Monday, May 2, 2011

saksi


Munsyid : Rabbani (feat Mawi)

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar

Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata

Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

nak dengar?
carik kat youtube oke.. time kasih..

hayati, dan renung-renungkan..

maka, kurangkan bercakap.. kalau bercakap itu tidak membawa kebaikan..
pekakkan telinga, kalau apa yg didengar melaghakan.
alihkan pandangan, jika pandangan itu berbau maksiat..
tahan perbuatan, jika ia tidak membawa faedah..
kurangkan derap langkah, jika perjalanan bukan kerana Allah..

benar, tidak mudah..
tapi yakinlah, Allah sentiasa melihat, dan Allah itu Maha Mengetahui
tade ape pn yg terlepas.. apa saja yg kita lakukan, pasti akan dihitung..


ana selalu menahan diri.. mengurung diri di dalam rumah..
bukan kerana takut dipandang pelik, bukan kerana takut akan cacian orang..
tapi sedih dengan kemungkaran yg berleluasa di luar sana..

air mata menitis..
bukan kerana sedih di pandang pelik..
tapi sedih kerana Islam menjadi asing..
benar, ini lah dunia akhir zaman..

benar.. orang-orang yg mengetahui akn perkara ini ta sepatutnya duduk mengurung diri.. mereka sepatutnya keluar, mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran..
ya, itu sedang ana lakukan.. amar makruf nahi mungkar. mungkin tidak pada pandangan mereka, tapi Allah Maha Mengetahui..
pada saat ana menaip ini juga, hati bergetar, risau jika setiap patah ini mengundang kemurkaanNya..

Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Mu..
aku berlindung kpd Mu dr murkaMu Ya Allah..
ampunkan dosa-dosaku.. jadi kan aku tetamu syurgaMu Ya Allah..

amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...