Friday, February 25, 2011

katakan 'tak nak'!


‘I Kissed A Girl’ by Attack Attack. Eh? Sape pulak yang call malam-malam buta ni. Tangan mencapai handphone di atas katil.

“Sayang, esok jom tengok wayang? Rindu la”. Aik? Gedik pulak boyfriend aku ni.

“Gedik! Hehe nak pergi mana?”

“kita pergi KLCC je la. Boleh lepak-lepak.”

“Okey. Jumpa kat sana eh. Pukul berapa? Macam biasa?”

“Yup. 12.30. Jangan lambat tau. Tak sabar nak jumpa ni. Rindu! “

“Okey. Dalam pukul 2 orang sampai la.” Haha menyampah la aku. Rindu-rindu pulak.

“Sayang ni. Lambat b balik”

Alemak. Merajuk pulak. Aku tak merajuk dia nak merajuk. Nasib la fara, dapat boyfriend macam ni. “haha manja betul. Tarik telinga baru tau. Yela-yela.”

……………………………………………

12.15 tgh hari. Awal. Heh kita tengok la kejap lagi siapa lambat. Hmmmm ramai jugak la kat KLCC hari ni. Yang bermadu asmara pn ramai jugak. Fara? Kau tu pun datang sini sebab tu kan? Eh? Mata tertumpu pada sepasang pasangan yang sedang berjalan berpimpingan tangan. Budak-budak ni.. tengok umur pun dah tau sekolah lagi. Tapi dah pandai pegang-pegang tangan. Mata beralih pula pada pasangan yang sedang duduk di sebuah kerusi. Aiseh.. ini adegan suami isteri je ni. Dah kahwin ke? Muda lagi. Mata mencerun memerhati. Aik? mamat tu? Buat apa? masyaAllah…

“Sayang!”

Kepala berpaling. Eh mamat ni. Jam di tangan di kerling.

“Nasib baik.”

Of course la. On time ni. Mana pernah lambat.” Sengih da tersungging di bibir Faizal. “Jom la. Nanti dapat tiket lambat. Sayang tak boleh balik lambat kan?” tangannya dah menarik tangan Fara.

…………………………………………

Panas! Panas! Panas dah handphone ni. Telinga aku ni pun dah naik panas!

“Sayang please? Kenapa sayang buat macam ni? Sayang lupa dah ke janji sayang?”

“b.. orang dah malas la. Orang tak nak serabutkan kepala. Orang nak focus kat study.”

“Alasan! Sayang tipu b! Sayang janji yang sayang tak akan tinggalkan b! B tak boleh hidup tanpa sayang! Please my love. Jangan tinggalkan b” suara kat talian sana dah tak berapa jelas. Sebab bercakap dah tersekat-sekat. Dah sebaldi kot air mata mamat ni. heh. Yeke?

Bosan betul hari ni. Lepak kat Tasik Titiwangsa ni pun best. Jogging? Heh dalam mimpi pun harapan la. Haha Fara.. Fara.. no wonder la berat tak pernah nak turun. Haha peduli apa aku. Yang penting aku datang sini nak relakskan kepala. Tension menghadap paper fizik punya pasal! Haaaa segarnya angin petang ni… wah heaven.. heaven… heaven lagi kalau dapat makan ice cream. Yes! Ice cream! Nak carik ice cream! Kaki dah melangkah. Petang-petang macam ni conform ada orang jual ice cream. Eh? Mata melekat kat sepasang pasangan yang sedang berjalan-jalan mengambil angin. Pulak dah.. tercemar pemandangan aku. Tengok tu. Tangan mamat tu melilit pinggang si gadis. Yang si gadis pulak bertudung. Aleeemak malu la macam ni. Tak menggambarkan keperibadian Islam langsung. Tak tau ke haram buat macam tu. Dah haram nama dia dosa la. Aiseh… fail pemahaman ke budak-budak zaman sekarang ni. Mata melepaskan pasangan itu. Larh? Ada lagi. No wonder la orang kata tasik ni tempat maksiat. Ngeee betul la pn. Tapi ni lagi dahsyat ni. Si gadis yang menggedik peluk si jejaka. La… ni da kes terok da ni. Cik kak oi. Dah tak tahan ke? Pergi kahwin la weh. Tak payah la buat maksiat. Tempat awam pulak tu. Tak malu ke? Fara.. Jangan buat macam tu okey? Tapi.. Bila dengan faizal… Aku…. Sama… Macam tu.. And bila orang pandang aku… Itu yang dia orang fikir?

Kepala dah tak bole nak pusing. Aku dah tak nak. Tak nak! Cukup la. Aku dah tak sanggup. “Kita sampai sini je. Muktamad. Bye” talian dimatikan. Handphone terus dimatikan.

Fara.. Relaks fara… Dia bukannya conform jadi suami kau. Apa yang kau buat ni betul fara.. Jangan menyesal fara. Apa yang kau buat ni betul. Keputusan yang betul.

…………………………………..

“hoi”

“Fara!!! Lambat la kau. Tak nak jumpa kita orang la tu.”Linda mencebik.

“Haha tak la.. Ada hal sikit tadi. Mana boleh tak jumpa kau orang. Rindu tahap tenuk ni.” Fara melabuhkan punggung di sebelah Jannah.

“Banyak la kau punya tenuk. Berjanggut tunggu kau je. Dah boleh tocang janggut aku ni.” Jannah dah buat muka.

“Haha hebat la tu. Hebat kau goreng. Aku tengok licin je dagu kau. Haha eh Bella mana?” mata melilau ke seluruh restoran.

“Macam biasa ar.. Orang sibuk bercinta. Mana ingat kita dah”Linda buat muka tak puas hati.

“woo0o0o0 don’t tell me dia da lupa kita. Heh agak-agak ar bercinta sampai lupa kawan. Memang nak kena pelangkung la dengan aku.” Kerek betul kawan aku sorang ni.

“Tau takpe. Nasib baik kau oke. Kalau tak dengan kau sekali aku campai kat loji nuh.”

“Haha agak-agak ar. Aku sayang korang lebih oh. Lagi pun aku ni siapa la yang nak” Fara buat muka sepuluh sen.

“Woi agak-agak ar. Faizal tu kau nak campak mana?” Linda muka tak faham.

“Sudah putus oh”

What??!” Jannah dah tenganga. Linda rasa macam nak jatuh kerusi.

“Apahal? Betul la.”

Biar benar? Betul ke apa yang aku dengar ni? Tak silap aku Fara dengan Faizal ni punya la serious couple. Dah fikir dah pun nak kahwin umur berapa. Segala perancangan di masa hadapan pun dia orang dah plan. Haih ini betul bole kalahkan gossip artis-artis terkenal tahap tak ingat ni. Aku sedang bermimpikah? Jannah ! Wake up Jannah. Tangan da menarik-narik pipi yang dicubit. Aduh! Sakit la pulak! Eh bukan mimpi la.

“Apa kes beb?”

“Aku rasa macam.. Tak best la.. Tak betul.. Apa yang aku buat dengan dia tu tak betul.”

Jannah dengan Linda muka kelam tak paham.

“Ntah la. Aku tak happy pun. Bukan tak happy dengan dia. But this couple thingy. Seems like tak betul. Aku nampak ape yang orang nampak bila orang tengok aku. Aku tak suka tengok pasangan-pasangan yang dating yang konon macam dah halal.”

Alhamdulillah.. Jannah bertahmid di dalam hati. Memang dia tak senang tengok kawan-kawannya bercinta sampai dah nampak macam suami isteri. Bukan dia dengki ke apa. Tapi memang dia tak suka. Dia sendiri pun tak pernah bercinta. Sebab memang dah di didik hubungan lelaki dengan perempuan memang tak boleh sampai tahap tu.

“Bagus la kalau kau fikir macam tu”.

“huh?” Jannah..kenapa kau cakap macam tu..

“Sebab apa yang kau fikir tu betul. Dalam islam pun mana ada istilah couple ni. Okey tak kisah la orang nak kata aku kampung ke apa. Tapi ada hikmah jugak sebenarnya. Ramai orang nak menangkan nafsu dia orang je. Kata islam tu menyekat hak dia orang sebagai manusia la itu la. Tapi cuba renung balik. Banyak je anak luar nikah sekarang. Itu pun selamat bayi tu hidup. Yang mati kena bakar dek mak bapak dia orang sendiri? Kan da parah tu. Hilang sikap perikemanusiaan. Lepas tu macam kau cakap, berkepit sana sini. Macam da halal. Kan tak elok tu. Mata yang tengok pun sakit. Dalam islam kau perlu jaga pergaulan kau dengan lelaki. What do you think? Why dalam Islam kita kena jaga pergaulan? “

Fara berfikir sejenak. “aaa sebab tak nak lahir anak luar nikah?”

“Sebab semua dosa-dosa, maksiat semua tu bermula dari situ. Bila perempuan dengan lelaki tak jaga batas, syaitan pun masuk jarum la. Mula-mula couple.. dah couple? Bole pegang-pegang. Lepas tu? Lahir la anak luar nikah. Okey memang la tak semua yang couple ni akan buat benda tu. Tapi yang pegang-pegang tangan tu, rindu-rindu, manja-manjakan suara, dosa jugak kan?”

True. Haila… Bagus jugak kau ni eh. Hehe aku tak pernah terfikir pun sampai macam tu.” Muka Linda dah berkerut berfikir.

“Kita kena think out of the box la beb. Ramai budak-budak da rosak la sekarang. Sebab ikut nafsu dia orang je.”

No wonder la kau tak pernah couple kan? Hmmmm aku dah tak nak la couple lagi. Nak suruh mak aku carik kan.” Fara mengangguk sendiri.

“haha elok la tu. Aku pulak nak tunggu je ade orang datang minang. Agak-agak tak ada, aku mintak parents aku carik kan. Haha “ Jannah pulak bagi pendapat.

Girls.. are you serious?” Linda da tak bole nak masuk. Kawan-kawan aku..

“Betul la. Best apa bercinta lepas kahwin. Sweet je. U can do whatever u want. Nobody cares. There is no things that haram when u’re married. Dapat pahala ada la, bila kau buat something for your husband. Tak ada orang kisah. Kurang dosa buat maksiat. Haha”

“hmmm Agree! Aku pun taknak couple la. Tapi kalau kita tak carik, macam mana nak jumpa bakal suami kita tu. Kang free je tak kahwin sampai tua.” Linda buat muka risau.

“haha Nampak sangat risau tak kahwin. Ala rileks la beb.. Jodoh kita Allah da tetapkan la. Cepat dengan lambat je. Yakin dengan kuasa Allah.”

“Betul-betul. Aku nekad taknak couple dah!” Tangan Linda dah macam berikrar.

“Aku pun! Taknak buat maksiat lagi!” Fara pulak bersuara.

“Good. Katakan tak nak kepada maksiat!”

“Tak nak!” tiga suara serentak.

Alhamdulillah.. Jannah bertahmid di dalam hati.


nak cinta yang abadi? cinta Allah, and cinta rasulullah.

Allah is always with us. He never forget us. always watching us. pasangan korang.. bole buat macam tu?

ingat la. dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang. ingat pasangan korang.. hati menjadi?... HITAM!

kawan-kawan, tak kira seislamik mana hubungan anda dengan pasangan anda, ia tetap haram. couple/skandal adalah contoh perbuatan yang menghampiri zina. so jauhkan lah diri anda okey? and remember. couple in Islam hanyalah perkahwinan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...