Sunday, December 28, 2014

final exam

bismillah

hari ni 28 dis
esok 29 dis


29 Dec = exam English in Media



first papaaaperrrrrrrrr

berakhir sudah study week


walaupun laptop 


tetap gagahkn diri study. nasib baik da siap buat nota awal2. ada jugak hikmah study awal. hikmah lain? xyah tengok movie dah 😂😂 focus study konon kan? sabar je la. tp ade je notes yg x siap lagi. nasib la ade yg sudi nk tolong 😍😍😘


kata nk score bagus kan
kena la usaha lebih sikit
yakin boleh
hoho
ntah la
since kejar degree ni, x pernah lagi dapat 3 pointer. 
tp xpe, x akan give up!
sem ni target 3 pointer 
insyaAllah
usaha, n doa je kan
if Allah nak bagi, alhamdulillah la
if x dapat redha je la kan

taaaapiiiiiiiii 
aku x akan give up!
I'll try my best 
i will

Tuesday, December 16, 2014

glad

bila your bf sanggup perg irumah perempuan lain untuk tolong dia buat assignment tapi kau terpakasa stay library dari pagi sampai ke malam untuk siapkan assignment yang sama

u deserve someone better


bila you bf percaya perempuan lain lebih dari dia percaya kau

u deserve omeone better


bila your bf pakasa kau terima habit buruk dia instead of cuba jaga perasaan kau

u deserve someone better


bila your bf bandingkan kau dengan his exes

u should just walk away


unless

he's willing to change for u

maybe u should just wait

and see

he might worth it




n i'm glad i didnt walk away
and for me
i was stupid for stop caring
yes it hurt, but i'm no the only one

i'm sorry, love

Thursday, December 11, 2014

alone

called my mom, my dad, n my brother
none answers me
n le love is sleeping





i'm sick

and

i'm alone








now i understand how it feels

Wednesday, November 26, 2014

harderrr

heya people
feels like singing!
Ariana Granda - love me harder





"'Cause if you want to keep me, you gotta gotta gotta gotta got to love me harder
And if you really need me, you gotta gotta gotta gotta got to love me harder
Gotta love me harder
Love me, love me, love me
Harder, harder, harder


So what would I do if I can't figure it out?


You got to try, try, try again


So what would I do if I can't figure it out?


I'm gonna leave, leave, leave again"






new treatment
skrg ni stress je memang memekak je menyanyi
nasib baik roommate jarang ada dalam bilik
haha
indeed, singing do helps releases stress


Saturday, November 15, 2014

no tittle

Bismillah


setelah berminggu-minggu sesak dengan assignment yang berlambak-lambak, akhirnya dapat jugak aku tenang sekejap. ahah sekejap je, sebab banyak lagi kerja jugak sebenarnya. just deadline je la lambat lagi kot.
seriously, lama dah tak rasa tenang mcm ni.


alhamdulillah

berehat sekejap kepala dari keserabutan


btw, tadi call mak.

abah kena warded lagi. lagi. hmmm untuk tahun ni je dah tak terkira dah berapa kali abah masuk hospital


and.... mak cerita

ada someone tu tolong abah, n tolong dia

well
walaupun orang tu takde kaitan pape dah ngn kitorang,
dia tetap tak berkira untuk tolong




its just
amazing
how love can change a person

tanpa mintak balasan,
sbb sayang je
kita sanggup buat apa je
walaupun kadang2 orang tu tak sedar pun apa yang kita buat
tapi kita nak buat jugak
sbb kita tahu, even if tak banyak, apa yang kita buat tu dapat ringankan beban orang yang kita sayang




and
because i still couldn't forgive you, i can't see you
because i hate you, i am sorry
because of your goodness, i am thankful

and because i know you will read this, i'm wishing you to live your life to the fullest, don't malas2 study, take care of your mom, and jangan lupa solat okay



sometimes
aku rasa macam
aku ni untung sangat
sebab aku ada orang yang sayang aku
maksud aku
SAYANG

yela , korang pn ade orang yang sayang korang kan
tapi
hmmm
sayang aku sampai tak berkira langsung ngn aku
sayang aku sampai bole buat macam2 untuk aku
walaupun tak ramai yang boleh buat macam ni untuk aku
tapi aku rasa dah cukup
sebab aku tau dorang ni je pun dah cukup untuk aku

alhamdulillah
sebab aku sedar benda ni la sebenarnya
yang buat aku boleh terus hidup
sebab sedar yang aku ni penting bagi dorang
yang buat aku rasa nak terus hidup
walaupun kadang2 ada je rasa lost
tapi dorang ni la jugak yang buat aku bukak mata balik

and aku pun
nak buat benda yang sama
untuk mak, abah, and untuk dia
bukan sebab dorang buat tu untuk aku
tapi sebab
aku rasa aku nak
and sebab keinginan tu buat aku rasa lagi hidup





mannn
rindu gila
2 bulan lagi.
kita jumpa ye kimon?
rindunyaaaa kt adek akk ni


Wednesday, November 12, 2014

weak

useless
hopeless

lost

empty


rasa, yang buat aku tertanya-tanya
kat mana upaya aku?
ada lagi ke upaya aku?

kalau masih ada, mana perginya?

and kalau takada, apa fungsi aku?


weak

Saturday, September 20, 2014

da ada boyfriend ke?

mentor: saya sangat banggga bla bla bla.. banyak peningkatan result kamu bla bla bla.. saya percaya kau boleh dapat result yang lebih baik sem ni bla bla bla... kamu ada boyfriend ke?

mentee: erk? *sengih macam kerang busuk*

mentor: tak apa ada boyfriend kalau dia boleh tolong kamu. saya masa undergraduat dulu pun ada boyfriend jugak. sejak sem bila? siapa nama dia?

mentee: haa? eh erm erm tak nak lah Dr.

mentor : sama course ka?

mentee: ehhhh Dr. segan la saya tak apa tak apa

mentor: tak apa nabihah saya dulu bila ada boyfriend baru saya dapat focus. saya ada aim. saya mahu belajar betul2 dapat result bagus selepas itu saya boleh kerja dan berkahwin.

mentee: *krik krik krik*

oooo dia sama course ye? saya ada dengar jugak student2 bercerita tapi saya tak tahu mereka cerita tentang siapa. dia yang mana? muka dia macam mana?

mentee: ehhh tak apa la Dr. segan la saya

mentor: bagus dia tolong kamu dalam pelajaran. saya yakin kamu boleh dapat pointer bagus lagi untuk sem ni



fuh... mentor sporting sangat

Wednesday, September 10, 2014

keep calm and study zoology

smlm first class ENvironmental Law

and

walaupun dah third year.

still

u know what my lecturer said?


"Zoology is very important. It may not seem so right now but in next ten years it will be very important.
Today we have fewer number of biologist. Now people are focusing on computer science and engineering.
It's ok. One fine day, they will realise that we people cannot eat computer chips and buildings. We need organic foods"


keep calm and study zoology

Friday, September 5, 2014

cuba lagi

bismillah

hai kawan2

lama tak jenguk blog ni. dah berhabuk sangat

takpe, jenguk sekejap. nak cerita

well, baru2 ni ada sorang sahabat matrik aku whatsapp, tanya kabar la kan. aku pun rindu lahai kat dia. dia pun teman setidur semakan jugak masa matrik dulu

nak dipendekkan cerita, kebiasaan la kami ni bila borak akan tanya pasal study

so

aku pun tak ada apa nak cerita kalau bab study ni. result pun bukannya gempak sangat

tak gempak pun

tak membanggakan pun. jujur. aku jujur bagi tau kauorang yang tengah baca ni. result aku tak la hebat mana. n aku tak bangga pun dengan pencapaian aku. sebab memang tak dapat nak dibanggakan pun

tapi

tapi alhamdulillah. meningkat la sem lepas. dari berapa ke berapa tu aku tak rasa perlu.

kawan aku ni pun terkejut sebenarnya. sebab kalau masa matrik dulu aku okay je. nak kejar degree ni pulak jadi mengah. so dia pun bukak cerita yang ada la lagi sahabat lain yang macam aku. aku pun taktau result dorang macam mana. tapi apa yang dia bg tau, memang ada la paper yang kena repeat

macam aku la. yes, aku memang ada je paper yang kena repeat.

aku mengaku je aku malu. mulanya dulu aku malu gila bila aku ada subject yang fail. pointer pulak memang masuk bawah tanah. banyak kali je aku rasa nak give up. nak quit. tapi aku fikir balik

kalau aku quit, tak ke sayang namanya. and quit belajar tu bukan satu2nya jalan penyelesaian.

mata aku banyak kali dah menangis. stress. study bagai nak gila, tapi result tak jugak bagus.

tapi aku cuba jugak lagi. sebab aku sedar, kalau aku quit, aku tak tahu bila lagi aku akan dapat peluang belajar. kalau aku quit, apa akan jadi dengan aku nanti. kalau aku quit, macam mana dengan masa depan aku. betul, segulung ijazah tak menentukan masa depan. tapi, perlu ingat. segulung ijazah tu, sangatlah penting. orang pandang. n perlu untuk dijajakan untuk menagih simpati mendapat peluang pekerjaan.


isnin ni, insyaAllah bermulalah sekali lagi kehidupan aku as a student. sem yang ke 5.

aku tak tahu, n aku takut bila fikir. sem 5 ni, boleh ke aku dapat result yang lebih bagus dari sem lepas2?

aku tak tahu. tapi aku sedar, yang aku takkan tahu kalau aku tak cuba.





aku percaya, tak rugi kalau aku terus mencuba. sebab aku tau, aku ada Dia. aku ada Dia untuk bantu aku. n aku tau, segala perit yang Dia bagi aku rasa selama ni, sebab Dia sayang aku

Friday, July 4, 2014

cuti lagi

bismillah

30 jun 2014
terbang dah aku ke kampung halaman


berat gila hati nak balik
bukan tak rindu family. rindu, rindu gila. lagi2 kat kucing kesayangn
tapi sebab nak kena tinggalkan jantung hati kat bumi Sarawak. sesak dada

berat lagi tiap nafas bila kepala tak henti risau pasal result.
harap semuanya okay. insyaAllah

baru je berapa hari balik KL, dah sesak dada tahan rasa
tapi sesak lagi rasanya jiwa mak aku
kuatnya dia, Allah yang tahu

kagumnya laaa
kagum tengok dia sabar jaga abah.

tak susah sebenarnya nak jaga abah yang tengah sakit
yang susahnya, nak tahan dengan perangai abah
mungkin sebab usia dia yang dah lanjut, perangai dia lain
wallahualam
Allah je yang tahu kenapa abah macam tu
just harap Allah kuatkan mak untuk hadapi hari2 yang mendatang

and moga Allah tanamkan sifat sabar kat abang aku yang dah lama memang tak sabar. and moga Allah kuatkan aku untuk tanggung sama2 apa yang mak rasa sekarang.



Damai
rindu. rindu awak yang teman saya luang masa kat pantai ni. 




cuti sem
dua bulan.
nak habiskan masa dgn baca buku2 yang dah lama tersimpan kat rak buku tu.
insyaAllah.
rindu sebenarnya nak luang masa baca buku. cuti sem lepas pun dua buku je dapat baca. sebulan kot. dua buku je? teruk bebenor perangai. tapi kali ni belum 2 minggu lagi dah dua buku dah baca. harap2 kerajinan ni bertahan la sampai 2 bulan
dua bulan
moga semuanya baik2 aje

may Allah bless


"barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia mengadakan untuknya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" [at_Talaq; 23]


Sunday, June 15, 2014

bodoh

bismillah

selalu aku bisik pada diri aku sendiri, "Nabihah, keep trying. kau boleh. kau boleh". even bila aku jatuh lagi, aku paksa diri untuk bangun. untuk cuba lagi. walaupun aku rasa sesak, aku tak pernah berhenti paksa diri untuk terus bangun.


penat.

kadang2 rasa mcm aku tipu diri sendiri. rasa macam "tak Nabihah, kau tak boleh.", "dah la Nabihah, sia-sia je apa yang kau buat ni"

penat untuk tepis semua rasa tu


hari2 tanya diri sendiri "betul ke boleh ni Nabihah?"


tapi hari2 jugak kuatkan diri untuk cuba lagi.


tak cukup mak abah pembakar semangat, si jantung hati tak pernah lelah nak hulurkan tangan.


tambah lagi dengan yakinnya ada Dia yang aku pasti tak pernah terlepas pandang dengan usaha aku


aku taknak jatuh lagi

bukan sebab aku taknak cuba berdiri lagi


tapi sebab aku takut aku tak berani lagi untuk jatuh lagi


and tanpa aku sedar, apa yang aku rasa ni, buat aku rendah diri. sakitnya lahai rasa mcm ni. buat aku rasa taknak dekat dgn mereka yg dah berlari.


aku nak dibantu. aku nak.



tapi


aku takut. dan aku sendiri tak pasti apa yang aku takutkn




aku seolah-olah. seorang buta yang mahu berjalan meneroka dunia, tapi tak berani menerima tangan yang mahu memimpin. bukan sbb tak mahu, tapi sebab malu.

bodoh

Sunday, April 20, 2014

ruang yg aku curi

kau persoalkan kenapa
kenapa dorang perlakukan kau seperti manusia yg takde perasaan
kenapa dorang tak layan kau macam mana yang kau nak



kau patut tanya diri kau
kau dah layan diorang mcm manusia ke?
dah ke kau peduli apa yg dorang rasa?
hormatkah kau pada pendapat dorang?



kau patut jujur pada titik permulaan
bukan ragu2 pada pertengahan jalan



terima kasih pada ruang yang kau berikan sebelum ni
yang aku sangka ia dari hati kau
yang awalnya kau hadiahkan dgn senyuman
yang aku sangka kau 'beri'



terima kasih jugak sbb jujur
walaupun sakit yang kau hadiahkan
tapi itu mungkin lebih baik
dari tomahan di belakang



everything will not be the same
terima kasih

Monday, March 24, 2014

gelak je

orang kata kalau sayang, tegur

macam mana?

nak tegur macam mana?



orang kata nak tegur tu biar la berhikmah
kena ada cara


ada orang


"tak boleh,
kita kena tegur elok-elok
jangan hina dia
jangan buat dia terasa
dia pun manusia biasa
kita pun belum tentu syurga"


tapi ada orang

"peduli apa
tegur je macam mana pun
yang penting aku tegur
tak kisah la aku tegur kasar sangat ke
dia terasa ke
aku taknak nanti aku kena skali"



wow
bagus2..
tak kesah la mcm mana pun
bila ada rasa nak menegur ke arah kebaikan,
tu pun dah bagus gila



tapi gila yang tak bagus
bila kau tegur orang macam kau tu confirm syurga
macam orang tu hina gila confirm neraka




dan tak lama lepas tu
kau buat benda yang sama
benda yang sama
yang kau hina dia dulu

















aku mampu gelak je

Friday, March 7, 2014

bukan



aku tahu aku bukan sesiapa

aku tahu aku tak hebat
aku tahu aku tak baik
aku tahu aku belum tentu masuk syurga


tapi kau
kau jugak kena tahu
aku nak bahagia
dan untuk itu, aku buat apa yang aku mahu
sebab aku tahu, dengan cara tu je aku boleh bahagia


kau boleh kata apa kau nak

kau boleh kutuk aku

kau boleh hina aku

kau boleh caci aku

kau boleh marah aku


tapi kau kena tahu
aku tak peduli semua tu



masa aku bukan untuk dibazirkan dengan mereka yang hanya tahu mengutuk, yang hanya tahu menilai tanpa bertanya, yang hanya mahu suaranya didengar tapi memekakkan telinga, bukan untuk mereka yang celik tapi membutakan mata




pergi jahanam kau dan pendapat kau




aku hidup bukan untuk kau

hidup aku, untuk aku



Friday, February 7, 2014

iCity

bismillah

4/2/14

went to iCity with le gegirl

had a rough day, so i decided to have fun with them

malam, yang aku tidak perlu pura-pura

sebab aku dengan mereka, yang terima aku sebagai aku












pictures credit to syera syg


Tuesday, February 4, 2014

sebagai manusia biasa

bismillah

entry kali ni, mungkin agak berbeza

sebab aku penat

penat menjadi bukan aku


tak salah, menahan marah
tak salah, memendam rasa
tapi aku, aku terlalu peduli orang lain, sampai rasa yang ada, diketepikan


aku taknak amarahku terkena tempiasnya pada orang lain
aku tak nak sedih yang aku rasa, orang lain merasa jengkel
aku tak nak reaksi yang akan orang beri, menyakitkan hati


sakit

tak pernah aku tunjuk amarah aku di tiap2 entry blog atau pun twitter


simpan, pendam.
hanya diam yang aku mampu


wuduk sentiasa menjadi penyejuk


biar kamu yang membaca tahu,..
aku tak mahu lagi menyimpan rasa
tak akan pernah aku jadikan manusia sebagai mangsa
tapi mungkin di sini
akan aku coretkan semua
sebab apa sahaja reaksi reader
bukan pada aku di dunia nyata


and yes.. Allah tempat pertama jiwa mengharap
yang itu, tak akan pernah berubah

kepada yang sedang membaca
pandang aku sebagai manusia biasa

Sunday, January 26, 2014

the current me

Bismillahirrahmannirrahim


Kadang diri ini, rasa tak adilnya dunia.

bila tiap kali kaki masih cuba bertatih kembali..

rebah

cuba kembali.. walau dengan nafas yang sesak

rebah

kadang tertanya-tanya

kenapa aku? kenapa tiap usaha aku, tiada hasilnya

kenapa ?

jiwa meronta, penat dengan benda yang tak pernah jadi menyebelahi diri

tapi boleh ke?

sudah cukup kah derita, sudah cukup kah usaha?

hanya ingatan pada Dia yang menguatkan rasa

bertahanlah . mungkin ada hikmahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...