Monday, August 15, 2011

kau rasa

kau fikir kau dah cukup diuji?

kau fikir jalan dakwah kau dah penuh berduri?

kau fikir tanggungjawab kau dah cukup berat?

kau rasa tarbiah kau dah cukup hebat?

kau ingat strategi kau dah cukup hebat?

kau pernah rasa kau dah tak terlarat menanggung semua?

kau dah rasa keluarga kau sendiri menentang perjalanan dakwah kau?

kau dah rasa makan, mandi, tidur kau diselubungi dengan fikiran yang sentiasa menerawang memikirkan plan kau untuk hari2 seterusnya kerana tanggungjawab yang diamanahkan?

kau pernah rasa seperti kau seorang manusia yang takde sape perasan kehadiran kau?

kau pernah perah otak sampai badan kau tak dapat haknya sampai demam kau seminggu?

pernah kau rasa hampir tersungkur?

kalau belom. jelas dan nyata kau belum usaha sepenuhnya

' ... "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." ' [9 ; 129]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...