Monday, May 9, 2011

sedih


sedih. kecewa. tapi ta bole buat apa2.

ada. doa. dan dakwah.
dakwah. bukan mudah. tapi tak ape. Allah sentiasa ada. mungkin tak nampak, tapi aku sentiasa menjalankannya

sedih. bila teman2 leka. leka dari suruhan Allah.
kau lihat aku tersenyum. tapi dalam senyuman aku, ada duka.
aku sedih. sedih tengok kau, kau dan kau yg lain.

kau dan aku, kita kawan. tapi bukan tu aje.
kau saudara aku. saudara seislam.

ye, kau Islam. sama je seperti aku.

tapi kenapa kau masih lagi berbeza?
tudungmu singkat. sanggulmu tinggi. bajumu sendat. seluarmu ketat. lengan bajumu singkat. kakimu terdedah. dan wajahmu banyak sungguh terpampang di facebookmu.

teman...
tidakkah kau sedari.. dunia ini hanya sementara.
mungkin esok, mungkin juga lusa, mungkin juga bulan depan. dan tak mustahil. beberapa saat lepas ni malaikat maut akan datang menjemput.

hukum Allah itu wajib dituruti.
dan ada sebab kenapa Allah menetapkan hukumNya begitu.

kewajipanku untuk mengingatkanmu.
sungguh aku sedih. sungguh air mataku menitis. mana perginya janji mu?
mana perginya janji Mu pada Allah?

"aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

kau mengaku. dan itu adalah ikrar mu. dan itu bermaksud setiap apa yang ditetapkan oleh Allah itu harus kamu jalankan.

aku juga tidak baik. tapi tak tape. usaha itu perlu. mari la kawan. sedarlah. agar kita boleh sama-sama melangkah. dalam menjalankan perintah Allah. dalam usaha menggapai tujuan kita hidup di dunia ini. dalam usaha mendapatkan redha Allah.

maaf jika aku terlalu kasar. maaf jika hatimu terguris. tapi aku luahkan ini. kerana Allah. kerana aku sayangkan mu. mungkin kau tak terasa apa bila melakukan apa yg dilarang Allah. tapi sungguh teman, air mata ku menitis.
air mataku menitis.
melihat kegemilangan Islam yang makin pudar.

sedarlah. bangkitlah. agar Islam dalam dirimu terserlah. agar kita boleh sama-sama mendapat redhaNya. insyaAllah



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...