Monday, July 29, 2013

ramadhankan hidupmu

assalamualaikum sahabat

apa khabar iman? harapnya sehat ye :)

Allahu.. tinggal lagi 10 hari Ramadhan. rasa sekejap sangat.

sahabat, pinjamkan sedikit masa untuk saya, ada kisah yang nak diceritakan.

begini, beberapa hari yang lepas, saya dan seorang kawan lama berjumpa. bukan apa, rindu katanya. dah lama sangat tak jumpa dengan sahabat sebilik saya masa di matrik tu.

dari jalan TAR, ke Sogo, dan akhirnya bertapak di Suria KLCC.

bukan, bukan nak cerita tentang penatnya kaki melangkah, dan betapa indahnya pemandangan.

tapi nak cerita.. sedang kami enak duduk menghayati pemandangan, datang 2 orang perempuan. manis wajah mereka, sopan pakaian labuh tudung dan baju mereka.

kata mereka, nak interview. kami pun ikutkan aja.

kata mereka, sedang mengikuti program. Mukhoyyam Nasional under Synergi. sedang menjalankan aktiviti explorace.

tema mereka ' hidupkan Ramadhan vs Ramadhankan Hidupmu'

menarikkan?

kami diminta menghuraikan apa yang kami faham

mulanya saya terdiam. tak paham. lepas berfikir... hmmmm

hidupkan Ramadhan

kita disuruh menghidupkan Ramadhan. banyakkan solat malam, tadabbur dan tadarus Quran, bersedekah, solat jemaah, terawih, dan banyak lagi ibadah2 yang kita digalakkan untuk buat pada bulan Ramadhan. kenapa? sebab Allah dah tawarkan pengampunan pada bulan ni, dan syaitan juga diikat agar mudah lagi untuk kita beribadah.

Ramadhankan hidupmu

apa yang ada pada ayat ni? pada bulan Ramadhan, berpusu-pusu orang pergi ke masjid, bersedekah, baca Quran. tp kenapa pada bulan Ramadhan je? kenapa? tidakkah amalan2 ini mendapat pahala pada selain bulan Ramadhan? Allahu.. alangkah baiknya andai amalan2 yang kita amat rajin buat pada bulan Ramadhan ini, kita istiqamah. teruskan hingga bulan Syawal dan pada bulan2 seterusnya. tak rugi. malah.. Allah lebih sayang. lebih mantap jika amalan ini terus diamalkan, lebih menebal iman, lebih payah iblis menggoda, lebih tenang hati, lebih terarah hidup kita, baru hidup macam seorang Muslim.

insyaAllah, moga Allah permudahkan segalanya.

syukran luangkan masa membaca.

may Allah bless :)

p/s : jangan lupa kejar lailatul Qadar ye? and.. for instagrammers.. sy baru je ada insta. jom follow? @cibybie

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...