“Argh!! Penat!”
Alhamdulillah. Ainul mengucapkan syukur sambil menutup al-Mathurat ditangan lalu di letak di dalam laci. “Kelas dari pagi ye hari ni.. Kesian dia..” Sambil bangun dia menarik telekung melepasi kepalanya.
Yaya yang baru duduk di katil membuka tudung. “Penat oh. Assignment banyak gila. Bole muntah darah aku macam ni.”
“Ade macam tu pulak!” Ainul tergelak kecil sambil memerhati Yaya yang dah terbaring di atas katil. “Yaya, bangun la. Solat dulu.. Kang nyawa tak panjang free2 je tambah seksa nanti.”
Yaya akur dan menuju ke tempat wuduk.
……………………………………………..
Nasib baik sempat. Lecturer tak masuk lagi. Mata Yaya meliar mencari tempat kosong. Ternampak seseorang melambai tangan kepadanya dari jauh.
“Tak ada orang eh?”
“Tak ada. Duduk la.” Balas Diana. Matanya masih memerhati seorang gadis bertudung labuh berwarna krim dan berbaju kurung coklat berbunga krim yang baru masok ke dalam dewan kuliah.
“Woi! Anak teruna siapa kau tenung sampai tak berkelip tu?” Tanya Yaya.
Tangan Diana dah hinggap kat peha Yaya.
“Sakit la weh! Aduh. Dah kau tenung orang macam nak kasi jampi je. Aku tanya la”
“Jampi la pulak kau ni. Aku tengok tu.”
Yaya mengalihkan pandangan ke arah pandangan Diana.
“La.. roommate aku tu.”
“Yeke? Hmmm Sejuk sangat mata tengok dia. Dia memang dah lama ke pakai tudung labuh?”
“Ntah la. Setahu aku dah lama. Kenapa?”
“Tak ada apa la. Lecturer dah masuk tu. “
……………………………………….
“Ainul, nak tanya sikit boleh?”
Ainul mengangkat muka dari latihan fizik.
“Kenapa? Tanya je la. Jangan malu jangan segan. Hehe”
Diana berhenti sejenak. Bukan dia tak biasa dengan Ainul. Bilik ni dah jadi bilik ke-2 dia. Si Yaya selalu ajak dia ulangkaji bersama di biliknya itu. Secara tak rasmi diA dengan Ainul dah jadi roommate la. Tak ke?
“Kenapa kau pakai tudung labuh?”
“hmmm Kenapa kau pakai tudung?” Ainul bertanya kembali.
“Sebab dalam agama kita memang kita kena pakai tudung kan?”
“Sebab Allahs.w.t perintahkan kita supaya menutup aurat.” Ainul menjawab sambil tersenyum.
“Tapi kenapa kau pakai tudung yang labuh?”Diana bertanya kembali. Memang dah lama dia nak bertanya. Sejak hari pertama dia memasuki Matrik ni, dia dah lama nak tau kenapa. Tahu, memang kena pakai tudung, tapi kenapa Ainul pakai tudung yang labuh? Jarang Nampak Ainul berseluar kecuali kalau nak turun ke kafe atau ke surau. Kalau ke kelas atau kuliah memang gadis ni akan berbaju kurung atau berjubah. Bukan itu je, sarung tangan dan stoking pun mesti Ainul pakai. Pelik bagi pandangan dia.
“ Sebab Allah s.w.t suruh kita tutup aurat. hmmmm Apa yang kau faham pasal aurat?”
“hmmm Aurat eh? Seluruh tubuh badan kita. Kecuali pergelangan tangan and muka.”
“Pandai. Perasan tak, ramai yang pakai tudung, tapi tudungnya jarang. Nampak leher. Bukan tu je, kadang-kadang ada yang pakai anak tudung yang half tu. So bila tudung jarang, mesti akan Nampak rambut jugak kan?”
Yaya hanya mengangguk.
“So, cukup syarat ke kalau bertudung macam tu? Lepas tu, pakai baju lengan panjang tapi baju ketat. Berpakaian tapi telanjang. Bukan menutup aurat namanya tu. Ramai jugak yang anggap pakai tudung je dah cukup menutup aurat. Tapi pakai baju lengan pendek. Astaghfirullah.. Mazhab mana la yang dia orang pakai. Ramai yang anggap remeh perkara ni. Tapi, mesti ada sebab kalau Allah s.w.t suruh kita buat sesuatu kan?” Ainul berhenti seketika sambil mencapai tafsir al-Quran di atas rak buku.
“haaa macam dalam ni. "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun, Maha Penyayang.” Surah al-Ahzab;59. Allah suruh kita melabuhkan tudungkan?”
Diana mengangguk lagi. “ kau tak panas ke berselubung macam tu? Tak rimas pakai baju kurung twenty four/ seven?”
“Alhamdulillah. Tak pernah rasa macam tu. Nama pun aurat kan. Kena la tutup. Kalau nak ikutkan panas.. Kat padang Mahsyar nanti lagi panas tau.”
“hmmm Okey la. Sambung la buat kerja kau. Sori kacau”
“No sweat!” Ainul meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.
……………………………………………
Diana mengetuk pintu lalu masuk ke biling abangnya. Dah lama tak berborak dengan abangnya tuh. Masa cuti mid sem ni la nak luangkan masa dengan family.
“Hey bro.” sambil melabuhkan punggung di atas katil.
“Assalamualaikum.”
“hehe waalaikumussalam. Baca buku apa tu?” Diana bertanya sambil memandang buku kecil yang dibaca Firdaus.
“Ni?” sambil mengangkat buku kecil itu. “Tafsir al-Quran.”
Abang? Baca al-Quran?
“Best ke baca? Kenapa tak baca majalah ke, komik ke, best sikit.”
“Best la. Best sangat. D tak pernah baca?”
“D tak reti la baca.”
“Eh? Tak reti? Bukan dulu masa kecik-kecik kita sama-sama ke pergi rumah tuk Udin dulu belajar mengaji?”
“Ala. Dah lama la tak baca. D sibuk la bro. Tak ada masa nak baca.”
“Eleh. Baru masuk matrik konon da sibuk semedang. Abang yang tengah kejar degree ni ada je masa nak baca. “
“Ala abang. D lagi prefer baca novel la. Lagi best. Love story. Baru feel.”
“o0o0 pandai eh baca cerita cinta-cinta. Jangan sampai pandai bercinta sudah la ye.”
“Cakap orang, dia tu macam la tak ada girlfriend.”
“Abang tak main la couple-couple. Abang nak abang kahwin terus je.”
“What? Bro? U can’t be serious. Tak ada girlfriend?”
“Serious. Apa hal? Tak percaya ka?”
“Ya right… boleh percaya sangat la tu. Serious la bro. takkan la tak ada awek gorgeous kat U tu? Tak ada yang berkenan ke?”
“Haila.. tau ta couple tu tak elok? Tak ada istilah couple dalam Islam”
“Abang ni.. Macam orang kampong pulak. Zaman-zaman moden ni. Mana ada orang peduli semua tu. Semua orang sakan bercinta la sekarang. Takkan tak kenal teros nak kahwin. Mesti la nak kenal dulu hati budi.”
“Diana.. Kalau ikut nafsu memang la macam tu. Sekarang ni merata-rata ada pasangan berdating. Bangga la konon ade pasangan yang jaga dia orang. Macam conform pulak kahwin kan? Berkepit sana sini. Pegang-pegang tangan. Pergi balik kerja berhantar berambil. Lama-lama mengandung anak luar nikah. Elok ke? Berkepit sana sini. Bangga dengan perbuatan dia orang. Benda yang salah di bangga-banggakan. MasyaAllah.. Maksiat tu D. memang la kalau tak bercinta zaman sekarang ni orang kata kampung. Tapi kat alam barzakh nanti malaikat Tanya nak jawab macam tu ke? Berani? “
“Tapi abang.. Kalau tak bercinta macam mana nak kahwin? Boleh ke percaya?”
“D.. Sebab tu sebelum buat pilihan, kene istikharah dulu. Tanya Allah s.w.t apa yang terbaik. Dia je yang tahu semua. Bercinta la bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh tu takkan jadi la hubungan tu. Lepas tu kalau Allah s.w.t dah bagi petunjuk, teroskan. Yakin dengan jodoh yang Allah dah tetapkan. “
“Macam mana kalau jodoh kita tu tak elok?”
“Doa la kat Allah s.w.t supaya kita dijodohkan dengan pasangan yang soleh atau solehah. “
“oh.. Ada ke stok-stok yang soleh solehah macam tu zaman sekarang ni?”
“Mesti la ada. Kalau nak suami yang soleh, kena la jadi solehah. And kalau nak yang solehah, kena la jadi soleh…”
Firdaus berhenti berkata-kata apabila terdengar bunyi azan berkumandang.
“Dah azan dah tu. Abang nak pergi masjid ni. Awak tu boleh solat tak?”
“eerrrr cuti. Hehe.”
Firdaus bangun lalu terus menuju ke bilik air untuk berwuduk.
………………………………………………..
Haila… penatnya. Diana melemparkan badan ke atas katil. Mereka sekeluarga dan keluarga Pak Long baru sahaja sampai di rumah. Abangnya dah selamat bertunang. Terkejut dia bila dengar mereka akan pergi menghantar rombongan meminang hari itu. Mana tak nya, tiba-tiba sahaja abangnya mahu bertunang. Rupa-rupanya ibu dan ayah dah selamat pergi merisik minggu lepas. Dan tempoh pertunangan hanya 6 bulan. Itu kira masuk akal lagi. Jatuh rahang dia bila bersemuka dengan perempuan pilihan hati abang tadi. Tidak dinafikan, cantik orangnya. Sangat bersopan santun, kulit sawo matang. Nak terduduk je rasanya masa masuk ke bilik untuk acara sarung cincin tadi. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Perempuan pilihan abangnya bertudung labuh!
“Menung!”
Hampir tercampak handphone di tangan Diana.
“Haila bro.. mau kasi wa saket jantung ka?”
Tergelak Firdaus melihat wajah adiknya yang dah pucat.
“Dah tu. Menung jauh. Fikir masa depan ke?”
“pergh bro. Sejak bila ada sixth sense ni?”
“Haaa betul la ye? Fikir apa ha?”
“Bro.. D ingat nak berubah la.”
Memang dah lama dia terfikir nak berubah. Sejak tengok Ainul, terasa semacam ada kekosongan dalam dirinya. Dalam hidupnya. Akhirnya dia telah menjumpai sesuatu yang boleh mengisi kekosongan itu. Sesuatu yang dia pasti akan membawa perubahan yang besar dalam hidupnya. Dan dia yakin yang keputusannya ini keputusan yang tepat. Dia mahu 'U-Turn. ‘U-Turn’ ke arah yang lebih baik.
“Berubah ? Why?”
“Rasa macam dah jumpa jalan pulang.”
“Huh? Speak human language please dear?”
“I’ve found a way back. To Him.”
“Alhamdulillah. Bagus macam tu. Tapi D kena tahu, bukan senang nak berubah. Macam-macam yang perlu dikorbankan. Kalau nak hidup diredhai Allah, kena buat apa yang disuruh dan kena tinggalkan apa yang Dia larang. Lepas tu, macam-macam ujian yang akan datang. Sebab Allah nak tengok usaha kita.”
“Abang rasa D boleh ke?”
“insyaAllah. Allah tengok usaha, bukan hasilnya. Ingat, buat apa-apa sebab Allah. Kalau rasa down, mintak tolong dari Allah. Doa tu perlu. Doa tu senjata kita orang Islam. Bila-bila je boleh doa. Doa tu coverage dia luas. Pergi ceruk dunia mana pun. Sure Allah dengar punya. Lepas tu kena istiqamah. Allah lagi suka kalau kita buat amalan tu berterusan walaupun sedikit. D kena bersunggun-sunguh. Abang akan bantu D. Dan yang paling pentng, Allah sentiasa ada untuk membantu D.”
“Terima kasih abang. D nak berubah. D nak jadi baik. D nak jadi ahli syurga. D nak jadi mulimah yang sentiasa ingatkan Allah.”
“InsyaAllah D.”
Saya buat cerita ni suka-suka je. Lately ni banyak pulak idea2 yang terjah pale otak saya nih. Tapi ni la cerpen pertama saya. Yang lain saya simpan untuk diri saya je. Ingat ye kawan2, kalau rasa nak berubah tu, buat je. Sebab bukan selalu kita bole rasa macam tu. And tak semua orang Allah pilih. Bersyukurlah kalau anda salah seorang yang dipilih Allah untuk berpatah semula ke jalan yang di redhai-Nya. Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, iaitu jalan yang Allah beri nikmat kepada mereka. insyaAllah. Amin.