban masa.. korban duit.. korban segala-gala.. asalkan redha Allah tu tetap dikejar....

harap2 la dpt thabat dlm perjuangan ni..
kwn2 pn... jgn putus asa okey! ayuh bakar semangat!
derita kat dunia ni sekejap aje.. yg kekal tu akhirat... insyaAllah, derita dunia.. nikmat di syurga. insyaAllah.. segalanya mungkin. jika hidup berpandukan Islam. insyaAllah :)

Sunday, July 3, 2011

haish


salam alaik..

kali ni ana nak post tentang.......

ukhwah. ye . ukhwah..

sedihnye ana hari ni... dan semalam...

memang dapat dibezakan antara berkawan kerana Allah atau sebaliknya.

oke situasi yg baru2 berlaku la kan. seorang sahabat ana ni... kesian kat dye. room mate dye dah berhari tak tegur dia. and ana jugak tak di tegur. kerana apa? sebab pinjam selipar jap.. and sebab mintak tolong tuang air dalam bekas maggi.. sebab tu aje. and ana tak tau kenapa ana pn tak ditegur jugak..

astaghfirullah.. tak paham betul. cakap je la tak bagi... haish itu pn susah ke?

and beberapa rakan ana pn.. aduh.. menitis air mata ana. sayangnya ukhwah kami yang terjalin... seakan-akan akan retak bila2 masa...

ntah la.. ana pn tak tahu apa yg silap..

tapi alhamdulillah...

bler ke surau... jumpa teman2 seperjuangan..
subhanallah.. nilai ukhwah tu... tak tau macam mana nak cerita. indahnya ukhwah yg terjalin..


betul la. indahnya ukhwah... indahnya bertemu dan berpisah.. andai semuanya kerana Allah..

;(

mak... rindu...

nak balik... tapi ...

mak tunggu ye..

insyaAllah, ramadhan nnt.. kita jumpa...

mak...

rindu...


Allah.. kuatkan aku... sungguh aku lemah ya Allah.. kuatkan aku.. sungguh, aku amat memerlukan-Mu

Friday, July 1, 2011

tak akn prnh

ana tak menang, tapi ana tak kalah..

sekali-kali tak akan pernah ana mengalah

Allah.. bantulah aku.. dalam perjuangan menegakkan agamaMu

it's gonna be a long day with smile and worry

salam alaik..

it's 5;32 in the morning, 1 julai 2011

hari ni hari pilihanraya...

and alhamdulillah... pidato yg berlangsung 29 jun yg lepas berjalan lancar..

and harap hari ni pn akn berjalan dgn lancar...

pelajar2 boleh mula mengundi mula jam 3 ptg..

and untuk exPDT.. slps mengundi, perlu ke Dewan Datuk Bahaman dgn segera, tepat jam 3.30 kalau boleh. insyaAllah, akn diadakan majlis untuk ex-PDT....

jam 6 ptg pulak akn diumumkan keputusan pilihanraya...

perjumpaan naqibah pulak.. ntah pukul berapa pulak. sbb ramai jugak yg terlibat dgn pilihanraya..

mlm pulak insyaAllah proses mencabut balik segala poster.

it's gonna be a long day.

and i hope it will end with a big smile. insyaAllah.

pray for me

p/s ; and for kak ngah sayang. selamat hari lahir. moga hidupmu diredhaiNYA

Sunday, June 26, 2011

hari yang panjang tanpa perasaan

assalamualaikum :)

taktau nak taip ape sbnrnye...

nak kongsi perasaan aje rasanya..

hari ni... macam2.. tapi alhamdulillah... Allah permudahkan..

alhamdulillah.. tadi da hantar borang untuk JPP.. insyaAllah pidato 27 jun ni... and insyaAllah pilihanraya 1 julai ni.

taktau macam mana nak tafsir perasaan.. act, ana sndiri tak percaya yg ana mencalonkan diri.. tapi.. kenapa ye ana calonkan diri? sebab... jeng jeng jeng...

sedang risau tentang kempen... semoga dipermudahkan... doa kan ana ye ;)

and alhamdulillah... antara maghrib and isyak tadi... buat kali pertamanya pada sem ni.. usrah dijalankan.. kesian naqibah ana, nervous.. alhamdulillah Allah tolong tadi.. as penolong naqibah, ana tolong apa yang termampu. and rasa... sangat seronok. dapat kenalan baru.. ukhuwah baru akan terjalin.. insyaAllah.. dakwah akan disebarkan lagi... and alhamdulillah.. adik2 mad'u.. senang nak berbincang. sampai ke blok berborak. kena soal siasat.. pasal apa? soalan biasa la.. pasal tudung labuh, aurat, hidayah.. and macam2 macam lagi la. and alhamdulillah jugak, disebabkan seorang junior ni bertanya sesuatu yg ana tak tahu.. maka dah tahu tadi..;D ilmu tu...

tak tau nak tafsir perasaan macam mana hari ni.

penat sangat rasanya . kena sedia mental dan fizikal untuk kempen. harap semuanya berjalan lancar.

ayat pengubat hati ;

"Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu" [Muhammad. 47;7 ]


permudahkan segala urusanku Ya Rabb

Sunday, June 19, 2011

hai muslimah...

hai muslimah...

sayangnya..
rupa cantik.. akademik, wow! mantap!
tapi sayangnya..

baju lengan pendek,singkat..
selendang / tudung singkat..
seluar ketat..
kulit kaki tertedah..

awak yg bergelar muslimah...

baju yang labuh dan berlengan panjang tak susah pn na carik..
mahal ckit je.. paling common pn RM30 ade...
ape salahnya berhabis sikit...
dari terbakar kulit tu dek api neraka nnt...

selendang? memang murah.. singkat.. dada terdedah! fesyen! memang menarik!
tapi... masalahnya.. lelaki tertarik!
2 kali si ajnabi pandang... alahai... bertambah catatan buku sebelah kiri tu..

skinny... legging...
hmmmm berpakaian tapi telanjang...
jadi.. ape motif berseluar?

kaki pulak.. hmmmm
stokin paling mahal pn rasanya RM6.50 sepasang...
tak luak pn..
dari topup RM10, call si dia kan?

hai muslimah..
dari membazir + berzina melembutkan suara dgn si ajnabi..

better awak date dgn Dia Yang Maha Esa ...
lagi best.
pahala dapat!

p/s; maaf andai terlalu kasar. sedih dengan wanita muslimah zaman sekarang yang maruahnya entah hilang kemana

Friday, June 17, 2011

sebelum subuh

dapat mesej dr seorang sahabat.. selaku setiausaha dalam ajk surau tadi..

"Assalamualaikum. esok sebelum subuh ada perjumpaan ajk surau d surau. tolong bawa gambr pasport anti sekali."

see? sebelum subuh. terbaik

ni.. kalau bukan kerja amirah surau.. rasa-rasanya kerja ketua lajnah kerohanian or tarbiyah kot..

tujuannya? anda fikirlah sndiri ;)


Sunday, June 12, 2011

milik yg satu


situasi yg baru berlaku beberapa minit yang lepas.. di bilik seorang rakan (dalam situasi ni nama yg diberi sebagai E)


A ; kak Bie.. nak cerita Harry Potter! nak sampai no 7

E ; agak-agak la... no 7 pn ta keluar lagi..

ana ; tau takpe.

tangan mencapai thumbdrive yg diberikan

A ; jgn nak jadi yg no 4 sudah la...

tersenyum ana dengar.. budak2 ni konon berebut seseorang dr si A.. E dgn C aje la.. D tak masuk sgt.

ana ; tak de makne nye.... hati akk milik yang Satu aje..

A ; waaaahhhh!!!

C ; sape tu? sape kak E? kak Bie dgn siapa?

E ; Allah S.W.T

A ; errrr [tangan dah tutup muka]

C ; wah bagus la tu...

A ; C... aduh.. tutup muka tutup muka.

C ; kenapa?

C muka blur.

ana dah mengatur langkah ke pintu.

A ; ye la... milik Allah aje...

lepas tu dah taktau ape yg dibualkan sebab pintu dah rapat tertutup dan ana da menyarungkan selipar. tapi yg pasti memang hingar-bingar suara budak2 tu dalam bilik

Sunday, June 5, 2011

kembali ke KMPh

assalamualaikum..

apa khabar semua? sehat? alhamdulillah..

lama da kan saya tak post something?
maaf atas kehilangan saya..

untuk pengetahuan, 23 may yg lepas.. saya dah mendaftar kembali di KMPh.. kembali di bumi KMPh ini, subhanallah... terkenang kenangan2 lalu... KMPh masih sama.. tapi masih ada kelainan..

dulu saya sebagai PDT.. tapi sekarang... da jadi PST.. atau lagi tepat lagi.. sebagai ex-PDT.. roomate yang berlainan, class mate pun da lain... telinga pun dah terbiasa dengan panggilan 'kak Bie'.. diri pn dah terbiasa menggelar diri sebagai akak...

tapi tak pe.. mesti ada hikmah atas apa saja yg berlaku kan?
alhamdulillah.. asrama dekat dgn surau.... subhanallah.. seronoknya tak terkira..
pembelajaran pn harder.. and sebagai exPDT, mmg bukan senang.. dakwah jugak tak lupa.. kewajipan tu... tugas pn bertambah... tapi insyaAllah.. akn dpt lakukan yg terbaik.. Allah kan sentiasa ada :)

and asif ye.. mmg akn jarang un9.. apa lagi nak post pape kat blog ni.. kekangan masa menghalang..

pelajaran perlu dikejar.. amar makruf nahi mungkar makin menjadi kegiatan saya dan para sahabat. keadaan kolej dalam bahaya.. ikhtilat sangat tidak terjaga.

doakan saya, dan para sahabat..
agar thabat dalam perjuangan kami.
dan kepada anda semua, jangan lupa Allah, kerana Allah tak akan lupa kita. teruskan mencari hidayah Allah.. jangan pernah putus asa. and smoga thabat dalam segala usaha. berjuanglah di jalan Allah

Saturday, May 21, 2011

disayangi

terasa disayangi.
sungguh.
di kala terasa berat menanggung ujian...
Allah selitkan rasa manis. manis sungguh rasa cinta ni.
sungguh rasa disayangi.

makin hebat dugaan..
makin dekat diri ini dengan Allah.

perantaraan nya masih orang yg sama.
hebat sungguh peraturan Allah.
Dia tahu bahawa dgn org ini sahaja aku boleh terasa lemah.
tapi aku juga tahu.. jika aku lepas ujian ni...
maka nikmatnya.. subhanallah...
aku pernah merasai nikmat itu..
dan aku nak rasa lagi. nak! biarlah di caci setiap hari..
oleh orang yg disayangi.
sungguh aku dah biasa.
tabahkan aku ya Allah.
sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Engkau.

Monday, May 16, 2011

dah tiba masa


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

dulu aku terbaring. tak berdaya. lemah
alhamdulillah.. kini aku sudah boleh merangkak.

dah tiba masanya.. untuk melangkah lagi.
untuk berhijrah lagi.

kini..
dah tiba masa untuk aku cuba berdiri.
insyaAllah.. akn aku cuba untuk melangkah, berjalan.
dan insyaAllah. aku akn pastikan aku akan mampu berlari.
akn aku pastikan tiada siapa yg mampu menghalang.
kerna aku pasti. Allah sentiasa ada.

kuatkan aku Ya Allah. kuatkan aku

Monday, May 9, 2011

sedih


sedih. kecewa. tapi ta bole buat apa2.

ada. doa. dan dakwah.
dakwah. bukan mudah. tapi tak ape. Allah sentiasa ada. mungkin tak nampak, tapi aku sentiasa menjalankannya

sedih. bila teman2 leka. leka dari suruhan Allah.
kau lihat aku tersenyum. tapi dalam senyuman aku, ada duka.
aku sedih. sedih tengok kau, kau dan kau yg lain.

kau dan aku, kita kawan. tapi bukan tu aje.
kau saudara aku. saudara seislam.

ye, kau Islam. sama je seperti aku.

tapi kenapa kau masih lagi berbeza?
tudungmu singkat. sanggulmu tinggi. bajumu sendat. seluarmu ketat. lengan bajumu singkat. kakimu terdedah. dan wajahmu banyak sungguh terpampang di facebookmu.

teman...
tidakkah kau sedari.. dunia ini hanya sementara.
mungkin esok, mungkin juga lusa, mungkin juga bulan depan. dan tak mustahil. beberapa saat lepas ni malaikat maut akan datang menjemput.

hukum Allah itu wajib dituruti.
dan ada sebab kenapa Allah menetapkan hukumNya begitu.

kewajipanku untuk mengingatkanmu.
sungguh aku sedih. sungguh air mataku menitis. mana perginya janji mu?
mana perginya janji Mu pada Allah?

"aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

kau mengaku. dan itu adalah ikrar mu. dan itu bermaksud setiap apa yang ditetapkan oleh Allah itu harus kamu jalankan.

aku juga tidak baik. tapi tak tape. usaha itu perlu. mari la kawan. sedarlah. agar kita boleh sama-sama melangkah. dalam menjalankan perintah Allah. dalam usaha menggapai tujuan kita hidup di dunia ini. dalam usaha mendapatkan redha Allah.

maaf jika aku terlalu kasar. maaf jika hatimu terguris. tapi aku luahkan ini. kerana Allah. kerana aku sayangkan mu. mungkin kau tak terasa apa bila melakukan apa yg dilarang Allah. tapi sungguh teman, air mata ku menitis.
air mataku menitis.
melihat kegemilangan Islam yang makin pudar.

sedarlah. bangkitlah. agar Islam dalam dirimu terserlah. agar kita boleh sama-sama mendapat redhaNya. insyaAllah



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)

Thursday, May 5, 2011

akur


“Dengan cinta.. Kenal pencipta.. Dengan cinta..”

Siti… Suara tu aurat Siti.. Tapi… Kat dlm bilik je.. Slow pulak tu aku nyanyi.. Tapi kalau ade orang dengar jugak kat luar tu macam mana? Kau tu tinggal apartment je la makcik.. Tak mustahil je kalau ade orang dengar kat luar tu. Lagi satu suara menerjah.. huh Siti.. Astaghfirullah..

Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dicapai. Sambung baca balik la…

………………………………………………………..

Solat Asar dah… Baca al-Mathurat pun sudah… Nak buat apa lagi ni. hmmmm Haila Siti.. Kemas bilik la.. Bersepah mengalahkan tempat kucing beranak.

Mp3 di atas meja belajar dicapai.. Let’s get to work Siti!

“Asma Amanina.. Allah adalah tujuan kami… Rasulullah teladan kami..” kepala diangguk-angguk mengikut rentak lagu.. Tangan masih lagi mengemas buku-buku di dalam rak..

Siti.. Satu suara dalam kepala seakan-akan memberi amaran. Slow sikit Siti.. Suara tu aurat.. Da la dalam rumah ni ada lelaki ajnabi.. Along dengan kawan-kawan dia kat luar tu. Astaghfirullah Siti…

“Setiap tetes peluh dan darah… Tak akan sirna di telan masa..”

Siti! Kuatnya.. Senyap je kan senang..

Huh ala perlahan je pun. Rasanya tak ada sesiapa yang dengar.

“Cita-cita kami tertinggi…”

Siti kalah. Kalah dengan hasutan syaitan. Dan kehendak nafsu.

…………………………………………………………….

Hujan masih lagi turun dengan lebat. Mata mengerling jam dia atas meja belajar.

“Hmmmm.. Baru pukul 10.. Sejuknya..” Siti bangkit dan melangkah ke dapur..

“A cup of milk pun best sambil baca buku ni..”

Kaki baru je nak melangkah kembali ke bilik terdengar lagu Ya Rasulullah berlagu dari telefon bimbit di dalam bilik.

“Haila haila.. Sekejap sekejap.” Siti mencepatkan langkah menuju ke bilik.

“Allahuakbar… Tak sempat.. Siapa pulak yang nak call aku malam-malam ni.”

Tak sempat nak tengok call register lagu Ya Rasulullah dah berkumandang lagi. Erk?

“Assalamualaikum Datin.”

“Waalaikumussalam makcik. Kau buat ape tu? Berangan eh?”

Ila.. Ila… Sabar je la aku.

“Banyak la kau punya berangan. Apahal call aku ni? Rajin tiba-tiba kau call aku ni.”

“Heheee kau ni.. Aku call pun salah ke? Tau la aku jarang call kau orang semua..” offhanded Ila menjawab.

“Sedar pun. Hehe Haaa kenapa ni?”

“Budak-budak semua dah balik. Kau pun tak lama lagi cuti kan?”

Hmmmm dah balik dah pun dia orang. Bukan senang nak cuti serentak ni. Ni je la masanya nak jumpa. Tapi…

“Hmmmm..”

“Ye aku tau.. Tau kau bukan jenis lepak-lepak buang masa.. Tapi aku bagi tau jugak la, mana tau kau nak join. Esok kitaorang plan nak breakfast sama-sama. Dalam pukul 8.30. Kat tempat biasa. Datang la sekejap, habis makan blah la.”

“InsyaAllah.”

“Oke. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Cawan di tangan di bawa ke bibir. Basmallah dibacakan. Subhanallah.. Nikmatnya Ya Allah..

Cawan di letak di atas meja belajar sambil sebelah lagi tangan mencapai buku dan Mp3..

“Allahi Allah Kiya Karo..”

Siti.. Kuatnya suara.. Allah… Lupa2… Senyap je la… Sabar Siti. Nak dapat redha Allah kan.. Berkorban sikit Siti..

……………………………………………………………………………………….

“Siti!!!!” Mak Jah melaung dari dapur.

Allah.. Tengah topik sedap ni.. Namun buku ditangan diletakkan di atas meja belajar.

“Siti!!!!!!”

Huh? “Ye Mak!!!!!!!!!!!” Tapi sautannya tak sampai ke anak tekak pun. Dalam hati je.

Bersederhanalah kamu dalam bersuara.. Heee Sabar Siti..

“Wah…. Mak nak buat kuih apa ni?” Siti duduk di sebelah Mak Jah.

“Orang nak habis adun da. Tu la! Duduk je dalam bilik tu buat apa?”

Heee mak aku ni pun.. Sempat membebel lagi..

“Mak nak buat kuih yang mak baru mintak resepi dari Mak Ngah hari tu. Mak adun je ni. Jap lagi Mak nak pergi kelas, macam biasa la. Nanti tolong kukuskan kuih ni.”

Memang tak dapat la jumpa diaorang ni.

“Beres.. Heheee “ Siti.. Bukan selalu kau buat kan. Lagi pun, nak dapat redha Allah, kena la buat apa yang mak suruh Siti..

…………………………………………………………………….

“Allahumma Solliala Muhammad..”

Siti.. Agak-agak la nak memekak kat dapur.. La.. Depan makanan ni kan elok.. Selawat syifa’ pulak tu. Tapi.. Suara perempuan, bila dilunakkan dan dilenggok-lenggokkan still aurat la Siti..

“Subhanallah..Walhamdulillah…” huh Siti.. Tak reti bahasa betul la aku ni. Kalau ade orang lalu kat luar dapur ni and terdengar suara kau macam mana?

Erk… Slow-slow tak pe kan?

“Walaailahaillah wallahuakbar” bibirnya masih melagukan tasbih sambil tangannya mencapai kain. Penutup periuk diangkat.

“Allahuakbar! Ya Allah!” tangan masih tak melepaskan penutup periuk. Jarinya yang terkena pada periuk masih lagi tak dapat diangkat.

“Astaghfirullahalazim..Ya Allah panasnya..”

Penutup periuk dah diletakkan di atas singki. Tangan masih ligat mengangkat kuih.

Astaghfirullah.. Panasnya…

Tiba-tiba sesuatu menjelma dalam fikiran.

Dalam neraka.. Besi-besi panas… Astaghfirullah.. Ya Allah…

Tangan masih lagi bergerak mengangkat kuih-kuih yang dah siap dikukus.

Air mata menitis.

Siti.. Tu teguran dari Allah Siti..

Ampunkan aku Ya Allah.. Aku leka.. Aku leka.. Astaghfirullah… Astaghfirullah..

Tangan sedikit menggigil. Hati dah rasa tak keruan. Air mata tetap turun dari bibir mata.

Dan sejak dari itu… Siti berjanji tak akan menyanyi atau melagukan tasbih. Di mana-mana sahaja. Kecuali di asrama. Sebab kat situ je tempat yang dia pasti tak ada lelaki.


........................................

Ingat ye kawan-kawan. yang haram tetap haram..

Suara perempuan itu haram. bila dilunakkan atau dilenggokkan di depan lelaki yang bukan muhrim.

tak kisah la bercakap ke, menyanyi ke, bertasbih ke, membaca al-Quran ke.. suara itu masih aurat jika dilunakkan.

hukum Allah. tak perlu nak di persoalkan. akur je.

nak redha Allah. akur je. korbankan nikmat dunia


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran 3: Ayat ke 135)

Wednesday, May 4, 2011

saba je la

assalamualaikum semua..

minggu lepas kot.
dpt call..
mula2 angkat.. lelaki..
lps tu tnye soalan merepek2...
letak terus...
lepas tu call byk kali.. and ana ta angkat..

lagi dorang call. angkat.
mengaku dorang JPJ? huh pelik..
lepas tu dorang call lagi..
angkat
"kereta wira biru awak punya"
huh. kat belakang dgr suara beberapa orang gelak.

lps tu ana pn cakap "Astaghfirullah... kalau tak kacau tak boleh ke? cuba la buat bnda lain yg berfaedah... Astaghfirullah.."

lepas tu teros ta call..

nombor tu mmg tak save. and bateri problem. memang tak akan save la kat dlm call register.

hmmmm
mungkin mereka tatau.
ana memang student sains stream. tapi tak semestinya ana benci numbor.
alhamdulillah, Allah bg nikmat.
sekali dua tengok nombor, insyaAllah ana ingat.
and sampai sekarang. boleh bayang lagi num fon tu dlm kepala.

and baru je tadi, ana dpt tau siapa pemilik nombor tu.

tak perlu lagi ganggu aku.
aku hanya milik Allah...
hak milik Allah.
sesuatu yg kau tak dpt rampas dr sesiapa.


ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلشَّجَرِ ٱلۡأَخۡضَرِ نَارً۬ا فَإِذَآ أَنتُم مِّنۡهُ تُوقِدُونَ
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)

Tuesday, May 3, 2011

mutabaah amal

currently reading Contengan Jalanan by Hlovate..

subhanallah..
thumbs up! ni novel baru dye..
best ouh. bole bace. insyaAllah, ta rugi baca..
banyak pengajaran...

and baru tau wujudnya mutabaah amal.
sort of jadual la..
tok kite check amalan kita.
na tau bentuk dia cane?
cer carik kat google.
insyaAllah jumpa..

ana baru lepas carik.
alhamdulillah.. jumpa..
and na print!

"the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"

Monday, May 2, 2011

saksi


Munsyid : Rabbani (feat Mawi)

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

nak dengar?
carik kat youtube oke.. time kasih..

hayati, dan renung-renungkan..

maka, kurangkan bercakap.. kalau bercakap itu tidak membawa kebaikan..
pekakkan telinga, kalau apa yg didengar melaghakan.
alihkan pandangan, jika pandangan itu berbau maksiat..
tahan perbuatan, jika ia tidak membawa faedah..
kurangkan derap langkah, jika perjalanan bukan kerana Allah..

benar, tidak mudah..
tapi yakinlah, Allah sentiasa melihat, dan Allah itu Maha Mengetahui
tade ape pn yg terlepas.. apa saja yg kita lakukan, pasti akan dihitung..


ana selalu menahan diri.. mengurung diri di dalam rumah..
bukan kerana takut dipandang pelik, bukan kerana takut akan cacian orang..
tapi sedih dengan kemungkaran yg berleluasa di luar sana..

air mata menitis..
bukan kerana sedih di pandang pelik..
tapi sedih kerana Islam menjadi asing..
benar, ini lah dunia akhir zaman..

benar.. orang-orang yg mengetahui akn perkara ini ta sepatutnya duduk mengurung diri.. mereka sepatutnya keluar, mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran..
ya, itu sedang ana lakukan.. amar makruf nahi mungkar. mungkin tidak pada pandangan mereka, tapi Allah Maha Mengetahui..
pada saat ana menaip ini juga, hati bergetar, risau jika setiap patah ini mengundang kemurkaanNya..

Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Mu..
aku berlindung kpd Mu dr murkaMu Ya Allah..
ampunkan dosa-dosaku.. jadi kan aku tetamu syurgaMu Ya Allah..

amin Ya Rabb

Sunday, May 1, 2011

not denying


i don't know.
really.

Allah je yg tau.
true.
ana nak ia jd kenyataan.

the equation
that you created

you=me

insyaAllah..

like u've said
"Allah will show us the way"

insyaAllah..
lelaki yg baek tok perempuan yg baek.
perempuan yg baek tok laki yg baek..

and i'm trying.
utk jd solehah.
always

smoge kita terhindar dr zina..
terutama zina hati.
insyaAllah

Redha Allah itu penting..
smoge kite same2 istiqamah dlm mencari redhaNya..



Thursday, April 28, 2011

not great but not bad


26 april 2011
keputusan peperiksaan akhir bg Pelajar Dua Tahun 2010/2011 keluar

alhamdulillah...
ta dpt la 4. it's not great but not bad la my result..

thank you Allah..

i always prayed that i can get 4
but He didn't give me..

i always said to Him "ya Allah, kalau 4 flat tu dpt memberikan kebaikan kpd ku, maka berikanlah.. jika ia tidak baik utk ku, maka jgn lah kau berikannya kpd ku. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui"

and ana ta dpt 4.. and ana yakin ade hikmahnye. let just say... it's only me and Allah yg tau..
or should i say.... Allah knows everything..
He give the best for His true believer..

alhamdulillah.. batch kitorang dpt beat batch pdt 2009/2010..
taun lps yg dpt 4 seramai 40 lbih ta silap..
but batch ana yg dpt 4, 101 org..
alhamdulillah :)

thank you Allah..
for hearing me.. and guiding me..
alhamdulillah..

Saturday, April 23, 2011

jom dgr cerita ;)


assalamualaikum kawan2..

jom dgr cerita ana. dah lama ana tak bercerita kan? kan?
pagi tadi ana ikut rombongan persatuan penduduk kat rumah ni pergi Sungai Lepoh.. kat mana? kat Pangsun.. kat mana? pergi carik sndiri kat google ye? tq. hehe

oke senangnye macam ni. mmg best sangat. Subhanallah.. tergamam dgn keindahan tempat tu. dulu prnh je sampai situ, tapi nmpk tempat tu macam biasa je. tapi bila pergi tadi. lailahaillallah... tersentuh jiwa dan raga. besar sungguh kuasa Allah.. tapi ana ta mandi la.. sebab apa? sebab.. kalau mandi nanti baju lekat2 kat badan. wah seksi.. tidak2... huhuuu hanya menghayati keindahan alam.. dan bertasbih memuji kebesaran Allah..

oke nak pendek kan cerita je sebenarnya, tapi tatau la cane. huhu tahan je la ye baca?

ramai kawan2 mak ana (makcik2 + pemuda pemudi) yg pergi sekali tadi ta kenal ana. tatau la kenapa. agaknya sebab jarang keluar rumah kot. then tak pernah ikut mak keluar kalau dia ada meeting ke marhaban ke ape benda tu kan.. sebab tu kot..

person 1;
"kak Midah.. tu anak kak Midah(my mom) yg mana ye?"

"yang num 2 tu la.. akak kan anak 2 orang je..."

"owh.. anak akk tu sekolah agama ke"

"darjah 1-6 je la pun, sekolah rendah je.."


person 2;

"kau anak sape ye?"

huh? tiba2 je. " anak cik Midah"

and dia pun anguk-anguk kan kepala


person 3;
situasi 1:
that person ; kak Midah! ni anak kak Midah ke?

my mom (cik Midah la. hehe ) ; yela.. anak aku kan ada 2 je..

that person ; yeh? dah besar la. ari tu rasanya kecik je!

another person ; haa nak tau tak kenapa? tudung labuh dia tu yg buat dia nampak besar

situasi2:
"kau skolah mana eh?"

"Permaisuri. dulu la."

"sekarang?"

"Matrik. Matrik Gambang."

"Pahang?"

kepale je mengangguk. haila.. awat la dye tanya macam2 ni.. aku ni macam kena soal siasat je.

"amik course ape?"

aik? ingat aku amik syariah ke? kot ye pn kat matrik ade ke syariah?

"sains"

lps tu ana tros blah. dah ta tahan. dia tu da la lelaki. haila.. mak... mak dok jela ngn adik.. sng mak je yg cakap ngn dowang.. huhuu segan2..

agak-agak kawan2 faham ta ape yg ana cuba nak sampai kan? huhuuu

and solat zohor tadi.. Alhamdulillah, dpt jemaah. Allah tu Maha Mendengar kan. ari tu baru je mengadu kat Allah rindu nak solat jemaah. tapi tana pergi masjid.. yela sebab tak kukuh kan, baik solat kat rumah je.

"cik Midah imamah!"

"eh cik Midah tak pandai la" lepas tu mak ana tarik tangan ana.. "anak mak imamah ye?"

Allahuakbar.. dah lama tak jadi imamah.. last rasanya dalam sebulan yg lepas. lagi pun, rasanya macam tak layak. tapi .. jadi je la... dlm kepala.. relax nabihah.. kena berani.. ni salah satu tarbiyah Allah ni..

alhamdulillah.. hari ni byk sgt tarbiah dr Allah. nak coret kat sini.. tp.. tak tau macam mana nak cerita. asif ye kawan2.. bukan kedekut.. tapi bukan kebiasaan ana nak bercerita. yg kat atas ni pn sikit je dpt kongsi..


last situation

that makcik ;cuti ke?

makcik Midah ; a'ah.. 2 bulan..

that makcik ; ouh.. biha belajar betul2.. nanti jadi uztazah ye!

ana ; insyaAllah..

Allah.. kenapa ustazah? ana pn macam tak berapa nak mengerti. hehe



Rasulullah SAW yang ertinya “Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Thursday, April 21, 2011

sejarah terciptanya rokok


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”.


Astaghfirullah..
fikir-fikirkanlah

Monday, April 18, 2011

cinta kasih Ilahi


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Friday, April 15, 2011

lawak?



Lawak Yang Menginsafkan...
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatuhari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik ""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"........

Macam mana??.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 ygbetul-betul beriman... Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua-2 lelaki hanya membawa mesin gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi...

Memang lawak... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang Jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat!! setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya!!!!...

Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran...

Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia...

Lawak sungguh!!! kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukupmasa..

Renung-renungkanlah.....

Sunday, April 10, 2011

cara sebaiknya


Salah satu adab bagi wanita ketika keluar dari rumah mereka adalah berjalan secara terpisah dari kaum lelaki. Cara terbaik untuk melakukannya ialah berjalan pada tepian jalan.


Dari Abu Usaid ra. Melaporkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. keluar dari masjid. Di jalan, lelaki dan wanita berjalan dengan sangat berdekatan. Ketika Nabi saw. melihat hal ini, beliau bersabda, “wahai wanita-wanita, mundurlah ke belakang! Kalian dapat berjalan di tepi jalan daripada berjalan di tengah-tengah.(Hr Abu Dawud, Baihaqi)


Perawi meriwayatkan bahwa setelah kejadian itu, para wanita menjadi sangat berhati-hati ketika berjalan pada tepian jalan sehingga pakaian mereka bergesekan dengan tembok di sepanjang jalan.”


Anas bin Malik meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke suatu tempat. Di jalan, ada seorang wanita berjalan di depannya. Nabi saw. meminta wanita itu agar berjalan di bagian tepinya. Wanita itu menjawab, “Tetapi jalannya cukup lebar.” Para Sahabat agak marah mendengar jawaban wanita itu. Rasulullah saw. bersabda kepada mereka, “Tinggalkan ia seorang diri, sesungguhnya ia adalah seorang pembangkang.”(Jami’ul Ushul)


Dalam hadis lain, Abdullah bin Umar ra. Meriwayatkan bahwa Nabi saw. melarang seorang lelaki yang berjalan di antara dua wanita.”(Hr Abu Dawud)

Rujukan : Hijab Wanita Muslimah – Dr. Muhammad Ismail M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...