Tuesday, February 15, 2011

hari yang ditunggu-tunggu

Cb; kak chik.. mana A?

kak chik; tak turun..

Cb; huh? B?

kak chik; tak turun jugak..

Assalamualaikum kawan-kawan!

sepertimana yang anda tahu, hari ni kita menyambut hari kelahiran nabi kita.
Alhamdulillah.. kita diberi kesempatan lagi tuk menyambut hari kelahiran baginda.

sangat excited ouh!
teruja gila..
hehe
lagi-lagi setahun sekali je kan

tapi agak sedih di sini.
kerana sepertimana yang anda baca di atas,
ada segelintir yang tidak bersemangat langsung nak sambut hari kelahiran nabi kita yang tercinta ni.

kawan-kawan..
sedar tak..
kalau Allah tak hantar nabi kita sebagai pembawa berita gembira..
bagaimana kita hari ni?
dapat ke kita rasa nikmat Islam ni?

sedih dan kecewa sangat2..

kenapa bila birthday kawan-kawan kita..
kita sambut bagai nak rak.
beli hadiah mahal2..
kenakan dengan macam2 cara, plan nak sambut mengalahkan Mak Limah nak sambut cucu. (Mak Limah? siapa? ntah la. watak tambahan je. hehe)

tapi bila sampai masa tok kita sambut hari kelahiran baginda, kita tak buat apa-apa pn.
sedangkan Rasulullah beribu-ribu kali penting dari pada mereka yang
belum tentu dapat tolong kita.
di padang mahsyar nnt..
sape yang boleh tolong kita?
kalau bukan baginda yang boleh bagi syafaat baginda kat kita?
kenapa kita tak pernah sedar benda ni?

selain Allah, siapa lagi yang harus kita cinta kalau bukan Rasulullah?

baginda sangat risaukan kita even di akhir
hayat baginda.
tapi kita?

salam dan selawat buat junjungan baginda.
yang baik bole amek simpan, yang tak baik tu campak la tasik mana-mana.
assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...