Thursday, October 3, 2013

bila kebatilan diagungkan

assalamualaikum :)

sahabat semua sihat? harap sihat belaka ye. lagi2 hati tu. jaga molek deh. jangan biarkan kering tau



ketahuilah sesungguhnya ciby ada banyak sangat benda nak cerita. banyak sangat. why? sbb sejak balik Unimas ni, banyak sangat benda yang jadi. banyak sangat Allah uji.


tak, ciby bukan nak merungut, tapi nak berkongsi. banyak ujian yang Allah bagi, bukan untuk menyusahkan, atau menyesakkan kepala dan dada. tapi Allah uji sebab sayang. Allah jentik sikit, mungkin sebab Allah nak kuatkan kita lagi, nak jadikan kita matang. tapi itu, sesungguhnya amat bergantung kepada diri kita sendiri. on how we react to that problem. kita melenting ke, menangis ke, mengamuk ke. haa, yang menangis tu takpe kot, sebab tu salah satu cara untuk kita tenangkan diri.


tapi, boleh ke menangis selesaikan semuanya? nak menangis sampai bila? menangis la sampai keluar air mata darah sekali pun, kalau menangis je yang kita buat, tanpa ada usaha untuk menyelesaikan masalah yang datang, ketahuilah bahawasanya masalah tu memang tak akan selesai. tak akan.

kejadian yang baru berlaku kelmarin


ciby dalam kelas dah. tunggu lecturer masuk.

lepas tu?

lepas tu lecturer pun masuk... bila dia dah masuk tu, ciby pun siap2 la kan, keluarkan apa yang patut dari beg. tiba2 dia datang kat ciby, yg tengah duduk kat meja barisan ke 3 ke 4 macam tu la.

ciby pun terkejut la kan kenapa tetiba dia datang kat ciby.

rupa-rupanya dia bagi tau, yang dia nak ciby bukak purdah. yes, bukak purdah


BUKAK PURDAH

sebab peraturan dah diketatkan. y? she told me ada lecturer non-muslim tak suke tengok kitorang, and dia bawak perkara ni dalam pihak atasan.

sedih sebenarnya. yg mengadu non-muslim. mengadu kepada? kepada yang muslim. n yg muslim tunduk pulak kepada yg non-muslim. pelik ni pelik. dalam buku peraturan memang tak ada kata tak boleh pakai purdah. yg ada, katanya pakaian kena bersopan. tapi ada je kan ramai yg pakaiannya tak sopan . yg tshirtnya bila duduk nampak bahagian yang tak sepatutnya. yang baju dan seluarnya ketat sampai yg melihat rasa tak selesa, yang kain seluar tu pun nampak macam nak koyak, yang lemak berlebihan nampak menderita tak bernafas.

yg batil dibiarkan, mata dibutakan, nafsu dirajakan


to be honest, i'm not shocked at all.

not at all.

y? sebab ciby dah prepare dah physically and mentally, before ciby pakai purdah dulu.

before ciby pakai dulu, ciby dah pulun habis2, study pasal purdah. bukan just kenapa kena pakai, adab berpurdah and semua tu. tapi apa pandangan muslim and non-muslim sendiri, towards niqabis. and kat situ ciby tahu, tak semua orang suka and selesa pandang kami yang nampak mata je ni. and ciby memang sedar, tak semua U benarkan student berpurdah.


masa mula2 masuk Unimas dulu, ciby pakai je. sbb ada sorang member ciby ni, kakak dia MPP kat unimas. so ciby pergi jumpa dia tanya macam mana unimas ni, pasal hal purdah ni la. di kata, memang ada sorang dua je niqabis. and lecturer pun okay je masa tu. batch ciby masuk, kira ada 2 orang la niqabis, termasuk ciby. terlalu sikit. so ciby pun fikir "okay, tak ramai. so maybe tak akan ada masalah".. as time goes on, makin ramai dah niqabis kat sini. and ciby pun fikir "makin ramai, so makin terdedah la kewujudan niqabis kat unimas. jadi makin ramai lecturer yang tahu. dan akan ada yang tak senang duduk"

proved

masuk second year, first sem. no more niqab

no, ciby tak salah kan mereka yang baru berniqab. no. alhamdulillah, mereka terpilih. ramai dah yang peduli akan aurat mereka, dan mengejar cinta Ilahi. and mybe disebabkan dia orang benda jadi macam ni... tapi mereka ni jugak yg akn bersuara nanti

insyaAllah, kami akan cuba tuntut hak kami, dengan cara yang lembut. petition mungkin . mungkin jugak akan cuba berbincang dengan pihak atasan. kami mungkin minoriti, tapi akan kami pastikan suara kami di dengar. dan kami tak akan tunduk pada kebatilan.

mohon sahabat2 doakan kami. dan moga sahabat2 tabah menghadapi apa jua dugaan yang korang tengah hadapi. setiap kita ada masalah kan? :)



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [29:2]



Sunday, September 15, 2013

kereta hilang

assalamualaikum kawan-kawan!

haaa terkejut tak terkejut tak baca tittle tu?

ciby ni la terkejut tau masa di hari kejadian.

tapi ciby tak ingat la bila. 2 or 3 week ago i guess.

macam ni, ciby keluar jap nak pergi beli memory card. lepas tu, ciby p isi minyak jap. ( abah dah bagi duit suruh isi minyak, peluang yang tak boleh dilepaskan!)


so.. ciby dah park la kan kat pam mintak tu. ciby pun p la ke kaunter nak bayar duit.

masa ciby cakap nombor pam minyak tu, bangla tu muka pelik pandang ciby.

and ciby pun buat muka pelik jugak (eh? haha).

lepas tu ciby dengan steady nya berpusing nak patah balik ke kereta.

wwaaaaiiiiittttttt !!

where is my car???

sbb dari kaunter tu dah boleh dah patutnya nampak kereta ciby di kejauhan tu.

tapi




tak ada?

ciby pun dengan kaget berjalan ke arah kereta dengan hati berkata-kata " kereta aku hilang......" eh?


hilang........ sekejap.

my fault angkat handbreak tak habis. tempat ciby park kereta tu, macam bukit sikit so kereta ciby terundur ke belakang. yes. terundur ke belakang and that is soooo make sense why on earth i didn't saw my car when i was at the counter.

Tuesday, September 3, 2013

a day with bff

assalamualaikum sahabat2!

apa khabar iman? harap2 bertambah baik ye.. insyaAllah ^^

meh nak cerita sikit. cerita semalam :)

kelmarin - kelmarin? tadi kata semalam. ahhaaa jap arrr lek lu - tiba2 ciby rasa bosan sangat. cuti sem ni memang tak banyak keluar. dok terperuk kat rumah je. so tetiba rasa nak hidup udara kota KL yang dah lama sangat tak di hirup. so tangan dengan pantas ambil phone sent sms kt my bff syera " sok jom bowling" . hohoooo mcm tu je . dia pn setuju. bff sorang ni memang kamcing gila ngn ciby. rapat since form 2 lagi. sayang sangat. tu yg nak ajak keluar 3 perkataan pn da cukup tu. hehe

and memang susah sangat nak jumpa since masing2 masuk matrik. cuti tak sama la, itu la ini la. dulu sorang matrik pahang, sorang matrik perlis. sekarang sorang UITM shah alam, sorang Unimas. mana nak jumpanya. huuu

so smlm plan nak layan bowling je. last2 macam2 jadinya. sampai je times square, trus pegy usha cerita apa best kat wayang. honestly dah lebih 2 tahun ciby tak tengok wayang. semalam on pun sbb pergi hari isnin so maybe tak ramai orang. biasanya ciby tak suka tengok wayang sebab ciby rasa bersalah duduk dalam hall yang kemungkinan ada lovey-dovey couple yang orang lain layan movie dorang layan pasangan masing2. opps over pulak! tapi betul. bukan nak sangka buruk, tapi memang ada. Allahu, bukan benci, tapi sedih.

lepas beli tiket, makan, solat pastu movie time! semalam rasanya tak sampai 50 orang pn dalam hall yang besar gedabak tu. hehe kitorang tgk cerita 18 tahun ke atas ouh. eheee ayookk jangan pikir bukan2 ye.. kitorang tgk cerita Elysium. seriously best! tapi sape yang tak boleh tengok cerita horror tak digalakkan tengok okay?

lepas wayang kitorang maen bowling pulak! seriously happy sangat spent time dengan Syera. kitorang mmg kaki bowling masa sekolah dulu!

haa tengok tu Syera - bukan amoi sebelah tu okay - beraksi. believe it or not it was a strike!


kitorang maen satu game je, pastu pegy usha kedai apa ntah nama dia. tapi jual barang2 Korean la. 



seeeeeeeeeeeeeee Syera ni buat surprise belikan ciby benda ni! terkejut sangat. ingat dia nak beli apa la, rupanya nak belikan hadiah untuk ciby. fail and ape ntah nama nya yang letak kat phone tu.

lepas tu, ciby pooooonnnn

taraaaaaa
ciby memang niat nak belikan hadiah untuk syera, sebab birthday syera 10 hari lepas birthday ciby. and ciby memang nak beli bantal minion yang comel ni. so ciby beli 2. satu untuk dia, satu untuk ciby. and nama dorang Mr B and Syera! lol kitorang kalau dah jumpa macam ni la kepala masing2

lepas tu, solat asar and balik

the end







eh.... jap . belum lagi

post kali ni sebenarnya bukan nak cerita pasal apa yang korang baca atas ni - mesti bengang kan baca panjang2- tapi nak cerita pasal....


a friend. sahabat


do you have one? well sure you do. rite?


well.. masa kitorang makan tu... kitorang for sure borak macam2.. lagi2 pasal kitorang - apahal plak? macam bercinta je- yang sekawan ni. eh? ingat couple je ke boleh buat camtu? kawan pun boleh la :p


well i tell her i'm glad having her as a friend. kawan memang ramai. tapi sangat susah nak jumpa kawan yang stick dengan kita tak kira masa. kawan masa sedih, kawan masa gembira, masa duka, masa takda sapa yang ada. thanks Allah, I've found 1. nope, 2. remember post sebelum ni? yg berpurdah? Fadhilah. and her, Syera.. 


like i said, kitorang dah kawan since form 2. imagine what we've gone through together. kitorang siap pernah bergaduh berperang lagi. tungkus lumus study sama2 tiap2 petang. macam2. but what makes i value her, dia betul2 seorang kawan. yang tegur ciby bila ciby salah. yang peduli hidup ciby. even kitorang jauh, dia tetap risau pasal ciby. apa yang ciby buat, ciby kawan dengan orang yang macam mana.. study ciby macam mana, kesihatan ciby... Allah je yang tau macam mana beruntungnya ciby dapat kawan macam dia. mungkin tak ramai sedar or value her for who she is, tapi ciby tak nak hilang dia, sebab ciby tahu, tak mudah nak dapat seorang kawan, yang can't just watching tengok kawan dia berjalan ke pintu neraka





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...