Sunday, June 15, 2014

bodoh

bismillah

selalu aku bisik pada diri aku sendiri, "Nabihah, keep trying. kau boleh. kau boleh". even bila aku jatuh lagi, aku paksa diri untuk bangun. untuk cuba lagi. walaupun aku rasa sesak, aku tak pernah berhenti paksa diri untuk terus bangun.


penat.

kadang2 rasa mcm aku tipu diri sendiri. rasa macam "tak Nabihah, kau tak boleh.", "dah la Nabihah, sia-sia je apa yang kau buat ni"

penat untuk tepis semua rasa tu


hari2 tanya diri sendiri "betul ke boleh ni Nabihah?"


tapi hari2 jugak kuatkan diri untuk cuba lagi.


tak cukup mak abah pembakar semangat, si jantung hati tak pernah lelah nak hulurkan tangan.


tambah lagi dengan yakinnya ada Dia yang aku pasti tak pernah terlepas pandang dengan usaha aku


aku taknak jatuh lagi

bukan sebab aku taknak cuba berdiri lagi


tapi sebab aku takut aku tak berani lagi untuk jatuh lagi


and tanpa aku sedar, apa yang aku rasa ni, buat aku rendah diri. sakitnya lahai rasa mcm ni. buat aku rasa taknak dekat dgn mereka yg dah berlari.


aku nak dibantu. aku nak.



tapi


aku takut. dan aku sendiri tak pasti apa yang aku takutkn




aku seolah-olah. seorang buta yang mahu berjalan meneroka dunia, tapi tak berani menerima tangan yang mahu memimpin. bukan sbb tak mahu, tapi sebab malu.

bodoh

Sunday, April 20, 2014

ruang yg aku curi

kau persoalkan kenapa
kenapa dorang perlakukan kau seperti manusia yg takde perasaan
kenapa dorang tak layan kau macam mana yang kau nak



kau patut tanya diri kau
kau dah layan diorang mcm manusia ke?
dah ke kau peduli apa yg dorang rasa?
hormatkah kau pada pendapat dorang?



kau patut jujur pada titik permulaan
bukan ragu2 pada pertengahan jalan



terima kasih pada ruang yang kau berikan sebelum ni
yang aku sangka ia dari hati kau
yang awalnya kau hadiahkan dgn senyuman
yang aku sangka kau 'beri'



terima kasih jugak sbb jujur
walaupun sakit yang kau hadiahkan
tapi itu mungkin lebih baik
dari tomahan di belakang



everything will not be the same
terima kasih

Monday, March 24, 2014

gelak je

orang kata kalau sayang, tegur

macam mana?

nak tegur macam mana?



orang kata nak tegur tu biar la berhikmah
kena ada cara


ada orang


"tak boleh,
kita kena tegur elok-elok
jangan hina dia
jangan buat dia terasa
dia pun manusia biasa
kita pun belum tentu syurga"


tapi ada orang

"peduli apa
tegur je macam mana pun
yang penting aku tegur
tak kisah la aku tegur kasar sangat ke
dia terasa ke
aku taknak nanti aku kena skali"



wow
bagus2..
tak kesah la mcm mana pun
bila ada rasa nak menegur ke arah kebaikan,
tu pun dah bagus gila



tapi gila yang tak bagus
bila kau tegur orang macam kau tu confirm syurga
macam orang tu hina gila confirm neraka




dan tak lama lepas tu
kau buat benda yang sama
benda yang sama
yang kau hina dia dulu

















aku mampu gelak je

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...