Friday, July 4, 2014

cuti lagi

bismillah

30 jun 2014
terbang dah aku ke kampung halaman


berat gila hati nak balik
bukan tak rindu family. rindu, rindu gila. lagi2 kat kucing kesayangn
tapi sebab nak kena tinggalkan jantung hati kat bumi Sarawak. sesak dada

berat lagi tiap nafas bila kepala tak henti risau pasal result.
harap semuanya okay. insyaAllah

baru je berapa hari balik KL, dah sesak dada tahan rasa
tapi sesak lagi rasanya jiwa mak aku
kuatnya dia, Allah yang tahu

kagumnya laaa
kagum tengok dia sabar jaga abah.

tak susah sebenarnya nak jaga abah yang tengah sakit
yang susahnya, nak tahan dengan perangai abah
mungkin sebab usia dia yang dah lanjut, perangai dia lain
wallahualam
Allah je yang tahu kenapa abah macam tu
just harap Allah kuatkan mak untuk hadapi hari2 yang mendatang

and moga Allah tanamkan sifat sabar kat abang aku yang dah lama memang tak sabar. and moga Allah kuatkan aku untuk tanggung sama2 apa yang mak rasa sekarang.



Damai
rindu. rindu awak yang teman saya luang masa kat pantai ni. 




cuti sem
dua bulan.
nak habiskan masa dgn baca buku2 yang dah lama tersimpan kat rak buku tu.
insyaAllah.
rindu sebenarnya nak luang masa baca buku. cuti sem lepas pun dua buku je dapat baca. sebulan kot. dua buku je? teruk bebenor perangai. tapi kali ni belum 2 minggu lagi dah dua buku dah baca. harap2 kerajinan ni bertahan la sampai 2 bulan
dua bulan
moga semuanya baik2 aje

may Allah bless


"barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia mengadakan untuknya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" [at_Talaq; 23]


Sunday, June 15, 2014

bodoh

bismillah

selalu aku bisik pada diri aku sendiri, "Nabihah, keep trying. kau boleh. kau boleh". even bila aku jatuh lagi, aku paksa diri untuk bangun. untuk cuba lagi. walaupun aku rasa sesak, aku tak pernah berhenti paksa diri untuk terus bangun.


penat.

kadang2 rasa mcm aku tipu diri sendiri. rasa macam "tak Nabihah, kau tak boleh.", "dah la Nabihah, sia-sia je apa yang kau buat ni"

penat untuk tepis semua rasa tu


hari2 tanya diri sendiri "betul ke boleh ni Nabihah?"


tapi hari2 jugak kuatkan diri untuk cuba lagi.


tak cukup mak abah pembakar semangat, si jantung hati tak pernah lelah nak hulurkan tangan.


tambah lagi dengan yakinnya ada Dia yang aku pasti tak pernah terlepas pandang dengan usaha aku


aku taknak jatuh lagi

bukan sebab aku taknak cuba berdiri lagi


tapi sebab aku takut aku tak berani lagi untuk jatuh lagi


and tanpa aku sedar, apa yang aku rasa ni, buat aku rendah diri. sakitnya lahai rasa mcm ni. buat aku rasa taknak dekat dgn mereka yg dah berlari.


aku nak dibantu. aku nak.



tapi


aku takut. dan aku sendiri tak pasti apa yang aku takutkn




aku seolah-olah. seorang buta yang mahu berjalan meneroka dunia, tapi tak berani menerima tangan yang mahu memimpin. bukan sbb tak mahu, tapi sebab malu.

bodoh

Sunday, April 20, 2014

ruang yg aku curi

kau persoalkan kenapa
kenapa dorang perlakukan kau seperti manusia yg takde perasaan
kenapa dorang tak layan kau macam mana yang kau nak



kau patut tanya diri kau
kau dah layan diorang mcm manusia ke?
dah ke kau peduli apa yg dorang rasa?
hormatkah kau pada pendapat dorang?



kau patut jujur pada titik permulaan
bukan ragu2 pada pertengahan jalan



terima kasih pada ruang yang kau berikan sebelum ni
yang aku sangka ia dari hati kau
yang awalnya kau hadiahkan dgn senyuman
yang aku sangka kau 'beri'



terima kasih jugak sbb jujur
walaupun sakit yang kau hadiahkan
tapi itu mungkin lebih baik
dari tomahan di belakang



everything will not be the same
terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...