Saturday, January 22, 2011

aurat


ramai antara kita tau kewajipan menutup aurat.tapi ramai antara kita yang tidak melaksanakannya.betol tak? saya rasa amat sedih dgn sikap umat Islam sekarang. ramai yang Islam hanya didalam kad pengenalan. tapi tidak mengamal kan cara hidup Islam..

saya pun tak baik mana.. tak penuh lagi ilmu di dada.. tapi memang kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar. mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. bila orang sekeliling saya melakukan perkara yang mungkar dan jika saya tidak ambil peduli.. saya juga akan dapat sahamnya. masalahnya zaman sekarang ni. ramai yang melenting bila di tegur. antara jawapan2 yang akan dikeluarkan seperti "ala mak bapak aku tak bising, kau nak kisah kenapa?".. ada juga yang akan menjawap "tiada paksaan dalam agama la".. and ada jugak yang akan kata "eleh.. ko pn bukannya baik sangat nak tegur aku."

"ala, mak bapak aku tak bising, kau nak kisah kenapa?"
memang tak dinafikan, banyak ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama. sebab tu, saya rasa amat penting untuk kita saling menasihati. tak susah kan? kita yang ditegur ni pn.. apa salah nya muhasabah diri bila kita ditegur? takkan la orang nak tegur kita kalau kita tak buat benda yang salah kan?

"tiada paksaan dalam agama"
'Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
Surah al-Baqarah;256
bukan takde paksaan dalam agama, tapi tiada paksaan untuk memasuki agama. jelas dan nyata. kenapa suka mengeluarkan hujah daripada al-Quran bila nak menjawab kepada pertanyaan yang ditanya. kenapa tak guna isi2 kandungan al-Quran dalam kehidupan? jelas bahawa isi2 al-Quran tu meliputi semua aspek. termasuk la suruhan untuk menutup aurat.

"eleh.. ko pn bukannya baik sangat nak tegur aku."
ni lagi satu masalah umat Islam sekarang. ada yang pernah berkata 'lihat kepada nasihatnya, bukan pada orang yang memberi nasihat'. saya amat setuju.oke memang la kadang2 kita rasa orang tu tak layak nak bagi nasihat sebab dia pn mungkin buat perkara yang sama. tapi kalau nak tunggu semua orang jadi baik baru boleh bagi nasihat.. sampai bila rasanya tak akan ada orang yang boleh memberi nasihat. sebab sebaik-baik seseorang tu, mesti ada yang lagi baik. tak ke?

saya akui, saya pn belom cukup baik lagi.. tapi saya rasa sedih dengat masyarakat sekarang yang memandah remeh perkara ni.

ramai yang bising bila seminggu dah tak hujan, panas terik je. kenapa tak pandang dari sudut yang lain? matahari yang panas sikit tu pn kita tak boleh tahan.. apa lagi apa neraka? sanggupkah kita? dalam kubur nanti, kita sorang2 je. takde sape yang boleh tolong. mase tu da tak boleh menyesal dah. sekarang masa kat dunia ni la masanya kita nak cari redha Allah. dunia ni sementara je kan? akhirat tu yang kekal.

panduan menutup aurat yang sebetulnya

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

yang baik daripada Allah, dan yang buruk tu daripada saya sendiri..
semoga boleh diambil pengajaran.. insyaAllah..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...